AKU memandu kereta Harrier putihku yang dihadiahkan oleh ayah dengan laju. Kalau aku bawa kereta tak sah orang cakap macam pelesit! Bukan apa.. Satu, aku dah terbiasa. Dua, aku kalau dah lambat memang redah jela.. Macam ni la aku pagi-pagi. Everyday mesti bangun lambat. Dan everyday tu jugak la aku bawa kereta macam pelesit. Hehehe.. Ketiga, aku rasa heaven kalau aku bawa kereta laju-laju. Rasa macam perasaan marah aku hilang.
Aku membelokkan keretaku di hadapan rumah banglo empat tingkat. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta.
Aku memegang beg tangan Louis Vuitton yang dibeli oleh ibuku di Paris semasa melancong bersama ayah. Aku melangkah tenang ke arah pintu pagar yang tinggi dan berukir cantik lalu aku menekan butang loceng di tepi pintu pagar tersebut.
Pintu pagar terbuka luas. Aku masuk ke dalam sambil memberi senyuman kepada Pak Rudy merangkap pengawal keselamatan rumah itu.
"Assalamualaikum Mak Wan.. Mama kat mana?" Tanyaku sopan sambil memberi senyuman kepadanya.
"Waalaikumussalam.. Cik Mizan.. Ada dekat laman. Sekejap ye Mak Wan panggil." Jawab Mak Wan gembira. Aku dan Mak Wan memang baik. Tapi, aku tak suka jugak dia panggil aku dengan panggilan 'cik' tadi. Dah banyak kali jugak dia panggil aku macam tu. Hari ni aku akan pastikan Mak Wan tak panggil aku 'cik' lagi! Mizan sudah cukup!
"Ehh, tak pe. Tak pe.. Saya pergi laman sana. Mak Wan.. Lagi satu, tak perlulah panggil saya 'cik'. Saya kurang selesa lah. Pembantu rumah saya panggil saya Mizan je.. Tak perlu cik ye Mak Wan? Boleh?" Aku memegang tangannya.
Mak Wan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Okey! Saya pergi dulu ye. Bye Mak Wan.." Aku melambaikan tangan lalu pergi dari situ dan menuju ke arah laman.
Sampai saja aku di laman, aku nampak Datin Qaisurina dan Tengku Raziqah Insyirah sedang berbual di atas pangkin yang berukir cantik. Kelihatan muka Tengku Raziqah Insyirah terkejut. Aku mula pelik. Aku terus mendekati mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Aku berjalan perlahan-lahan ke arah pangkin yang membelakangi aku. Kedengaran suara Datin Qaisurina. "Iqa jangan bagitau kak Mizan tau. Ini rahsia. Kalau mama tau, siap Iqa." Aku mengerutkan kening. Apesal nama aku naik pulak ni? Rahsia apa ni?
Tengku Raziqah mengangguk-anggukkan kepala. "Mama jangan risau. Iqa takkan bagitau...." Tengku Raziqah berhenti bercakap setelah ternampak aku mendekati mereka.
"Eh! Kak Mizan! Bila sampai? Meh duk sini." Tengku Raziqah terus turun dari pangkin lalu memeluk lenganku dengan erat. Aku tersenyum senang melihat telatahnya. Dengan mukanya ala-ala Pan-Asian, tinggi lampai, mata bundar.. Senang cerita dia ni cute + cantik. Aku suka tengok dia. Tu lah abang-abang dia pun handsome-handsome!
"Baru je.." Aku mengekori dia menuju ke pangkin. Sampai saja di sana aku terus menyium tangan Datin Qaisurina.
"Laa.. Dah datang dah anak mama ni. Meh duk sini." Datin Qaisurina memberi ruang kepadaku untuk duduk. Aku duduk di sebelahnya manakala Tengku Raziqah duduk di sebelahku sambil bermain-main dengan jariku.
"Mama.. Tadi Mizan ade dengar something." Aku terus berterus-terang apa yang aku telah dengar tadi.
"Ermm.. Dengar apa?" Datin Qaisurina kelihatan tenang.
"Rahsia apa yang mama dan Iqa cuba sorokkan dari Mizan? Tadi Mizan dengar.." Aku mengerutkan kening.
"Err.. Aaa.. Hmm.." Datin Qaisurina menggelabah.
"Aaa.. Ma, nampaknya tak boleh sorok dah perkara ni." Tengku Raziqah menyampuk tiba-tiba. Selepas Datin Qaisurina mendengar kata-kata Tengku Raziqah serta merta muka dia menjadi pucat.