Tuk tuk tuk
"Amalin!"Aku terdengar seseorang memanggil namaku.
"Ye!"Aku menggeliat kecil,lalu bangun menuju ke pintu.Apabila pintu dibuka kelihatan Danial berdiri di hadapan."Kenapa?"
"Mama call tadi,dia suruh bagitau kat kau dorang balik lusa,tak jadi balik esok."Pulak dah.Takpe-takpe,asalkan dorang balik sebelum aku kahwin.
"Okey."Belum sempat aku menutup pintu Danial sekali lagi memanggil namaku.Apa lagilah mamat ni.Aku memandangnya.
"Kenapa?"
"Kau boleh masakkan something untuk aku tak?Mak Tom tak ada,
dia pegi mana tah tadi."Haih.Tak reti masak sendiri ke.Huh.
"Jap.Aku nak solat asar dulu."Aku masuk ke bilik dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Aku memankai telekung dan menunaikan solat asar.
Selesai solat aku turun ke bawah.Ku lihat Danial sedang menonton movie.Aku terus menuju ke dapur.Aku bercadang hendak menggoreng nasi sahaja.Mamat ni time-time macam nilah dia lapar.Dahlah tak reti masak,aku jugak yang kene masakkan.Aku memanaskan kuali dan mula memasak.
Beberapa minit kemudian,nasi goreng pun siap.Aku menghidangkannya di atas meja."Danial!Jom makan!"Danial yang sibuk menonton televisyen akhirnya bangun dan duduk di meja makan.Aku menghulurkan sepinggan nasi goreng.Aku duduk dan makan tanpa berkata apa-apa.Suasana menjadi sungguh sunyi.
Aku naik ke bilik selepas makan.Aku terasa bosan.Kalau ada Muna boleh jugak aku ajak dia keluar,ni dia tak ada.Aku merebahkan diri di atas katil.Aku memandang ke atas.Time-time macam nilah aku nak berangan.Aku tersenyum mengingati saat pertama aku bertemu dengan Ifwat.~Flashback~
Aku berjalan menuju ke pintu masuk dewan kuliah.Sedang aku berjalan laju,tiba-tiba bahu ku dilanggar.Aku jatuh terduduk. Siapa plak yang langgar aku ni. Aku mendongak.
"Cik okey?"Lelaki itu berkulit putih dan tinggi itu.
"Okey okey."Aku bangun dan terus berlalu pergi.Dah lambat ni,kalau lama-lama nanti mahu kene denda dengan pensyarah.Aku masuk ke dewan kuliah.Uhhh,tak ada lagi.Aku duduk di sebelah rakanku Yani.
"Apahal lambat?"Yani memandangku.Yelah,biasanya akulah yang paling awal.
"Kereta rosak tadi,terpaksa suruh papa aku hantar.Tapi tulah,papa aku tu mentang-mentanglah bos,dia nak datang lambat.Yang aku ni jenuh suruh dia cepat."Yani tergelak kecil.
"Wei,nantikan ada budak baru masuk sini."Yani berbisik di telingaku.Perlu ke nak bidik-bisik ni?
"So?"
"Hish kau ni.Macam tak tau je."
"Tau apa?"Aku mengerutkan dahi.
"Yelah,kalau aku excited macam ni,mestilah budak baru tu lelaki,hensem,cool."Yani terus membebel itu dan ini,aku pula hanya memekakkan telinga.Tiba-tiba pintu dewan dibuka.Encik Syafiq ke tu?Aku mendongakkan kepala.Eh?Mamat yang langgar aku tadilah.
"Wei wei,tu budak barunya."Yani menepuk-nepuk pehaku.Haih minah ni,excited betul.Lelaki itu berjalan ke arah kami.Aku buat tak tahu.Tiba-tiba lelaki itu duduk di sebelah ku.Aduh mamat ni,banyak lagikan tempat kosong.Sedangku asyik menulis,ada sehelai kertas dihuluekan ke mejaku.
'Hai'
Aku memandang lelaki disebelah ku.Mamat ni dah kenapa?Aku membalas.
'Hi'
Aku mengembalikan kertas itu.
'Nama saya Ifwat Danish.Awak?'
Kertas itu sekali lagi diberi kepada ku.
'Amalin Haura'
'Ohh,sedap nama'
'Thanks'
Selepas kejadian itu,setiap hari kami akan berbalas surat sebelum Encik Syafiq masuk. Sampailah satu hari Ifwat memberi kertas yang bertulis.
'I love you'
Aku terkejut.Hampir seminggu aku tidak menegurnya.Tetapi dia tidak berputus asa,dan cuba mendekati aku kembali.Now,kitorang dah bersama.Aku terima dia seadanya dan dia juga menerima aku seadanya.Sedar tak sedar sudah masuk waktu maghrib.Aku menggagahkan diri untuk ke bilik air dan mengambil wuduk.Aku menunaikan solat maghrib dan merebahkan diri di atas katil.Aku membuka telefonku,ada satu mesej.
-Future husband
Future wife?
-Future husband
Ye saya?
-Future husband
Miss you😢
-Future husband
Baru je jumpa,takkan dah rindu😒
-Future husband
Itu tadi😔
Mengadalah mamat ni.Malam-malam macam nilah nak mengada-ngada.
-Future husband
😐
-Future husband
Pergi kat tingkap bilik you jap.Tingkap belakang?Kenapa kene pergi sana.Aku bangun dan bergerak ke tingkap.Aku membuka tingkap.Who is that?Ifwat?
"Hai future wife"Ifwat melambai ke arah ku yang berada di tingkat dua.
"You buat apa kat sini?"
"I nak tengok future wife I lah." Aku ternampak guitar di tangan Ifwat.
"You nak buat apa dengan guitar tu?"
"I nak nyanyi untuk youlah."
"Series?"Aku sedikit teruja.
"Iya.Tapi I nyanyi satu lagu je tau."Ifwat memandang Amalin.
"Cepatlah!Kata nak nyanyi."
"Hahahaha.Okey,Ifwat nyanyi."Aku mengangguk tanda faham.
Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu
Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah
Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu
Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah
Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang sayang
Sayang
Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam
Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Sayang tidur saja sayangLagu dari Faizal Tahir itu dinyanyikan oleh Ifwat sehingga habis. Aku tersenyum melihatnya.Aku berharap hubungan kami akan kekal sampai jannah.
"Amalin!"Lamunan ku terhenti.
"Kenapa?"
"You masuk solat and terus tidur tau. Ifwat balik dulu ye."Aku mengangguk.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta aku melambainya.Keretanya meluncur laju dan tidak kelihatan.Aku masuk ke bilik air dan mengambil wuduk.Telekung ku pakai dan aku terus menunaikan solat isyak.
Aku menghempaskan diri ke atas katil. Aku tersenyum sendiri. Aku memejamkan mata dan akhirnya dibuai mimpi indah.
YOU ARE READING
Cintai aku (Complete)
Teen Fiction(Complete story) Di saat kebahagiaan hampir tiba, si dia pergi buat selamanya.Diganti pula dengan seseorang yang tidak di cintai. Sememangnya semua ini tidak boleh diterima. (Benarkah kenyataan ini?Atau mungkin ianya sekadar kata-kata sahaja?)