Part 5

82 1 0
                                    

'Shah.. cepatlah sikit.. dah setengah jam ni.. nanti kantoi macam mana!' desak Jamal. 'Diamlah! nah cangkul ni! kau pulak sambung.. aku dah penat!' marah benar Shahiran dengan desakan Jamal, disuruhnya Jamal mengantikan tempatnya. Jamal terpaksa, dia menyambung kerja kerja mencangkul. Satu jam berlalu, akhirnya kelihatan kain kafan yang reput. Jamal ketakutan, manakala Shahiran seperti dirasuk. Ditariknya mayat Dr. Sayrah keluar dari lubang kubur dengan kasar.

'Jangan ganggu aku!' Dr. Sayrah bersuara. 'Jangan ganggu aku! Jangan ganggu aku!'. 'Sayrah.. Sayrah.. abang! Sayrah dah sedar bang' Zaiton memanggil suaminya, Abdul Halim. Bergegas orang tua tersebut menuju ke bilik. 'Kenapa ni awak..' tanya Abdul Halim kepada isterinya. 'Ya Allah.. anak aku dah sedar!' terduduk, bersujud syukur Abdul Halim melihat anaknya telah sedar. 'Mak!' Dr. Sayrah kini telah sedar, mukanya pucat, tubuhnya basah berpeluh. Perkataan pertama secelik matanya adalah mak. Dia memeluk erat ibunya. Air matanya bercucuran, erat pelukannya pada Zaiton. Enggan dilepaskan. Zaiton mengusap lembut rambut Dr. Sayrah. Abdul Halim berlari mendapatkan anaknya. 'Mak.. ayah.. Sayrah ingatkan Sayrah dah mati' bertambah kuat tangisannya. 'Suri.. suri mana mak?!' soal Dr. Sayrah.

'Suri ada nak kat rumah sewa kamu berdua di Kuala Lumpur tu.. sebulan sekali dia kemari menjenguk kamu' ujar ibu Dr. Sayrah, tangisannya bercampur senyuman. Dr. Sayrah beransur bertenang. 'Awak masakan anak kita ni bubur' suruh Abdul Halim pada isterinya. Bergegas Zaiton ke dapur, riang hatinya tak terkira. 'Ayah..' panggil Dr. Sayrah perlahan. 'Ye nak..' sahut Abdul Halim. 'Sayrah kenapa? apa yang dah jadi pada Sayrah?' soal Dr. Sayrah. 'Nanti ayah ceritakan ye nak.. nanti mak kamu dah siap masak.. kita makan.. lepas tu kamu pergi mandi.. solat.. lepas tu ayah cerita ye' perlahan suara Abdul Halim menjawab dan menenangkan anaknya yang ingin mengetahui keadaannya. Dia tidak mahu terburu buru, emosi Dr. Sayrah masih belum stabil.

Selesai makan, Dr. Sayrah dipegang ibunya untuk berdiri. 'Sayrah boleh bangun sendiri mak' ujarnya. 'Takpe Sayrah.. biar mak bantu.. kamu belum cukup kuat lagi' jawab Zaiton bersama senyuman. Dipapahnya anak ke bilik mandi, dimandikan anaknya. Kasih sayang seorang ibu tidak dapat dijual beli. Dr. Sayrah segan ketika dimandikan ibunya tetapi dia sendiri tidak terlalu berdaya untuk berdiri. Terpaksa dia mengakui hakikat tersebut. Bajunya juga disarungkan oleh ibunya, bertakung air mata Dr. Sayrah melihat keadaannya yang serba serbi tidak berdaya. Kelihatan Abdul Halim memasuki bilik anaknya.

'Ayah.. tolong ceritakan apa yang dah jadi pada Sayrah ayah.. Sayrah rayu' pinta Dr. Sayrah. 'Baiklah nak..' Abdul Halim membuka bicara.

Sayrah IIWhere stories live. Discover now