Pada suatu hari, di kala suasana damai di waktu hening petang, tatkala burung berterbangan bebas di langit, ada 4 ekor malaun terbongkok-bongkok sedang membuat 'projek' setan mereka di belakang bangunan dorm lelaki. Kesempatan semasa semua pelajar sedang riadah digunakan sebaiknya oleh pelajar-pelajar setan yang cemerlang ini untuk laksanakan hajat mereka. Budak baik (seperti yang tengah baca cerita ini) dilarang sama sekali meniru aksi 4 ekor bahana ini!
Iseul mendongak ke atas, memerhatikan keadaan tangga besi di belakang bangunan dorm lelaki yang dibina sepatutnya untuk tujuan keselamatan jika kebakaran berlaku. Tapi bila 4 ekor setan ni masuk 4S, tujuan tangga itu wujud dah tukar untuk menjadi alat Geng Stinkies untuk menceroboh masuk ke dalam dorm lelaki pada petang ini.
Iseul selaku ketua meninjau-ninjau keadaan supaya selamat. Tangga nampak kukuh. Iseul volunteer untuk pergi dulu.
"Bora, kau tengok orang lalu lalang. Aku panjat dulu. Kalau line clear, korang pulak next," arah Iseul kepada 3 orang kawannya. Mereka bertiga mengangguk tanda faham.
Kedua-dua dorm lelaki dan perempuan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Terdapat 'fire escape ladders' yang diletakkan di belakang bangunan. Tangga besi itu menghubungkan dari bawah hingga ke atas bumbung. Di atas bumbung bangunan yang rata tu pula, ada bilik kecil yang akan membawa mereka menuruni tangga dan masuk ke kawasan tingkat 4 dorm lelaki.
Iseul memanjat tangga besi itu dengan berhati-hati supaya tidak berbunyi. Dia memanjat tangga untuk menuju ke atas sekali. Bora tukang jaga line. Matanya meliar melihat kiri dan kanan, takut-takut orang nampak keje setan mereka ni. Nari pula berada di tepi bangunan, menjadi tukang jaga line jugak. Kalau dia ternampak orang, dia akan beri isyarat dengan membunyikan bunyi kucing. Nasib baiklah kat kawasan sekolah dieorang tu ada beberapa kucing yang memang berkeliaran.
"Bora, lepas ni kau naik. Aku tolong jaga line," beritahu Minyoung yang sedang memerhatikan Iseul yang sudah hampir sampai ke bumbung. Bora mengangguk.
♪♫♬SKrrtttttttttttt--- (bunyi koyak)
Eh, kejap... kejap! Korang mesti tertanyakan kenapa pulak budak 4 ekor ni tiba-tiba panjat dorm lelaki ni?? Dah buang tebiat ke?? Ha.... Al-kisahnya...
Seminggu sebelum kejadian.....
Bilik mandi tingkat 4
Iseul baru selesai mandi dan sedang melangkah keluar dari stall shower. Datang satu kelibat terus melanggar Iseul sehingga Iseul terjatuh bersama barang mandiannya. Berang, Iseul terus herdik 'kelibat' itu.
"Kau dah kenapa, minat senget?" jengil Iseul pada kelibat yang lebih tinggi darinya, Solbin.
"Opps, terlanggar kau ke? Sorrylah, kecik sangat... tak nampak," Solbin memandang pada Iseul yang masih terduduk di lantai. Minyoung yang sedang sedang tunggu giliran untuk mandi segera membantu Iseul.
"Taulah rajin study, tapi takkan sebab study mata kau dah rabun? Ke dah buta?" Minyoung sengaja perli.
"Ish... tak baik la cakap pasal buta, tuli pekak ni. Tak elok mengata golongan OKU ni. Golongan sama jenis dengan korang kan??" Solbin balas sinis.
Elok Minyoung nak mengganyang minah senget itu, satu simbahan air singgah di atas kepala Solbin. Terjengil mata budak perempuan tinggi itu lalu toleh ke belakang?
"Celaka! Kau dah kenapa pengkid???" suara Solbin nyaring menusuk telinga.
"Opsss sorry, aku ingat Hantu Galah tadi... tu yang aku simbah dengan air jampi. Kau ada rasa terbakar tak, Solbin? Kalau ada, eloklah kau gi jumpa bomoh, buang saka dalam badan kau tu!" giliran Bora tersenyum sinis, masih lagi memegang baldi di tangannya.
YOU ARE READING
4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!
Fanfiction"Dah alang-alang jahat, baik jadi setan terus!". Oleh itu mestilah kena jadi the best SETAN in school kan? Kisah 4 ekor jibauk tak makan saman; disulami kisah cinta kelakau walaupun non-hado for now sebab 4 ekor ni tgh busy buat projek 'haram' dieor...