oo14: Mission Impossible #1

21 1 0
                                    


Iseul terdiam di atas katil walaupun ketiga-tiga kawannya sedang berborak. Otaknya ligat berfikir tentang Luna sunbae dan juga pertemuannya dengan Mark sunbae tadi. Mungkin dia tak patut tiba-tiba je minta diri. Mungkin dia tak patut sebut nama Minho sunbae. Mungkin kerana perbuatannya yang pelik itu telah membuatkan Mark sunbae salah faham. Dalam kepala otak Iseul seperti ada perang yang berlaku. Ahhh, dia sendiri pun dah tak tahu mana satu yang patut dia fikirkan. Iseul berkhayal dalam lamunannya sehinggalah ada sebuah bantal hinggap tepat di kepalanya.

"Hoi perempuan! Penat kiteorang panggil, tak dengar ke?" suara Minyoung akhirnya masuk ke dalam telinga Iseul. Dia terpinga-pinga melihat ketiga-tiga kawannya itu yang sedang memandang tepat ke arahnya.

"Sorry, tak dengar..." jawab Iseul.

"Kau okay ke ni? Jauh sangat berfikir tu. Ada apa?" tanya Bora pula, bimbang melihat keadaan Iseul yang lain seperti biasa.

Iseul terdiam seketika. Dia berfikir-fikir dan kemudian membuat keputusan untuk memberitahu hal sebenar. "Aku ada satu benda nak cerita ni. Ada benda yang aku nak mintak tolong korang," ujar Iseul. Dia kemudian menceritakan tentang segalanya dari pertemuan dengan Luna sunbae, permintaan sunbaenya itu hinggalah maklumat yang dia dapat dari Jinyoung sunbae. Mereka bertiga yang lain mendengar dengan penuh teliti.

"Korang rasa macam mana? Mission ni betul-betul mission impossible ke?" Iseul sudah mula ragu-ragu dengan keputusannya yang mahu menolong Luna.

Bora kemudian membetulkan kedudukannya di atas katil untuk menghadap Iseul, "It's not impossible BUT it is quite hard,"

"How?"

"First of all, apa yang Jinyoung sunbae cakap tu betul dan lubang tu masih ada lagi kat situ. Masih lagi belum ditutup."

"Kau serius? Macam mana kau tau?" Buntang mata Iseul memandang kawan tomboynya itu.

"Well, ni Bora lah! Besides, aku dah explore every single nook and cranny kat sekolah ni,"

"Bila masa kau buat?" soal Minyoung.

"Time riadah!"

"Patutlah kau selalu hilang!" Nari bangun mencekak pinggang. "Cikgu kelas kita asyik tanya dekat aku mana kau pergi masa riadah. Rupanya kau merayau pulak!"

Bora tersenyum lalu mengangkat bahunya.

"Jadi kau dah pernah tengoklah pagar berlubang tu. Besar tak? Muat tak kalau aku nak lalu?" tanya Iseul tak sabar.

"Taklah besar sangat tapi kita semua muat lalu situ,"

"Baguslah kalau macam tu," senyum Minyoung.

"Eh, korang tak payah lah ikut! Biar aku pergi sorang je." Iseul berdiri dari katilnya.

"Mana boleh! Aku nak ikut ko ponteng jugak!"

"Ish, benda ni bukan main-main tau! Kalau kita kena tangkap, boleh kena expel!" tegas Iseul.

Mereka semua terdiam. Terlupa pula yang mereka sedang berada di 4S, antara sekolah yang strict sekali tentang peraturan ni. Lagi-lagi mereka semua telah dicop sebagai troublemaker. Sikit salah je, hukuman berat yang mereka akan dapat.

"Apa yang Iseul cakap tu betul. Lagipun kalau kita berempat tiba-tiba tak datang sekolah esok, bukan ke pelik?" tambah Nari. Dia selalunya akan menjadi orang yang paling rasional ketika menghadapi hal-hal sebegini.

"Tapi kau tak boleh nak pergi sorang. Bahaya," cebik Minyoung. Dia hanya mahu menemani teman baiknya dan bukanlah sekadar mahu suka-suka ikut ponteng sekali.

4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!Where stories live. Discover now