Kisah antara Rizzman dan Suri sebenarnya telah diketahui terlebih dahulu oleh Zaiton dan suaminya, Abdul Halim. Rizzman sendiri yang telah menceritakan segalanya kepada mereka tanpa pengetahuan Suri beberapa hari sebelum dia memperisterikan Suri. Pada mulanya Zaiton dan Abdul Halim agak terkejut dengan berita tersebut tetapi mereka menerimanya dengan hati yang terbuka. Mereka percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Zaiton dan Abdul Halim turut mencurahkan kasih sayang kepada Rizzman dan Suri sama seperti mereka curahkan kepada Dr. Sayrah. Bahkan mereka membahasakan diri sebagai mak dan abah kepada Rizzman dan Suri.
'Assalamualaikum' Ustaz Baharin memberi salam, ditolak pintu rumah yang separa terbuka tersebut. 'Waalaikumusalam' kesemua yang berada dalam rumah menyahut salam Ustaz Baharin. Ustaz Baharin menuju ke arah Rizzman dan mereka saling bersalaman. Kelihatan mata Rizzman kemerah merahan begitu juga dengan yang lain, Ustaz Baharin ingin tahu lebih lanjut namun dia enggan mengeruhkan keadaan. Lambat laun ibunya pasti akan bercerita. 'Lambat kamu balik Baharin.. kemana kamu pergi?' tanya Jamilah dengan nada yang sedikit tegas. 'Tadi ada gotong royong kat surau.. tu yang lambat balik tu..' terang Ustaz Baharin. 'Dah.. pergi mandi.. siap siap lepas tu pergi rumah pakcik Halim.. abah kamu dah tunggu kat sana' ujar Jamilah menyampaikan pesan suaminya. Tanpa banyak soal, Ustaz Baharin terus bergerak ke biliknya.
'Haa.. biarlah makcik ke dapur dulu ye.. nak masak apa yang patut.. dah nak masuk tengah hari ni' Jamilah bersuara cuba memecahkan suasana sayu, kata katanya menarik perhatian Zaiton, Suri dan Dr. Sayrah. Ketiga tiga mereka menawarkan diri untuk membantu, diekori Jamilah ke dapur maka tinggallah Rizzman dan Syikin di ruang tamu. Ditepuk tepuk perlahan punggung anak kecil itu, meskipun Syikin bukan anak kandungnya namun Rizzman sangat menyayangi Syikin. Saat Syikin dilahirkan, dialah manusia yang paling gembira sekali. Melompat dia keriangan, terpancar sinar kegembiraan saat dia menelefon Abdul Halim dan Zaiton menyampaikan perkhabaran tersebut. Rizzman juga sedar bahawa dirinya mula mencintai Suri secara perlahan lahan sejak beberapa bulan yang lalu meskipun pada mulanya dia menikahi Suri atas dasar simpati. Namun Rizzman enggan meluahkan rasa cintanya terhadap Suri kerana dia masih terperangkap dalam cintanya bersama Dr. Sayrah, tidak pernah berkurang cintanya bahkan semakin hari semakin bertambah. Sering saja dia termenung mengingati saat manisnya bersama Dr. Sayrah, pernah juga dia terfikir mengapa Tuhan merentap kebahagiaan yang baru sahaja hendak dikecapi olehnya saat itu.
Selesai sahaja memasak, Jamilah mengisi lauk pauk dalam mangkuk tingkat, Jamilah menyerahkan mangkuk tingkat tersebut kepada Suri. Jamilah agak keberatan untuk meminta bantuan Rizzman secara terus. 'Abang.. tolong hantar makanan ke rumah Abah' Suri menghulurkan mangkuk tingkat yang berisi lauk tersebut kepada Rizzman. Suri memanggil Rizzman dengan panggilan abang sejak hari pertama mereka bernikah, tanda hormatnya kepada Rizzman. 'Baiklah..' jawab Rizzman ringkas, segera dia bangun mencapai mangkuk tingkat pada tangan Suri. Rizzman hanya berjalan kaki menuju ke rumah Abdul Halim. 'Malas benar rasanya nak memandu.. lebih baik jalan kaki sekurang kurangnya boleh menghirup udara segar' getus hatinya.
'Ya Allah! Abah! kenapa ni?!' terlepas mangkuk tingkat dari genggaman Rizzman apabila terlihat Abdul Halim terbaring di sofa. Mukanya lebam lebam, pergelangan kakinya bengkak, tubuhnya tidak bermaya. 'Sabar nak.. pakcik dah ikhtiarkan tadi.. bagi dia rehat' ujar Haji Zain. 'Kenapa dengan abah saya pakcik?' soal Rizzman. 'Ada benda tarik dia tadi masa dia naik tangga menuju ke bilik atas.. pakcik dah larang.. tapi dia degil'. 'Kamu tengok tengokkan dia sebentar.. ambil air di atas meja tu sapu ke mukanya.. bacakan 3 qul' sambung Haji Zain. Ustaz Baharin keluar dari bilik bawah, dikutip mangkuk tingkat yang terjatuh ke lantai. Mujur lauknya masih elok didalam mangkuk. Allah pelihara rezeki mereka.
YOU ARE READING
Sayrah II
Mystery / ThrillerMaaf kerana tiada sinopsis. Ikuti cerpen edisi ke 2 ini. Jangan serius sangat okey! hehe.. Terima Kasih.