TIBA saja di Pulau Langkawi, aku terus menyewa sebuah kereta Toyota Camry warna perak metalik. Dalam lima minit aku tunggu, kereta Toyota Camry muncul di hadapan tempat menyewa kereta. Aku terus berjalan mendekati kereta itu.
Belum sempat aku mendekati keretaku, seorang lelaki berbadan tegap sudah mendekati orang yang membawa keretaku ke sini. Eh! Apehal mamat ni!
Aku terus mendekati mereka.
"Excuse me! This is my car!" Aku memandang mukanya. Huish! Orang mana ni?! Muka putih, mata coklat, badan tegap, sasa, tinggi. Sekali tengok macam orang putih je. Tapi macam pernah nampak je mamat ni. Tapi kat mana eh?
"Hey! This is my car! Ten minutes I've been waiting for this car!" Jawab lelaki itu kasar. Sah! Ni mesti orang asing.
"Hey! You ask him! Who's car is this!" Aku menunjukkan jari telunjukku ke arah lelaki yang membawa kereta Toyota Camry ke sini.
"Gedik betul orang asing ni!" Aku membentak sambil menjeling orang asing itu.
"Siapa punya kereta ni?" Terkejut aku! Aku terus memandang mukanya dengan mata terbuntang. Biar betul?! Orang asing ni boleh cakap bahasa Melayu?! Erkk..
"Entah. Saya ingat kereta ni cik tu yang sewa." Lelaki itu menjongketkan bahunya.
"Well, this is my car!" Aku mendekatinya dengan selamba sambil meminta kunci di tangan lelaki itu.
"He said maybe!" Mata orang asing itu mencerlung memandangku.
"Fine! Kita settlekan perkara ni dekat sana! Hish!" Aku terus melangkah laju ke tempat menyewa kereta tadi. Orang asing itu mengikut aku dengan muka yang serius.
"Kereta Toyota Camry tu siapa punya? Saya punya atau mat saleh ni punya?" Aku terus bertanya kepada orang yang menjaga kaunter nombor 5.
"Tengok kunci." Perempuan itu minta kunci kereta aku dan orang asing itu. Aku terus bagi kunci keretaku.
"Kereta tu cik yang punya." Jawab perempuan itu. Aku tersenyum lebar.
"Dah terang lagi bersuluh ya encik...?" Aku terhenti.
"I tak kira! I dah tunggu lama dekat sini! Syarikat ape yang lembab sangat ni?!" Dia membentak kuat sampai semua orang memandang ke arah dia.
"Woi! Bisinglah!" Aku menengking dia.
Dia memandangku dengan mata yang tajam seperti menyuruh aku diam. Uh! Mata macam pembunuh! Aku menelan air liurku. Baik aku blah dari sini sebelum lebih parah. Aku berjalan menuju ke kereta sewaku. Tiba-tiba ada sebuah kereta Toyota Camry yang sama berhenti di belakang keretaku.
Orang asing itu mendekati kereta lagi satu itu dengan muka yang bengis.
"Lembab!"
Lelaki yang menghantar keretanya itu terkejut. Aku pula menjongketkan kening sebelah. Huh! Nada dia tak boleh pedas lagi?!
Orang asing itu terus masuk ke dalam kereta dengan muka yang bengis, garang, serius. Semua bercampur baur. Dia memecut laju keretanya tanpa mempedulikan sesiapa. Aku pun terus masuk ke dalam kereta selepas mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang menghantar keretaku.
"Huh! Harap je muka handsome, perangai macam bapak setan, moyang setan, onyang setan! Sakitnya hati aku!! Sakitnyaaaa!!!" Aku menghentakkan tanganku di stereng kereta dengan kuat.
"Aduh! Aaa.. Sakit.." Aku mengurut-ngurut tanganku sambil menahan sakit kerana memukul stereng kereta tadi.
AKU meletakkan keretaku di tempat kosong. Cantik betul konsep resort ni. Dekat je dengan Pantai Tengah. Mesti best jalan-jalan tepi pantai. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk untuk check in.
"Ya cik, boleh saya bantu?" Seorang pekerja hotel yang berada di kaunter pertanyaan bertanya kepadaku.
"Ada bilik kosong?"
"Ada cik. Deluxe room. Boleh cik?" Jawab pekerja itu sambil tersenyum.
"Bayarannya?"
"RM 425 semalam."
"Okey, for four night." Jawab aku sambil mengeluarkan beberapa not warna biru dan kad pengenalan di dalam beg tanganku lalu aku hulurkan kepada pekerja itu.
Beberapa minit kemudian, dia menghulurkan sekeping card , beberapa helai kertas dan kad pengenalan aku. Aku ambil dan terus mencari bilikku di tingkat tiga.
Akhirnya aku menjumpai bilikku. Aku masukkan card yang telah diberi oleh pekerja hotel tadi ke dalam lubang di pintu yang tersedia. Green! Aku terus buka pintu bilikku.
"Wow! Memang eksklusif betul!" Aku menanggalkan kasutku dan terus berbaring di katil yang empuk.
Aku mencapai beg tanganku di bawah dan aku keluarkan Blackberry Boldku. Aku onkan. Perghh! 119 missed call! Banyaknyaaa!
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Nama Cassandra terpapar. Kehilangan aku dah tersebar lah ni. Ah! Pedulik! Aku offkan telefonku semula dan mula memejamkan mata. Akhirnya aku tertidur di atas katil yang empuk itu.
AKU buka mata dengan perlahan-lahan. Huh! Gelapnya! Aku bangun dan mencapai suis lampu.
'Tick!'
Lampu semua terbuka. Eh! Aku kat mana pulak ni? Aku memandang sekeliling. Ohhh.. Aku lari! Aku berjalan membuka sliding door dan menuju ke balkoni.
"Wahh! Tenangnya kat sini.." Aku tersenyum lebar sambil mendepangkan tanganku.
"Eh, ye tak ye jugak. Aku tak ada baju. Dah pukul bape ek?" Aku memandang jam di tanganku. Pukul 8 malam. Hmm.. Keluar kejap beli baju lah.
Aku masuk ke dalam bilik semula dan tutup pintu sliding door. Aku membetulkan tudungku di depan cermin. Setelah siap, aku mencapai beg tangan, card hotel dan kertas yang diberikan oleh pekerja hotel tadi. Aku keluar dan menuju ke lif.
Sampai di ground floor, aku mendekati pekerja di kaunter itu semula.
"Excuse me, apa guna this paper?" Aku menunjukkan sehelai kertas kepada pekerja itu.
"Ohh, ini untuk breakfast. Cik boleh breakfast dekat sini secara percuma." Jawab pekerja itu sambil tersenyum.
Aku menganggukkan kepala tanda faham. Tiba-tiba pekerja hotel itu menundukkan badannya. Aku memandang dia dengan kening berkerut.
"Ada apa-apa masalah?" Seorang lelaki berdiri di sebelahku. Ohh.. Dia tunduk dekat lelaki ni. Hmm.. macam kenal je.
"Nothing sir!" Jawab pekerja tadi dengan penuh yakin.
"Good then." Aha! Orang asing! Dia buat ape dekat sini? Aku tengok orang asing tu langsung tak pandang aku. Dia blah macam tu je. Cheh! Perasan handsome lah tu! Wekk!
"Who's that?" Aku bertanya kepada pekerja tadi.
"Owner of this building." Aku terkejut besar.
"What?!!!" Aku menjerit dengan muka terkejut. Pekerja itu menganggukkan kepala.
"Why miss? Ada apa-apa yang tak ke...." Orang asing itu membulat memandangku. Tak sempat dia meneruskan ayat.
"You??!!" Dia menjerit dengan muka yang terkejut. Semua orang memandang ke arah aku dan dia.
Hish! Pekaklah telinga aku macam ni! Kalaulah dia bukan owner hotel ni, dah lama aku lawan balik!
Aku menggigit hujung bibirku. Aduhh! Macam mana ni?! Bala.. Bala..
"Kau buat ape kat sini hah?!" Dia menyergah aku sekali lagi.
"Aku tidur sinilah!" Balas aku semula.
"Jangan kata.. Kau ikut aku?" Dia menjongketkan kening sebelahnya.
"Ceh! Woi! Tak payah perasan boleh tak?! Tolonglah! Bapak batu macam kau ni aku nak ikut? Letak tepi jalan boleh ah! Buat apa nak ikut-ikut?!" Aku dah hot. Perasan tak menempat!
"Apa kau cakap?!" Matanya mencerlung memandangku.
"Pekak!"
Lelaki itu menggigit hujung bibirnya menahan marah.
Aku terus keluar dari hotel dan laju menuju ke keretaku. Selepas itu aku terus memecut pergi membeli baju dan keperluan yang lain.