oo10. Malam Yang Panjang

77 5 0
                                    


SAMBUNGAN

Di kantin.

Suasana di kantin agak lengang kerana hanya ada pelajar-pelajar tahun satu saja yang memenuhi ruang. Bora, Iseul dan juga Minyoung siap beli lagi makanan yang dijual di cafeteria sebelah kantin sebab tak cukup kenyang makan makanan disediakan sekolah. Itulah, siapa suruh tak bangun breakfast!

Sambil mereka mengunyah makanan masing-masing, mereka bercerita tentang hal-hal yang berlaku di kelas masing-masing. Bora dan Nari memberitahu tak ada apa yang menarik berlaku. Cuma kebencian mereka terhadap Solbin mula bertambah bila minah narsistik tu nampak sangat berpura-pura menjadi budak baik. Bora menambah yang cikgu kelas mereka, Cikgu Kim nampaknya suka dengan Solbin dan dah boleh nampak dia mula pilih kasih.

Minyoung kemudian berkongsi tentang bibit-bibit cinta antara Iseul dan Mark sunbae. Terbeliak mata Iseul bila Minyoung menceritakan segala-galanya dengan detail sekali. Tangannya terus mencekik Minyoung yang duduk disebelahnya.

"Tadi aku tak sempat nak buat ni. Sekarang ni masanya!! Eeeeee... kau ni memang budak gila lah!!" Iseul mencengkam leher Minyoung dengan kuat. Ikutkan hati mau aje dia cekik betul-betul tapi Iseul masih belum bersedia nak masuk penjara. Lepastu kesian pulak roh Minyoung yang akan jadi 'hantu' berkeliaran kalau dia mati kat sekolah ni.

Bora dan Nari tergelak-gelak melihat gelagat dua rakan mereka. Bora pun kagum dengan kebijaksaan dan keberanian Minyoung.

"Kau memang pandai la beb! Patutnya kau masuk kelas A sekali dengan kiteorang," Bora memuji tindakan Minyoung yang dirasakan bernas.

"Kau perli aku ke apa?" jawab Minyoung sambil menjeling ke arah Bora.

"Mana ada! Aku serius kagum!"

Minyoung tersenyum lalu menyapu-nyapu habuk di bahunya, "Tengok oranglah! Ni Kim Minyoung, okay?" ujar Minyoung dengan berlagaknya.

Mereka bertiga tergelak kecuali Iseul yang jelas masih tak puas hati dengan Minyoung. Eleh, luar je geram, dalam hati sebenarnya Iseul berterima kasih sangat-sangat dekat Minyoung ni. Bukan senang nak dapat peluang dipeluk jejaka idaman hati! Tapi Iseul tak boleh tunjuk yang dia happy, kalau tak mesti minah sewel ni buat lagi macam-macam kerja gila!

Bora, Nari dan Minyoung terus menerus mengusik Iseul. Macam-macam yang mereka sakat sampai merah muka Iseul menahan malu. Kalau eomma dan appa Iseul tengok, mesti mereka rasa macam tak percaya sebab Iseul yang kaki gaduh ni akhirnya boleh jatuh cinta siap tersipu-sipu malu lagi.

Bora menyakat Iseul lagi. Sambil tangannya bergerak-gerak macam tengah berlakon teater, dia mengarang novel dari mulutnya, "Mesti masa kau peluk Mark sunbae tu dalam hati kau cakap, 'Oh Sunbae, jangan lepaskan tanganmu. Peluklah daku lagi, Mark sunbae."

"Hurm? Kamu semua tengah cakap pasal saya ke?"

Tersembur air yang Iseul tengah minum bila orang yang dimaksudkan itu tiba-tiba berada di meja mereka. Nari pulak terus menjerit, terkejut melihat Mark macam ternampak jembalang tengah buang air. Bora pula mulutnya ternganga sambil matanya tak berkedip-kedip memandang Mark yang sedang berdiri di meja mereka. Entah bila pulak sunbae mereka ni tercongok dekat situ. 'Ahhh sudah! Jangan pula dia dengar dialog-dialog bodoh yang keluar dari mulut minah tomboy itu. Ehh... jilake betul dieorang 3 ekor nie!' Bisik hati Iseul.

Mark tergelak lalu menyengetkan kepalanya, "Kenapa semuanya macam nampak hantu?"

"Hahaha. Sebab memang kiteorang tengah cerita hantu pun. Tu yang terkejut bila sunbae tiba-tiba berdiri dekat meja kiteorang," Minyoung cuba meng'cover' kegelabahan mereka berempat. Mark menjawab 'ooo' dan sekadar mengangguk.

4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!Where stories live. Discover now