Semua orang kena ada tempat untuk luahkan perasaan.Kalau tak nanti meletup macam gunung berapi!
Sama la juga macam si Shalea ni. Dia luahkan segalanya dalam diary pemberian kawan baik dia,Mia,dia tak boleh hidup tanpa diary dia ,sampai bawak ke Kore...
Lepas solat asar kitorang nak pergi jalan-jalan dekat Itaewon sebab dengar situ banyak makanan halal.
Oh ya, lupa nak bagitau,disebabkan Lea ambik bidang seni,Lea tukar dengan pelajar Seoul Arts High School. Sekolah tu ada dekat Jongno-gu,Seoul.Kitorang tinggal pun dekat situ je. Dekat satu kondo ni.
PERGH!!CANTIK CUN MELECUN LA!! Pandai sekolah pilih.Siap ada balkoni lagi.
Em.........Sedih la..
Nasib baik ada Mia tau! Kalau tak memang Lea datang Korea ni sorang je la..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Yang Lea tampal ni poster program ni la.HAH! dah tertulis 4 orang tapi yang datang 2 orang je kan?
Sebab ntah la ..Kat situ PELIK LA! Mula- mula benda tu tampal, ramai yang bising tau! Tapi bila tentang daftar emph! Walaupun Lea daftar last minute tapi Lea FIRST.
Logik ke?
Sedih tau! Takkan Lea nak datang sini sorang sorang kot?!!
Nasib baik dapat pujuk sampai dapat biar Mia temankan Lea.Oh,buat pengetahuan Puan Diary,Mia tidak berada di tempat yang sama dengan Lea.Sebab dia terlalu pandai,dia masuk sekolah awal,u awal dan kerja awal .Walaupun kitorang umur sama.Hebat x?
Tapi Friendship kitorang masih kuat.Ececeh!
Hah! Diary nak tau tak nape Lea NAK SANGAT pergi Korea ni?Sebab........JENG, JENG, JENG!
Sebab makanan dia! Weyh,makanan dia,Lea teringin sangat nak rasa.Tengok kat Tv tu,EMPH!Boleh meleleh air liur sebaldi.Eh, bukan sebaldi je.Penuhkan 1 bathtub pun boleh!Apatah lagi bulan Ramadan hari tu...Allah!Lemah iman!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ada yang mengada cakap,(nama dirahsiakan,aib kot)
Unknown1: Wei,Lea untung ah kau dapat gi Korea! Dapat jumpa oppa-oppa aku! Aaaaah! Best nya jadi kau
Lea: Korang ni dah kenapa? Tak pernah duduk sebelah, tetiba je.Aku pergi bukan sebab tergedik nak jumpa apa orang kata? Uppa?Opah?Nenek?Lagi satu kenapa korang tak daftar je?Kan banyak lagi ruang kosong tu.
Unknown1:(Buat muka)
Unknown2: Weyh,Lea kitorang sibuk la.Jumpa lain kali ye..
Lea: K ,Bai!
Lea sangka baik je la yang diorang mungkin tak cukup duit kot(walaupun mak bapak orang kaya).Tapi ramai orang kata yang orang yang kena daftar tu garang,tapi bagi Lea OK je..
Eh Mia dah siap la!Esok Lea sambung tulis ye..Muwwah!
*Maaf tiada kesan lipstick sebab Lea tak pakai lipstick pun. Haha!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*Lukisan Lea sebab Lea tak ade lipstick.Cantik tak?