Shin Song Soo (High) School atau lebih dikenali sebagai 4S merupakan sekolah berasrama swasta yang terletak di bandar Adong, Korea Selatan (a/n: hanya ciptaan penulis. Tak wujud pun). Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1970 oleh tokoh usahawan terkenal di Korea, Encik Shin Song Soo. Beliau membuka sekolah di tempat kelahirannya dengan harapan para pelajar di sekolah ini akan mendapat inspirasi supaya berjaya sepertinya. 4S banyak melahirkan graduan yang terbilang di kalangan terbaik. 4S adalah sekolah yang lain dari kebanyakkan sekolah di Korea kerana sekolah ini seimbang dalam akademik dan kokurikulum. Sekolah ini menerima para pelajar yang mempunyai gred peperiksaan yang baik serta pelajar-pelajar yang berpotensi dalam sukan.
MOTTO
'Be A Sensible Person, Share Your Knowledge, Sharp Your Mind & Shine Through Your Youth' atau 'Sensible, Share, Sharp & Shine' merupakan motto yang digunakan selaras dengan akronim sekolah ini iaitu 4 S. Bahasa Inggeris telah diguna pakai sebagai motto untuk menunjukkan bahawa sekolah ini menerapkan budaya belajar dari negara Barat.
INTISARI 4S
Jumlah Pelajar : Lebih kurang 384 orang pelajar dengan purata 128 setiap tahun (tingkatan).
Jumlah Dorm: 2 (1 Dorm Lelaki: 'The Apollo Dorm' & 1 Dorm Perempuan: 'The Athena Dorm')
Kelas: Setiap tahun (tingkatan) mempunyai 4 kelas.
Aliran Sekolah: Liberal Arts
Warna rasmi sekolah : Biru Muda & Jingga Keemasan.
THE CHARACTERS
Jung Iseul : Gadis berusia 15 tahun yang baru sahaja tamat 'middle school'. Dia dipaksa-rela masuk ke 4S. Hobi; cari gaduh. Keras kepala macam batang pokok. Gred pelajaran; suam-suam kuku. Walaupun dia ni ganas sikit tapi dia lebih suka berkawan dengan girls berbanding budak laki. Sebabnya kalau Iseul ni main game/bersukan/berborak apa-apa dengan bebudak laki, akhirnya mesti bergaduh. Iseul nie paling pantang dicabar. Di 4S dia akan berjumpa dengan 4 orang rakan baiknya di mana mereka bersama-sama menentang kejahatan yang berleluasa di 4S. Okay, tipu je. Sebenarnya Iseul dengan geng-gengnya nanti lah akan menjadi Ketua Setan di 4S. Dah alang-alang masuk sekolah setan kan? Mestilah kena jadi the best setan in the school.
YOU ARE READING
4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!
Fanfiction"Dah alang-alang jahat, baik jadi setan terus!". Oleh itu mestilah kena jadi the best SETAN in school kan? Kisah 4 ekor jibauk tak makan saman; disulami kisah cinta kelakau walaupun non-hado for now sebab 4 ekor ni tgh busy buat projek 'haram' dieor...