Aku menuruni anak tangga.Tiada orang di ruang tamj.Biasalah,semua ahli keluarga ku sibuk.Mama dan papa pergi ke luar negara,Muna sudah ke universiti.Yang tinggal hanya aku.Oh ye!Hampir terlupa,si Danial tu ada.Aku langsung tidak menegurnya walaupun kadangkala dia cuba mengajakku untuk bersembang.Tak minatlah dengan mamat tu.Pandang aku semacam.Hensem tu memanglah hensem,tapi entahlah.Tak minat.
"Good morning."Aku menoleh.Macam tau-tau je aku tengah cakap pasal dia.
"Morning"Aku membalas ringkas.Aku berjalan menuju ke dapur.Danial duduk di meja makan.
"Nak air?"Aku memandangnya.
"Boleh jugak."Aku mengambil dua gelas kosong.Peti ais ku buka.
"Nak air susu ke,jus?"
"Jus."Aku mengambil kotak jus oren dan ku bawa ke meja makan.Selesai menuangkan air untuknya,aku duduk di hujung meja.Jauh darinya.
"Hai Amalin.Awal bangun hari ni."Ku lihat Mak Tom berjalan ke arah kami.Lupa plak Mak Tom ada kat rumah.Ingatkan aku dengan mamat ni je ada kat rumah.Alhamdulillah.Bersyukur aku.
"Tiba-tiba rasa nak bangun awal hari ni Mak Tom.Lagipun Amalin dah janji dengan Ifwat nak lunch sama-sama hari ni.So bangun awal sikitlah,takut nanti tak sedar terus sampai tengah hari.Mak Tom tau-tau jelah Amalin kalau cuti lepas solat subuh mesti pengsan sampai ke tengah hari."
"Ohh.Tau je.Mak Tom faham Amalin penat.Dalam seminggu sehari je Amalin cuti.Oh ye,kejap lagi Mak Tom nak ke pasar."
"Mak Tom nak pergi pasar naik apa?"
"Macam biasalah naik bas. Pak Osman sibuk.Dato' suruh dia bawakkan Muna dengan kawan-kawan dia ke Johor."
"Johor?Buat apa kat sana?"
"Pensyarahnya hantar dorang sebagai pelatih kem."
"Ohh.Kem kanak-kanak ye?"
"Ehh tak!Kem untuk budak sebaya dia."
"Ohh."Aku terdiam."Tak apalah,saya hantar Mak Tom."
"Boleh ke?"
"Boleh je,lagipun Amalin nak ke suatu tempat jap."
"Terima kasih."
"Sama-sama.Mak Tom tunggu jap ye,Amalin nak bersiap."
Aku naik ke bilik dan bersiap-siap.~30 minit kemudian~
"Mak Tom!Ohhh Mak Tom!"Tiada sahutan.Mana Mak Tom ni?Aku berjalan menuju ke dapur.Ku lihat satu kertas terlwtak di atas meja
' Amalin,Mak Tom pegi pasar dengan Danial ye.Dia nak sangat hantar Mak Tom.'
Mamat ni memang sengajakan.Aku pergi ke arah pintu keluar.Selepas mengunci pintu,aku menghidupkan enjin kereta dan memandu kereta keluar dari kawasan rumah.
Keretaku parking di tempat khas.Aku berada betul-betul di hadapan syarikat papaku. Syarikat papaku merupakan syarikat yang agak besar dan terkenal.Aku datang ke sini untuk berjumpa Yani.Kawan karibku.
Aku mencari kelibat Yani.Haa!Tu dia!
"Yani!"Alu berlari ke arahnya.
"Shhh!Janganlah jerit,malu aku."Yani merupakan seorang cleaner di syarikat ayahku.Tetapi ada satu benda yang orang lain tak tau,tapi aku tau.Yani ni sebenarnya model terkenal di luar negara.Cleaner ni ibarat kerja sambilan dia.Dia cakap dia nak rasa macam mana kesusahan yang orang lain rasa.Baguskan dia.Aku kagum.
"Yelah-yelah."
"Kau buat apa kat sini?"Yani menyoalku selepas kami duduk di bangku berdekatan.
"Saja nak tengok kau.Aku pun dah lama tak sembang dengan kau."
"Huish!Ingat kau kat aku ye.Terharu."Yani berpura-pura mengesat air mata di tubir matanya.
"Hish kau ni,aku cakap betul-betul,kau main-main pulak."Aku memuncungkan bibir tanda merajuk.
"Eleh!Yelah,aku pun rindu nak sembang dengan kau."Yani memeluk ku.Aku tersenyum.Ada-ada je minah ni.Kami terus berbual sehingga waktu lunch di pejabat.
"Eh!Dorang dah keluar lunchlah."Kami memandang beberapa orang pekerja yang keluar untuk makan tengah hari.Bercakap tentang keluar lunch,aku pun kene pergi jugak ni.Dah janji dengan Ifwat ni.
"Yani,aku kene pergilah.Aku dah janji dengan Ifwat nak keluar makan."
"Yelah.Aku pun nak pergi makan jugak ni.Bye."Aku melihat Yani yang semakin hilang dari pandangan.Aku mengeluarkan telefonku.
Future husband
I ada dekat syarikat papa ni.Ambik I kat sini ye?😁
~Beberapa minit kemudian~
Future husband
Okey.Wait for me😉
~setengah jam kemudian~
Pin pin.Aku mengangkat muka lalu tersenyum.Dah sampai.Aku bangun dan beredar menaiki kereta ferari berwarna kuning itu.
"Lama tunggu?"Ifwat memulakan bicara.
"Tak adalah,baru je.Lagipun tadi I jumpa kawan I."
"Kawan?Lelaki ke perempuan?"Ifwat bertanya dengan nada cemburu.Aku memandangnya.Alahai,jeles ye.
"Perempuan."Ifwat terus tersenyum.
"Hari ni I nak bawak You ke suatu tempat yang menarik."
"Kat mana tu?"Aku yang sedang memandang ke arah jalan mengalihkan pandanganku ke arah Ifwat.
"Adalah."Alahai nak berahsia pulak.Kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang Ifwat katakan.
Laut yang biru,angin bertiup lembut.Indah sungguh permandangan ini.
"Suka?"Ifwat menghampiri ku.
"Mestilah suka.I memang dah lama tak tengok laut."Aku memejamkan mata.Sungguh menenangkan.
"Lagi tiga hari je kita nak disatukan."Aku memandang ke arah Ifwat.Ye memang betul apa yang dikatakan olehnya.Lagi tiga hari je kami akan bersanding dan hidup bersama.Hatiku berdebar memikirkan perkara itu.
"Jomlah makan.Ada satu cafe dekat tepi pantai sana.Orang kata makanan kat cafe tu sedap."Aku dan Ifwat bergerak le arah hujung pantai.Terdapat sebuah cafe berdekatan.Ifwat membukakan pintu.Makanan sudah siap terhidang di atas meja.Memang dia dah rancang awal-awal.
"Duduklah."Ifwat menarikkan kerusi.Kami makan dengan penuh selera.
Selesai makan,Ifwat menghantar ku pulang ke rumah.Aku meninggalkan keretaku di syarikat papa dan menyuruh PAnya Kak Yanti membawa kereta itu ke rumahnya.Kak Yanti sudah seperti kakak ku sendiri.Aku ada memberi kunci simpanan kepadanya kerana aku sering meninggalkan keretaku di syarikat papa.Aku masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang,lalu ke bilik air.Aku mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor.Aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata untuk seketika.
YOU ARE READING
Cintai aku (Complete)
Fiksi Remaja(Complete story) Di saat kebahagiaan hampir tiba, si dia pergi buat selamanya.Diganti pula dengan seseorang yang tidak di cintai. Sememangnya semua ini tidak boleh diterima. (Benarkah kenyataan ini?Atau mungkin ianya sekadar kata-kata sahaja?)