Bab 8

313 5 3
                                    

Sudah tiga hari aku terperap dalam bilik.Makan pun tidak. Aku masih terlalu sedih memikirkan nasib yang menimpa ku.Aku tidak mahu melihat muka Danial.Hari pertama perkahwinan pun aku lari dari dia.Aku tidur di bilikku manakala dia tidur di biliknya. Bermacam cara dia cuba untuk memujuk ku keluar.Namun aku masih duduk di dalam bilik dan mengurung diri.
"Haura,keluar sayang.You kene makan,nanti sakit susah."Danial selalu mengambil berat tentang makan dan minumku,namun aku tidak dapat menerima kenyataan atas permegian Ifwat.
"Sayang,I ada kunci bilik you ni.I bukak pintu ye?"Aku mendiamkan diri.Danial membuka pintu menggunakan kunci.Mana dia dapat kunci tu. Dia menutup pintu bilik."Sayang,jangan.."
"Jangan panggil aku sayang,aku tak suka!"Aku menolak tubuh Danial yang duduk di sebelah ku."Pergilah!"Aku menolaknya sekuat hati.Namun apakan  daya,Danial lebih kuat.Dia memegang kedua-dua tanganku dan memelukku erat.
"Sudahlah tu,Haura.Ifwat dah tak ada.Awak kene terima takdir Ilahi.Lupakan yang sudah tiada,teruskan kehidupan awak."Aku cuba melepaskan pelukan Danial.
"Lepaslah!Lepaskan aku!"Aku memukul bahunya.Itu saja yang mampuku buat.Aku tidak berdaya."Lepaslah!"Aku masih mencuba untuk meleraikan pelukan itu,tetapi Danial memelukku dengan erat.Aku tidak mampu bergerak."Lepaskan I Danial...lepaskan."Danial yang mendengar rayuan ku dengan serta merta meleraikan pelukannya.Dia memegang pipiku dan mengesat air mata yang mengalir.
"Haura,please don't cry."Dengan serta merta aku teringat Ifwat. Ifwat juga pernah berkata sebegitu,dan riak wajahnya pun sama.Aku terdiam.Apa lagi yang mampu aku lakukan ketika ini selain menangis?Kesedihan yang ada pada diriku tidak mampu dibuang.
Aku terjaga.Aku melihat Danial tidur di sebelah ku.Maaf Danial, aku tak boleh terima kau lagi, aku sayangkan Ifwat.Aku tak boleh lupakan dia.Aku bangun dan menarik beg bagasi di bawah katil.Aku memang sudah merancang untuk pergi membawa diri.Semua pakaian ku masukkan ke dalam beg bagasi ku.Aku melihat Danial masih tidur di katil.Dengan perlahan aku membuka pintu dan melihat sekeliling.Tiada sesiapa.Aku menarik bagasi ku keluar.Teksi sudah menunggu di hadapan rumah.Aku masuk ke dalam teksi tersebut.
"Hantar saya ke airport ye pak cik."Pak cik pemandu teksi itu mengangguk dan berlalu pergi.

Aku bangun dari tidur.Haura?Ku lihat isteriku sudah tiada di sebelah.Aku cemas.Dengan pantas aku bangun dan turun ke bawah.Tiada.Mana dia ni?Aku kembali ke bilik dan membuka almari pakaiannya.Tak ada.Dia dah pergi.Aku terduduk. Macam mana aku nak explain kat mama ni.Aku meraup wajah.Ke mana kau pergi Haura.

Aku mengambil keputusan untuk pergi ke US.Kawanku Elly ada di sana.Sebelum bergerak aku ada memberitahu Elly bajawa aku ingin ke sana.Perjalanan mengambil masa yang lama.Aku membuag keputusan untuk melelapkan mata.

Perjalanan yang jauh membuatkan aku sedikit kepenatan.Aku sedang menunggu Elly di luar airport. Tiba-tiba..
"Auch!"Seseorang telah memyimbah aku dengan air teh panas.
"Eh!Sorry cik.Saya tak sengaja.Kaki saya tersadung tadi."Aku menoleh.Seorang lelaki berpakaian seragam berdiri di hadapan ku.Pilot ke dia ni?Aku memandang bagi mendapatkan kepastian.Topi tu?Baju tu? Memang sah dia ni pilot.
"Tak apa.Saya okey."Pilot yang dari tadi menunduk memohon maaf terus mendongakkan kepala memandangku.Cantiknya dia ni.Aku melihat pilot itu tidak habis-habos merenungki.Ada apa-apa yang tak kene ke?
"Emmm.Kawan saya dah sampailah,saya kene pergi."Aku ingin segera beredar.
"Eh nanti!"Aku menoleh."Boleh kita jumpa lagi.Aku mengerutkan dahi.Apahal pulak mamat ni.Aku tersenyum dan berlalu pergi.Sorry ye Encik pilot, mama tak kasi cakap dengan orang tak kenal.
Aku melihat Elly berlari ke arah ku.
"Wei sorry,sesak tadi."Elly mengambil beg bagasi ku. "Banyak baju,kau nak tinggal sini berapa hari?"
"Tak sure lagi.Dahlah jom.Aku penat ni."Kami berjalan menuju ke kereta.

"Kenapa tak angkat ni."Aku mendail numbernya berkali-kali, tetapi tidak dijawab.Haura, kenapa buat I macam ni.Apa I nak jawab kat mama.Danial jadi tidak tentu arah.Dia mundar mandir ke sana ke mari.Buntu. Tiada apa yang mampu dia lakukan ketika ini.Semuanya berlaku sekelip mata.
~Flashback~
"Kenapa ni ma?"Aku melihat mama dan Datin Leyka mundar mandir.
"Danial,tolong aunty Danial." Datin Leyka kelihatan resah.
"Kenapa ni?Apa yang Danial boleh tolong."Aku keliru.
"Kahwin dengan Amalin Danial." Aku memandang mama.Apa yang berlaku?
"Apa aunty cakap ni?Ifwat mana?"
"Ifwat dah tak ada Danial.Dia dah pergi buat selamanya."Aku terdiam.Rasa kesian aku terhadap Amalin timbul.Aku tanpa berfikir panjang terus menerima permintaan Datin Leyka.

Aku meraup wajah.Apabila terkenang kembali saat itu aku mula terfikir.Betul ke aku terima dia sebab kesian?Ataupun sebenarnya aku suka dia?Ye memang tak di nafikan,Amalin mempunyai rupa wajah yang menarik.Kulitnya yang putih dan bersih itu menambahkan seri di wajahnya.Mana-mana lelaki pun akan terpikat kepadanya dengan sekali pandang sahaja.Macam mana aku nak cari dia.Macam mana?Danial semakin buntu.Di saat ini,dia tidak mampu memikirkan apa-apa.Hanya rasa resah yang menemaninya ketika ini.

Cintai aku (Complete)Where stories live. Discover now