'Sepuluh tahun lepas saya ada ziarah pakcik.. lepas tu saya sambung belajar.. hidup pun susah, duit takde nak ulang alik dari Perak ke Selangor' jawab Shahiran. 'Kes kakak kau ni famous juga dulu.. hmm takpelah benda dah lepaskan' kata Pak Ayub. Shahiran juga tidak berminat untuk tahu lebih lanjut, dalam otaknya hanya Adirah, Adirah dan Adirah. Setelah itu, tiada siapa yang membuka mulut.
'Okay.. dah sampai dah nak.. ni tanah perkuburannya..' beritahu Pak Ayub. 'Berapa pakcik?' tanya Shahiran berkenaan tambang teksi. 'dua puluh tiga dahlah..' ujar Pak Ayub meskipun tertera RM23.20 pada meter. 'Nah duitnya.. terima kasih pakcik' Shahiran menghulur wang tambang, dia keluar dahulu dari teksi. 'Ingat nak.. pakcik bukan tak tahu apa yang korang dua nak buat.. cuma pakcik malas nak masuk campur.. ingat Allah.. jangan senang dunia susah akhirat' ujar Pak Ayub kepada Jamal. Berpeluh dahi Jamal mendengar kata kata Pak Ayub, perlahan lahan dia keluar dari teksi Pak Ayub. Pintu teksi ditutup perlahan, mukanya binggung.
'Cepatlah!' Shahiran memanggil Jamal. Pak Ayub berlalu pergi bersama teksinya lalu hilang dari pandangan Jamal. Jamal mengikuti Shahiran, setapak Shahiran setapak jugalah Jamal. Meskipun hari masih siang tetapi bulu roma Jamal berdiri, hatinya berbolak balik. 'Sayrah Binti Abdul Halim' Shahiran bercakap sendirian. Dari satu barisan ke barisan yang lain Shahiran mencari batu nisan bernama Sayrah Binti Abdul Halim, Jamal hanya menuruti langkah Shahiran sahaja. Dia enggan bersuara, risau jika kata katanya 'ditegur' makhluk halus. Jika demam pastinya menyusahkan dirinya dan Shahiran.
'Ha! dah jumpa!' Shahiran bersuara. 'Ini dia kuburnya Mal! kau tolong ingat kedudukan kubur ni.. malam ni kita datang balik.. sekarang jom makan.. aku lapar ni.. nampak macam ada warung kat sana' ujar Shahiran sambil jarinya menunjukkan kearah warung dicelahan rumah setinggan. Jamal hanya mengangguk, sejak sampai tadi Jamal tidak bercakap sepatah pun. Kata kata Pak Ayub masih bermain difikirannya. 'Mal kau nampak tak apa aku nampak Mal?' tanya Shahiran kepada Jamal. 'Apa dia Shah.. kau jangan macam macam.. ni kubur ni.. jomlah blah!' Jamal keresahan. 'Apa benda kau ni Mal? siang siang buta takut.. Penakut!' herdik Shahiran. 'Aku nak bagitahu kau kat sana tu ada cangkul.. ambik dan sorok! senang kerja kita malam ni.. tak payah bazir duit beli cangkul' sambung Shahiran.
'Tunggu apa lagi?! takkan aku jugak nak kena buat?' tanya Shahiran secara sinis. 'Ye.. ye aku ambik.. sabarlah' Jamal bergerak perlahan kearah cangkul tersebut, diambil dan diserahkan kepada Shahiran. 'Sorok kat semak tepi tu.. jangan lupa pulak.. kita ada 30 minit je untuk settlekan semuanya' beritahu Shahiran. Lokasi kubur Almarhumah Dr. Sayrah yang sedikit tersembunyi memudahkan kerja kerja terkutuk Shahiran kelak. Mereka keluar dari kawasan tanah perkuburan menuju ke warung untuk mengisi perut. Shahiran dilihat sungguh berselera. Penuh pinggannya dengan lauk pauk manakala Jamal sekadar minum, seleranya hilang sejak keluar dari teksi Pak Ayub.
YOU ARE READING
Sayrah II
Gizem / GerilimMaaf kerana tiada sinopsis. Ikuti cerpen edisi ke 2 ini. Jangan serius sangat okey! hehe.. Terima Kasih.