Sambungan
Ah, lantaklah. Sekarang bukan masa untuk dia fikirkan semua benda ni. Barisan di hadapannya semakin pendek. Sudah ramai pelajar selesai mendaftar. Tinggal lagi 2 orang budak perempuan kuat gossip tu dan selepas itu tiba gilirannya. Iseul mula kecut perut balik. Dia mula fikir macam-macam cara untuk elakkan dari mendaftar. Mungkin dia boleh terus saja keluar barisan dan terus berlari dan berlari sampai hujung dunia. Oh Tuhan, tolonglah! Jangan bagi aku sebilik dengan orang yang pelik! Dan jangan bagi aku sebilik dengan minah narsistik si Solbin tu. I'd rather die than being her roommate!
Budak perempuan yang tinggi itu sudah beredar dari meja pendaftaran. Dia dan kawannya tadi sama-sama menuju ke family masing-masing. Kini tiba giliran Iseul. Dia menelan air liurnya. Dia berjalan dengan perlahan sambil menyeret bagasinya menuju ke meja pendaftaran. Ada dua orang pelajar perempuan yang sedang menjaga kaunter tersebut. Mereka memakai kot sekolah dan memakai riben royal blue sebagai pengganti tali leher. Mereka berdua senyum kepada Iseul dan menyapa selamat datang. Iseul merenung wajah mereka, dia cuba balas senyum diaorang tapi mukanya tiba-tiba membeku akibat terlampau nervous. Bila melihat Iseul tidak membalas senyuman dan sapaan mereka, 2 orang pelajar perempuan itu berubah muka. Jelas mereka bengang namun mereka terpaksa senyum semula dengan lebih lebar sambil mengetap bibir. Salah seorang daripada mereka memandang tajam ke arah Iseul. Sebijik macam serial killer.
"Nama, nama ayah dengan nama ibu?" tanya budak perempuan berambut panjang yang duduk di sebelah kanan. Tangan kanan budak perempuan itu memegang pen manakala tangan kirinya memegang pembaris. (Orang Korea ni umur 17 tahun baru ada IC so penulis pun hentam jelah. Tak tahu apa maklumat yg diaorang mintak kalau betul-betul nak mendaftar sekolah)
"Jung Iseul. Nama ayah, Jung Sung Ho. Nama ibu, Lee Bong Suk" jawab Iseul.
Budak perempuan itu terus mencari nama Iseul di dalam kertas pendaftaran itu menggunakan pembaris. Apabila dia jumpa nama Iseul di dalam senarai yang panjang tu, dia menunjukkan sesuatu kepada budak perempuan sebelahnya. Budak perempuan sebelahnya yang memakai cekak itu pun segera mencari sesuatu di dalam kotak.
"Sila tandatangan di sini dan isi maklumat yang diminta," budak perempuan berambut panjang itu menghulurkan pen berwarna biru kepada Iseul. Iseul ambil pen dari tangan dia dan segera mengikut arahan. Selesai dia isi borang itu, budak perempuan di sebelah kiri itu berdiri.
"Ini adalah uniform sekolah awak mengikut saiz yang telah diberitahu," hulur budak perempuan yang memakai cekak itu. Bila pulak dia bagitahu? Oh, mungkin appanya yang uruskan dengan pihak sekolah sebelum dia masuk mendaftar. "Sila tukar baju anda kepada uniform sekolah selepas ini. Pada pukul 11 pagi, taklimat untuk pelajar baru akan dibuat di dewan utama. Semua wajib pakai uniform," Budak perempuan itu menghulurkan fail berwarna biru pula. "Dalam fail ni ada risalah, kertas pendaftaran kelas dan sebagainya. Jangan hilangkan," Kemudian budak perempuan itu menghulurkan sekeping kertas berwarna pink. "Ini nombor bilik awak. Tiada sebarang pertukaran bilik boleh dibuat. Sila segera kemaskan bagasi kamu sebaik saja sampai di bilik. Ingat, pukul 11 ada taklimat,"
"Er, dorm saya nombor berapa ye? Tak tulis pun dalam kertas ni," tanya Iseul yang kebingungan. Budak perempuan memakai cekak itu menjeling. "Kat sekolah ni semua dorm satu-satu je. Perempuan satu, lelaki satu. Tak tahu ke?"
Wah, kau ni dah kenapa, perempuan? Siap perli bagai. Ikutkan hati mau je dia balas balik tapi Iseul malas nak buat kecoh. Dia minta maaf dan terus beredar dari meja pendaftaran. Iseul berjalan-jalan sambil mengheret bagasi berodanya mencari eomma dan appanya. Dalam hatinya dia mengomel. Boleh tahan student kat sini. Berlagak nak mampus! Perangai dieorang tadi sama je macam minah-
YOU ARE READING
4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!
Fanfiction"Dah alang-alang jahat, baik jadi setan terus!". Oleh itu mestilah kena jadi the best SETAN in school kan? Kisah 4 ekor jibauk tak makan saman; disulami kisah cinta kelakau walaupun non-hado for now sebab 4 ekor ni tgh busy buat projek 'haram' dieor...