"DIK, Rashid ajak keluar tu!" Ibu mengetuk-ngetuk pintu bilikku. Aikk, apasal pulak bapak setan tu ajak aku keluar pulak?! Aku terus menuju ke pintu dan membukanya.
"Hah, cepatlah siap. Rashid ajak keluar tu."
"For what?" Aku mengerutkan keningku.
"Cari baju pengantin. Lagi seminggu lebih nak kahwin dah ni."
"Alaaa.. Adik dah cakap adik tak nak!" Aku menghentakkan kakiku di atas lantai. Dah macam budak gedik jadinya aku.
"Aikk, tadi nak?"
"Bila mase pulak?"
"Tadi..."
"Yang tu tak..." Belum sempat aku meneruskan ayatku, ibu memotong.
"Adik.. Please.. Ibu merayu sangat! Kalau tak adik, siapa lagi.. Ibu tak tau macam mana nak merayu kat adik lagi. Please.. Terima Rashid, sayang?" Ibu membuat muka sedih.
Aduhai.. Merayu-rayu ni lah aku lemah. Lagi-lagi ibu atau mama yang merayu. Hai.. Hati, kenapa kau terlampau lemah ni?!
Aku mengeluh lembut. "Hmm, okey. Adik nak siap jap. Suruhlah dia tunggu kat bawah."
Ibu terus memelukku. "Sayang adik! Okey, ibu suruh dia tunggu. Cepat sikit tau!" Muka ibu bersinar-sinar. Suka betul dia!
Aku hanya menganggukkan kepala. Selepas itu ibu turun dengan senyuman yang lebar. Haihh, ibu.. ibu.. Aku menutup pintu bilikku semula.
"Aiseyh! Ibu memang nak sangat aku kahwin dengan bapak setan tu! Macam mana ni?!" Aku menghempaskan badanku di atas katil.
"Kalau ibu dah tau, mesti mama pun tau. Apa kata, aku mintak mama yang cancel kan." Aku bangun serta merta dengan senyuman jahat.
"Yes! Aku suruh Rashid cakap dengan mama dia yang dia nak batalkan perkahwinan ni. Yes! Otak yang bergeliga Mizan!" Aku memuji diriku sendiri.
Aku mencapai sehelai blouse lengan panjang berwarna hijau lembut yang berbunga kecil berwarna putih dan seluar slack warna hitam dipadankan dengan tudung berwarna putih. Aku terus memakai pakaian tersebut. Selepas itu aku menempekkan bedak powder di mukaku.
Selesai bersiap, aku turun dengan senyuman yang lebar memandangkan ada idea jahat di kepala otak aku ni! Hehehehe..
"Amboi, cantiknya!" Along menegurku.
"Perli ke puji?" Aku memandang dia dengan kening terjongket sebelah.
Along ketawa dan menjongketkan bahunya. Haish! Asyik kenakan aku je! Aku terus ke ruang tamu. Kelihatan hanya ada ibu, ayah dan abang Haidi je. Aikk, bapak setan tu mana? Iqa?
"Ibu, mana dieorang?" Aku bertanya kepada ibuku seraya duduk di sebelahnya.
"Rashid pergi hantar Iqa sekejap. Kejap lagi dia datang sini balik." Ibu memandangku atas bawah.
Aku menganggukkan kepala.
"Cantiknya anak ibu!"
"Baru hari ni ke cantiknya bu?"
"Tak delah.. Kali ni lain sikit. Ade serinya!" Ibu tersenyum.
"Seri ape bende la ibu ni." Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Seri orang nak kahwin lah!" Along menyampuk tiba-tiba seraya duduk di sebelah abang Haidi.
"Eii dia ni! Menyibuk je kerja!" Aku menjeling tajam ke arah along.
"Whatever!" Dia menjelirkan lidahnya.
"Perangai macam budak-budak! Padahal nak jadi mak budak dah!" Aku menjuihkan bibirku.