'Ye abah.. ada apa panggil Baharin?' soal Ustaz Baharin kepada ayahnya. 'Duduk..' arah Haji Zain. 'Kenapa kamu tak hati hati Baharin..' sambung Haji Zain, diurut urut kepalanya. 'Kenapa abah? ada apa apa tak kena ke..' tanya Ustaz Baharin perlahan. 'Ada tetamu tak diundang kat luar tu.. mari sini dekat sikit' Haji Zain menyapu mata Ustaz Baharin. 'Sekarang kamu pergi jenguk ke luar.. jangan sampai dia sedar kamu tengok dia' pesan Haji Zain. Ustaz Baharin keluar dari bilik orang tuanya menjenguk ke ruang tamu. 'Ya Allah!' menjerit hati Ustaz Baharin melihat satu lembaga setinggi rumahnya di ruang tamu, benar benar dibelakang Dr. Sayrah. Badannya berbulu lebat hitam berkilat, matanya merah menyala. Ustaz Baharin bergerak kembali ke bilik orang tuanya.
'Abah..' Ustaz Baharin memanggil ayahnya sebelum dia terduduk lemah lalu terbaring menggeletar. 'Aku dah kata jangan bagi dia perasan.. nilah padahnya!' Haji Zain mengapai segelas air suam lalu dibacanya beberapa potong ayat suci Al Quran lalu dituang di telapak tangannya dan disapukan ke wajah Ustaz Baharin. Ditepuk perlahan lahan sebanyak tiga kali pada dada sebelah kiri anaknya. Ustaz Baharin muntahkan darah. Badannya lemah tetapi sudah boleh membuka matanya. 'Aku dah kata dah.. taknak dengar' ngomel Haji Zain. Hanya sipi sipi sahaja kata katanya dapat ditangkap oleh telinga Ustaz Baharin.
'Kamu baring dulu.. aku nak buang kejap benda tu dari rumah kita' beritahu Haji Zain pada anaknya. Terkumat kamit mulut Haji Zain membacakan sesuatu, hebat orangnya Haji Zain ini. Banyak membantu penduduk setempat untuk melawan makhluk halus bahkan mampu membuang saka. Pernah suatu ketika patah riuk tulangnya membuang saka yang sudah melebihi 6 keturunan dijadikan khadam. Enam bulan dia terlantar di katil, panas badannya. Setelah sembuh, dia banyak berehat di rumah, sekadar mengubati gangguan gangguan kecil sahaja. Anaknya Ustaz Baharin pernah cuba menuntut ilmunya tetapi entah kenapa masih sukar untuknya mendalami dan mengubati. Lihat sahaja sebentar tadi hanya kerana kehadirannya disedari makhluk tersebut, teruk juga kondisi Ustaz Baharin ketika ini. Mujur ada Haji Zain.
'Bang!' panggil Jamilah dari ruang tamu. 'Marilah minum sekali..' sambung Jamilah. 'Haa.. Halim.. Zaiton.. jemput minum.. ni ada sikit donut aku buang petang tadi ada lebih.. jemput.. jemput' ajak Jamilah. 'Haa yelah.. terima kasih' Abdul Halim dan Zaiton serentak bersuara. 'Ni siapa Zaiton?' tanya Jamilah sambil jarinya diunjukkan kepada Dr. Sayrah. 'Ni anak aku.. Sayrah..' jawab Zaiton. Dr. Sayrah bersalaman dengan Jamilah, melalui pandang pertama Jamilah mula berkenan dengan Dr. Sayrah. Bolehlah dipinang untuk Ustaz Baharin, jika tidak dicari sampai ke tualah membujangnya. 'Milah masuk bilik sebentar.. tengokkan Baharin' ujar Haji Zain pada Jamilah. Melihat ekor mata suaminya sahaja Jamilah sudah tahu ada sesuatu yang telah menimpa anaknya. Tiga puluh tahun mendirikan rumah tangga bersama Haji Zain, dia sudah masak dengan gerak geri dan riak wajah suaminya.
'Halim.. Zaiton tolong ketepi kejap.. aku ada kerja sikit.. Sayrah duduk diam diam' Haji Zain melangkah ke arah kedudukan Dr. Sayrah. Haji Zain membacakan ayat ayat suci lalu dilibas libas kain diatas kepala Sayrah 'Aku mohon kamu keluar.. sini bukan tempat kamu.. pulanglah ke tempat asal kamu.. aku malas nak berkasar' kata Haji Zain pada makhluk tersebut. Perlahan lahan Haji Zain bergerak ke pintu rumah lalu dibukanya perlahan lahan. Kelihatan Dr. Sayrah bangun. 'Bukan kamu Sayrah.. kamu duduk' perlahan sahaja suara Haji Zain. 'Tunggu apa lagi? Silakan keluar.. aku tak mahu kau buat onar dirumahku.. aku pinta secara baik' sambung Haji Zain sambil mengukir senyuman. Makhluk berbulu lebat hitam berkilat tersebut itu mengikut arahan Haji Zain tanda akur. Selesai sahaja makhluk tersebut keluar dari rumah, Haji Zain menutup pintu rumah lalu dibacanya Surah Al Fatihah dan ditepuk tepuk pintu tersebut sebanyak 3 kali.
YOU ARE READING
Sayrah II
Mystery / ThrillerMaaf kerana tiada sinopsis. Ikuti cerpen edisi ke 2 ini. Jangan serius sangat okey! hehe.. Terima Kasih.