Bab 2

3.8K 64 1
                                    


KELUAR dari dewan kuliah, Riana terus terpandang satria merah yang dia naiki tadi. Masih terparkir di tempat yang sama.

Apa mamat tu buat kat sini? Dari tadi tak gerak-gerak ke? Atau lelaki tu pun ada kelas dekat kawasan sini juga?

Langkahnya mahu dilencongkan agar tak bertembung dengan lelaki tersebut. Tapi dalam masa yang sama dia ternampak Mazni di hujung sana sedang beriring dengan rakan kelas yang lain.

"Maz!" Riana menjerit perlahan.

Lupa seketika tentang tuan empunya kereta tersebut, dia mahu mengejar si sahabat. Tadi dia sampai lewat dan terpaksa duduk di bahagian belakang dewan kerana semua tempat duduk di bahagian depan sudah penuh. Selalunya kalau dia lambat Mazni akan tolong chop tempat untuk dia tapi tidak untuk hari ini. Makanya, terpaksalah dia duduk sendirian macam kera sumbang di belakang dewan.

Sepanjang kelas, otaknya tak berhenti berfikir apakah yang menyebabkan Mazni tiba-tiba seakan mahu menjauhinya?

"Maz!" Kali kedua rasanya jeritannya sangat kuat tetapi si teman langsung tak berpaling.

Mata memandang langkah si teman. Kaki pula melangkah mahu mengejar.

Silap percaturan, dia terlupa di situ ada longkang kecil. Dan apabila sebelah kaki sudah masuk ke longkang, badan terus hilang imbangan.

"Makkk!!" tak sempat nak buat apa-apa, tubuhnya tergolek jatuh macam nangka busuk. Dah la pakai baju kurung, entah terselak sampai ke mana dia tak mampu nak fikir.

Allah! Rasa mahu menangis di situ juga sebab sakit dan malu. Ramai yang berkerumun tapi dia tak nampak pun si teman datang membantunya.

"Riana, kau tak apa-apa?"

"Boleh bangun tak?"

"Kaki kau okey tak ni?"

Banyak soalan dari rakan sekelas yang lain buat matanya bergenang. Satu yang dia pasti kenapa saat ini dia menangis, yang prihatin itu semua bukan orang yang dia harapkan. Seorang teman yang dia sayang sudah buat dia macam orang asing tanpa dia tahu apa sebabnya.

Duduk di lantai simen sambil menggosok kaki sendiri. Saat itu, dia tak tahu apa nak dibuat. Memang ramai yang cuba membantu, tapi dia rasa macam bantuan tersebut tak sempurna. Entahlah!

"Tepi sikit, saya nak hantar dia ke klinik. Takut kakinya patah." Tiba-tiba ada suara mencelah di tengah-tengah riuh rendah suasana orang ramai yang sibuk bertanyakan soalan.

Patah?

Riana belek kaki sendiri. Memanglah rasa sakit, tapi takkanlah sampai patah?

Ramainya orang yang berkerumun buat dia jadi malu untuk mendongak. Tapi tiba-tiba saja terasa tubuhnya melayang, dicempung oleh seseorang.

"Makk!!!" Riana terus terjerit.

Takut terjatuh, tangan spontan naik memaut leher si empunya tangan yang mencempungnya.

"A..w...a..k." Spontan dia jadi gagap bila nampak muka orang tersebut.

Hati tiba-tiba membara. Sungguh berani lelaki ni buat dia begini.

"Apa ni??? main angkat-angkat orang!!!" Separuh menjerit sambil meronta agar dia diturunkan.

"Diam! Nanti kalau tangan saya terlepas dan jatuh, pinggang awak pulak yang patah."

Terus rontaan Riana terhenti. Bimbang kalau apa yang dikatakan itu benar-benar terjadi, tak pasal-pasal dia lumpuh nanti.

Dan apabila matanya berani-berani takut memandang mata sang hero penyelamat, dia bagai dipukau. Hanya mampu terkelip-kelip memandang wajah lelaki tersebut. Rasa macam dayang senandung yang sakit kaki dibantu oleh putera raja yang kacak.

"Kaki saya patah ke?" Polos Riana bertanya tatkala dia sudah didudukkan di dalam kereta milik lelaki tersebut.

"Nak saya check ke?"

"Eh!" Riana pantas melarikan kakinya apabila si lelaki sudah menunduk dengan tangan gaya mahu membelek kakinya.

Gopoh-gopoh dia tarik kain baju kurungnya menutupi kaki sendiri. Macamlah masa dia jatuh tadi orang tak nampak kakinya walhal kain sudah terselak sampai ke lutut.

"Awak buat apa kat sini?" soalan pembuka Riana tanya apabila lelaki tersebut sudah menggerakkan satria neo miliknya.

"Tunggu awak."

"Hah?" Riana menoleh, macam tak mahu percaya apa yang dia dengar.

"Awak ni student juga kan? Tak ada kelas ke?"

"Ponteng."

Terus Riana jadi bisu. Selamba sungguh mamat ni menjawab soalan. Seolah ponteng kelas tu macam tak mandi pagi.

"Nama saya Arif Zafuan. Boleh panggil Arif." Tiba-tiba Riana dengar suara di sebelah memperkenalkan diri.

Tapi, dia tak membalas. Tak kisahlah nama Tengku Tuan Muda pun, yang penting sekarang, ke mana pulak lelaki ni nak bawa dia?

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Tercetus jua soalan tersebut dari bibirnya. Kaki yang terasa sakit tadi dipicit perlahan. Rasa macam tak ada apa-apa. Cuma sakit sikit aje.

"Jangan risau, saya tak bawa awak lari. Saya bukan orang jahat. Cuma...." Ayat Arif terhenti di situ. Bibirnya tersenyum senget.

"Masa tengok awak masuk longkang dan jatuh tergolek tadi, saya gelak jahat. Sempatlah nampak betis awak yang putih gebu tu."

Errrkk.... Riana jadi tak berani nak berpaling. Dua tangan kejap memegang kain baju kurungnya seolah kalau terlepas, kain tu boleh terselak. Betul ke mamat ni nampak betis dia tadi?

Tapi, masa dia jatuh tadi, memang kainnya terselak.

Aduhhhh... malunya. Macam nak jatuhkan diri dan menyorok bawah tempat duduk. Kalaulah badan ni boleh dikecilkan macam anak kucing.

"Silap tak buat-buat pengsan tadi." Riana bergumam perlahan. Sebenarnya, dia cuma nak cakap dalam hati tapi entah bagaimana boleh terbit di bibir.

"Kalau awak pengsan, saya boleh tunjuk skil CPR yang pernah saya belajar masa masuk PBSM kat sekolah dulu." Arif gelak dengan bicara sendiri.

Riana terus tekup mulut.

Cis! menyesal pula cakap begitu.

"Macam mana awak boleh ada kat situ?" Sebab gelabah dan malu, Riana tanya lagi soalan yang sama.

"Tunggu awak." Sekali lagi jawapan yang sama diberi.

Arif ketuk-ketuk stereng kereta. Hari ni dia buat kerja gila, ponteng kelas semata-mata nak tunggu Riana keluar dari dewan kuliah.

Ya! Dia rasa macam dia dah gila. Riana ni macam pakai susuk. Sekali tengok, terus tak boleh lupa. Hati pula bagai hilang dari tempatnya, mengekor ke mana saja langkah Riana.

Dan kerja gilanya berhasil, berakhir dengan manis apabila Riana tiba-tiba tergolek depan mata dia.

"Haih!" Riana mengeluh apabila jawapan yang sama yang dia dapat dari mulut lelaki di sebelahnya.

Dia dah la sedang gabra. Siapa yang tak gabra kalau tiba-tiba tergolek jatuh dan bila tiba-tiba kena cempung oleh lelaki kacak? Dah la kacak, harumannya boleh buat dia melayang sampai ke langit.

Ya, Haruman!

Bau harum lelaki di sebelah ni bagai melekat di tubuhnya dan haruman itu sedang semerbak di dalam kereta ini buat dia makin tak senang duduk.

Rasa macam nak sedut nafas dan tak mahu lepas-lepas. Tapi, takut pula sesak nafas dan pengsan. Kang betul-betul ada adengan CPR. Tengok gaya lelaki ni pula macam tak boleh percaya.

X

MERAH CINTA DIAWhere stories live. Discover now