Bab 14

197 6 0
                                    

AKU memandang jam di dinding. Pukul tujuh pagi. Nasiblah aku off minggu ni. Kalau tak memang dah tertinggal subuh dah ni. Aku perlahan-lahan bangun dari katil sambil menggosok-gosok mata. Aku lihat katil Suraya sudah kosong. Terdengar shower ditutup. Suraya baru habis mandi agaknya..

Aku mencapai telefon bimbitku. Aku onkan. Wowww! First time aku tengok missed call banyak ni. 1134! Gila lah! Padahal baru tiga hari aku duduk sini. Aku offkan balik telefonku. Aku membaringkan semula tubuhku di atas katil. Rasa malas dan mengantuk.

Belum sempat aku hendak terlena semula, aku dikejutkan dengan suara Suraya yang riuh memanggil aku.

"Akak!! Bangun! Bangun! Dah pagi! Kata nak keluar hari ni!" Seperti siren yang memekik-mekik Suraya membangunkan aku. Macam langau pun ada jugak! Aku tersengih sendiri.

"Akak!! Bangun!!!" Pekik dia sekali lagi. Bunyi almari dibuka. Mulut Suraya seperti mengomel-ngomel sesuatu. Tetapi bicaranya tidak jelas.

"Akak!! Bangun!! Tengok ni! Okey tak baju yang Su pilih ni? Kalau akak tak berkenan, Su tukar.. Akak!! Bangunlah!!" Aku bingkas bangun duduk di atas katil dengan muka yang blur. Jadi blur bukan apa, first sebab Su memekik. Penat nak dengar. Second sebab aku baru bangun tidur. Memang muka aku blur pun kalau baru bangun tidur!

"Su.. Nampak gayanya tak lama telinga akak ni akan berkhidmat lagi dengan tubuh badan akak lagi. Cuba Su bangunkan akak dengan cara baik sikit.. Goyangkan bahu akak, cakap, akak.. Bangun.. Dah pagi ni.. Tu pun dah cukup Su. Akak akan bangun. Tak perlulah Su jerit.." Muka aku blur, cakap aku santai dan malas membuatkan Suraya tergelak.

"Okey kak.. Su minta maaf. So, baju ni okey?" Suraya berdiri di depanku sambil mengangkat tinggi-tinggi baju blouse hitam berbunga kecil warna putih bersama seluar slack warna hitam. Dipadankan dengan selendang berwarna kelabu. Aku menaikkan ibu jariku sambil tersenyum. Tak sia-sia aku upah Suraya.

"Okey sangat! Akak, nak mandi kejap.. Su gosoklah baju tu." Suraya menganggukkan kepalanya. Aku mengambil tuala di atas penyidai kecil lalu aku masuk ke dalam bilik air.

Selepas 15 minit, aku keluar dari bilik air sambil mengelap mukaku. Aku lihat Suraya sedang menonton televisyen. Aku mengambil pakaianku yang telah digosok oleh Suraya lalu aku pakai. Untuk tacapan yang terakhir, aku menempekkan bedak powder ke mukaku dan secalit maskara di bulu mata.

"Dah siap?" Aku bertanya kepada Suraya. Suraya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Okey, jom!" Aku mencapai beg tanganku. Suraya segera menutup televisyen dan mengikutku di belakang. Aku dan Suraya melangkah keluar dari bilik.

"Kak, kita jalan-jalan kat hotel dululah. Orang cakap kat sini banyak kemudahan. Nak tengok jugak.." Suraya berkata dengan bersungguh-sungguh.

"Okey.. Jom!" Aku dan Suraya masuk ke dalam lif.

Sampai di ground floor, aku dan Suraya berjalan-jalan di sekitar hotel. Haah lah. Banyak kemudahan dekat sini. Kolam renang aku dah sedia tahu. Selain tu ada boat sailing, snorkeling, spa, reflexology path dan paling best, ada aktiviti main bola pantai! Memang resort ni dekat betul dengan Pantai Tengah. Aku memang suka dengan pantai! Boleh tengok sunset. Weee, bestnya! Tempat ni pun luas! Pandai betul aku pilih tempat! Eh, terpuji diri sendiri pulak. Hehe..

Kami ke Restoran Mentari dahulu untuk bersarapan. Restoran Mentari yang terletak berhadapan dengan pantai sungguh mendamaikan jiwa. Semasa makan boleh juga merasa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dari arah pantai.

Makanan di sini dihidang secara buffet. Aku mengambil roti telur dua keping, satu ketul ayam goreng dan air teh. Selepas itu aku mengambil tempat yang berdekatan dengan pantai. Boleh dapat angin yang nyaman!

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now