Bab 13

183 5 0
                                    

AKU berjalan bersama-sama Suraya menuju ke lif. Dah pukul sepuluh malam. Patutlah mata aku mengantuk semacam.

"Excuse me?" Seorang perempuan memakai baju kerja lengkap tiba-tiba menegur kami.

"Yes?" Aku tersenyum memandangnya.

"Boleh saya bercakap dengan Cik Suraya sekejap?" Aku memandang Suraya. Suraya pun memandang aku. Aku tertanya-tanya. Macam mana perempuan ni boleh kenal Suraya?

"Suraya nak?" Aku bertanya kepada Suraya dengan dahi berkerut.

"Untuk apa?" Suraya bertanya kepada perempuan itu.

"Ada hal sikit yang perlu saya cakapkan pada Cik Suraya." Suraya menganggukkan kepalanya. Perempuan itu membawa Suraya jauh daripada aku. Aku hanya boleh melihat mereka dari jauh.

Kenapa dia nak cari Suraya pulak? Hish.. Pelik, pelik..

Aku memeluk tubuh sambil bersandar di tepi tembok. Aku tengok perempuan itu tengah menulis sesuatu di atas kertas. Suraya pula sedang bercakap. Aku menguap. Ahh.. Mengantuknya!

"Kalau ngantuk pergi tidur!" Suara lelaki di belakangku telah mengejutkan aku.

"Ahhh!" Aku terjerit kecil. Sekarang aku terdengar dia ketawa pula. Aku menoleh ke belakang. Laa, orang asing ni?!

"Kalau ngantuk pergilah tidur.." Sekali lagi dia mengulang ayat yang sama. Tetapi kali ini lebih lembut nadanya.

"Aku tunggu Suraya kejap.." Aku memandang depan semula.

"Ohhh.. Okeylah, aku pergi dulu. Bye. Good night!" Dia melangkah meninggalkan aku. Aku melihat gaya jalannya semasa dia melangkah. Hmm.. Sasa, tegap, tinggi.. Not bad.. Aku mengangguk-angguk sendiri.

Suraya aku lihat seperti dia mendekati aku. Okey, memang dia mendekati aku pun.

"Jom, kak. Ngantuk dah." Dia menarik lenganku.

"Dia tanya apa?" Aku bertanya padanya.

"Tak ada apa-apa.. Dah lah kak.. Tak payah kisah sangat.. Jom! Saya dah ngantuk gila dah ni!" Suraya menarik lenganku menuju ke lif. Aku menjongketkan bahu. Dah Suraya cakap macam tu, aku pun kisah apa..

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now