Bab 3

3.4K 76 1
                                    

DIA tak punya ramai kawan. Sara dan Mazni itulah kawan yang rapat dengannya. Ramai yang kata dia sombong. Ramai yang kata dia berlagak. Tapi sebenarnya dia pemalu. Malu itu kan 'pakaian' berharga buat seorang wanita.

Sara itu rakan sebiliknya dan Mazni rakan sekelas, penghuni bilik sebelah. Sejak setahun yang lepas, ke mana saja dia pergi, pasti bertiga. Tapi dia jadi pelik apabila tiba-tiba dua sahabatnya itu bagai menjauhkan diri darinya?

Riana pandang Sara yang sejak tadi hanya diam membisu. Selalu Sara tak begini. Mulutnya sentiasa berkicau.

"Kau nak ke mana?" Dia menyoal apabila melihat Sara menyarung tudung dan bersiap bagai mahu keluar. Sejak tadi, hanya dia yang bertanyakan soalan dan Sara pula bagai malas mahu menjawab.

"Keluar." Cuma sepatah yang Sara jawab.

"Keluar ke mana? Lambat ke balik?" Soalan ditanya lagi apabila Sara melangkah ke pintu.

Mata memandang jam loceng di atas meja study, 8.00 malam. Dia masih belum makan. Selalunya dia akan keluar makan dengan Sara dan Mazni. Kalau Sara balik lambat, harus perutnya berbunyi. Dah la kakinya masih sakit. Nasib baik tak ada kecederaan serius. Cuma calar di bahagian buku lali saja.

"Lambat kut. Keluar makan dengan dia orang."

Dup! Jantung Riana bagai ditumbuk.

Keluar makan tanpa mengajak dia?

Dengan siapa pula Sara pergi? Kenapa tak ajak dia sekali?

Tiba-tiba hati Riana jadi kecil. Sedikit terguris dengan sikap seorang kawan. Genap setahun mereka sebilik, kekadang tidur berkongsi bantal dan makan berkongsi pinggan. Kenapa tiba-tiba Sara sanggup buat dia begini?

Bila Sara melangkah keluar, matanya gatal saja mengintai di celah pintu yang sedikit terbuka. Sekali lagi jantungnya bagai ditumbuk kuat.

Sara dan Mazni, jalan beriring. Memang dia boleh nampak sebab bilik Mazni cuma selang sebilik saja dengan bilik mereka, di aras satu blok asrama tersebut.

Kenapa mereka berdua buat dia begini? Dia ada buat apa-apa salah ke?

Puas mencari punca tapi satu teori pun tak menyentuh akalnya. Kalau sahabat sejati, mana mungkin mereka sanggup buat dia begini. Atau hanya dia yang menganggap begitu sedang mereka berdua tak pernah anggap dia sahabat?

Duduk di katil, matanya mula bergenang. Tiba-tiba dia rasa jauh dari semua orang. Lepas balik kelas tadi, Mazni atau Sara langsung tak tanya apa-apa. Walhal dia yakin Mazni nampak dia jatuh. Sara pun sama, langsung tak tanya apa-apa walhal dia yakin Sara nampak saja kakinya berbalut dan jalannya terhenjut-henjut ketika balik tadi.

Lama termenung, perut mula berbunyi. Lapar menjadi perisa menambah emosinya. Lantas air mata gugur ke pipi.

Lama kemudian, dia buka kabinet mencari maggi. Duduk asrama, tak sah kalau stok maggi tak ada.

Kaki dah la sakit. Ubat tahan sakit yang doktor bagi tadi pula tertinggal dalam kereta mamat satria tu. Sadis sungguh!.

Baru mahu menggeledah kabinet ada pesanan masuk ke telefon bibitnya.

Saya ada kat bawah ni. Boleh turun kejap? - Arif

Eh! apa pula yang mamat tu nak? Teringat ketika di Pusat kesihatan siang tadi, bagaimana pantas lelaki itu mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefonnya.

MERAH CINTA DIAWhere stories live. Discover now