Bab 1

688 6 0
                                    

NAMA aku Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif. Walaupun ayah aku ni Tan Sri, aku suka hidup secara bersederhana. Ibu dan ayah aku pun mengajar aku cara hidup tidak terlalu mewah. Aku ni hidup macam orang biasa je. Tak ramai yang tahu aku ni anak kepada Tan Sri Khalif. Orang hanya tahu aku anak Khalif je. Ayah aku seorang yang terkenal di serata dunia. Bukan nak berlagaklah, tapi syarikat perhotelan ayah aku ni memang dah meluas di seluruh negara. Tapi, kalau orang tau aku ni anak ayah, semua nak berkepit je dengan aku. Naik lemas aku! Baik orang kenal aku kerana aku. Bukan kerana ayah aku.

Ibu aku ada berpesan, janganlah berbangga disebabkan harta dunia. Harta dunia tak boleh dibawa ke akhirat. Jadi, hidup bersederhana sudah memadai. Kalau nak cari kawan pula, cari seorang kawan yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan. Alhamdulillah, setakat ini kawan-kawan baikku semua boleh diharap. Aku senang berkawan dengan mereka. Dan yang paling aku bersyukur, diaorang boleh terima aku dengan seadanya. Alhamdulillah!

Sekarang, aku nak tumpukan perhatian pada kerjaya aku kelak. Aku berimpian nak jadi pensyarah. Semoga impian aku jadi kenyataan. Sebenarnya, ayah aku suruh ambil bidang perniagaan. Tapi, aku berkeras juga nak ambil bidang pendidikan. Itu impian aku! Sampai ayah aku tak nak bertegur denganku selama seminggu kerana tidak mahu mengikut kehendaknya. Tapi, tak lama kemudian ayah baik balik dengan aku. Mungkin dia faham apa minatku. Jadi dia tidak memaksa.

Musuh? Hmm.. Aku ni friendly. Susah sikit nak ada musuh. Aha! Baru aku ingat bapak setan sorang tu. Dialah salah satunya musuh ketatku. Aku pernah jugak suka dekat dia disebabkan muka dia yang handsome tu. Tapi, lepas aku tau perangai dia mengalahkan bapak setan, aku taubat tak nak suka dekat dia lagi! Tapi kan, aish! Tak payahlah cite. Buat semak hati je!..

Aku terasa lenganku disiku. Sakitnya! Terus aku tersedar dari lamunan. Aku memandang Cassandra di sebelahku. Ni pulak kawan baik aku dari tadika lagi. Sampai besar aku berkawan dengan dia. Memang aku dengan dia BFF lah! Perangai aku dengan dia sama kot! Keras kepala, selamba, easy-going, banyak cakap.. Banyak lagilah! Kalau dia ada, mesti aku jadi gila-gila. Dah kepala otak tu sama! Macam mana nak buat...

"Ape?" Aku berbisik kepada Cassandra.

Cassandra membulatkan matanya. "Prof panggil kau lah gila!" Suaranya seperti ditahan-tahan. Aku sudah cuak. Alamak! Ape pulak nak jadi ni?!

"Mizan! Stand up!" Profesor Azmi memanggil aku. Aku bangun perlahan-lahan dari tempat dudukku.

Aku tercengang-cengang memandang Profesor Azmi di hadapan. Aduhai.. Kenapalah aku yang kena jawab? Tahu-tahu je aku 'takde' dalam kelas dia tadi.

"Mizan Alina Afisya! I ask you! Apa yang awak faham?!" Profesor mula memanggil nama penuhku. Marah lah tu! Profesor Azmi ni bukan boleh tentu angin dia ni. Kalau pagi tu mood dia tak baik, belum tentu esok baik. Kadang-kadang kalau baik tu sampai aku pun terjatuh suka dekat dia. Yalah.. Dia ni aku dengar masih bujang lagi. Muka pun handsome. Kalau dia buat baik memang, aduh.. Hatiku..

Selalunya nasib aku baik. Sebab kalau dia marah dia tak pernah nak tanya aku macam-macam. Tapi.... Hari ni....

Aku memandang Cassandra di sebelahku. Dia memandangku dengan simpati. Eii budak ni! Aku mintak tolong ni weh! Tapi kalau si Cassandra ni bukak mulut, dia pulak yang kena kang. Aduhai.. Memang nasib malang betul!

"Answer me!" Profesor Azmi bersuara sekali lagi. Dia memandangku dengan pandangan yang tajam macam helang nak menerkam mangsanya.

"Errr.. Aduh! Awww.. Awww.." Aku menekan perutku tiba-tiba sambil buat muka orang tengah tahan sakit.
"Alasan awak dah basi! I won't believe it anymore!" Profesor Azmi selamba menuturkan ayat itu sambil mengambil bukunya di atas meja. "Now, what are you understand?!" Profesor Azmi tanya aku sekali lagi. Kali ini dia menuturkan perkataan satu-satu.

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now