Prolog

5.9K 106 1
                                    

ARIF ZAFUAN!!!

Riana pejam celik mata. Dia sedang bermimpi atau memang satu kenyataan? Kalau mimpi, dia ingin cepat-cepat terjaga. Kalau kenyataan, dia mahu memulakan langkah untuk berlari.

"Riana... kenalkan kawan I, Arif Zafuan." Suara bosnya memperkenalkan makhluk Tuhan paling kacak yang pernah dia temui itu mengesahkan Riana bahawa dia tidak bermimpi.

Riana telan liur. Terasa payau. Pertemuan ini, kalau berlaku empat tahun dulu, dia pasti akan berlari memeluk tubuh tegap itu. Tapi, saat ini segalanya sudah menjadi lain. Kalau ditanya pada hati, dia tidak lagi mahu temui lelaki ini untuk sepanjang umurnya yang akan datang. Cukuplah untuk apa yang telah dia lalui sebelum ini.

"Rif, ni Ayuriana, Operations Manager Ria Damai Resort. Satu-satunya orang kepercayaan aku dan satu-satunya orang yang bertanggungjawab meletakkan resort ni ke tahap sekarang." Bangga Rizal Iman memperkenalkan pekerja kesayangannya pada si teman.

"Hai!" Riana menegur dengan anggukkan.

Sejak bertudung, dia tidak lagi menghulur salam atau menyambut salam manusia yang bukan mahramnya.

Mengelak dari dosa-dosa kecil akan menjauhkan kita dari melakukan dosa-dosa besar.

Tapi, jika apa yang pernah berlaku antara dia dengan lelaki ini belum terputus, menyalami tangannya bukanlah satu dosa. Malah pahala untuk dia.

Cuma, dia sudah tawar hati untuk mengumpul pahala dengan lelaki ini.

"Errkk... bos, I ada ada kerja sikit...." Riana pandang ketuanya sambil memberi isyarat tangan yang dia mahu pergi.

Tanpa menunggu jawapan, langkahnya sudah diatur meninggalkan mereka. Kalau boleh, dia mahu terus tinggalkan pulau itu tapi, ke mana pula hala tujunya?

Nafas disedut panjang. Tiga tahun dia di bumi semenanjung, kenapa sedetik pun tidak pernah bertemu lelaki itu? Kenapa di pulau ini pula mereka ditemukan? Takdir apakah yang sedang mengejarnya?

Rasa sakit yang paling sakit ialah dikhianati oleh orang yang paling kita sayang. Rasa benci yang paling sakit ialah membenci orang yang kita sayang sepenuh hati.

Ya! sakit yang dia rasa tak pernah hilang dan saat ini, kesakitan itu bagai ditekan-tekan agar lebih terasa perit.

MERAH CINTA DIAWhere stories live. Discover now