Titik Hitam

86 7 4
                                    

16 TAHUN LALU
TAHUN 2001
DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH PINGGIR BANDAR

   Aku seorang pengawas sekolah. Kerana keperibadian aku yang agak tegas dan pendiam tambahan pula aku miliki rekod pelajaran yang sangat cemerlang. Tidak pernah terlepas daripada naik ke atas pentas untuk menerima anugerah juga merupakan salah seorang calon tokoh pelajar tahun hadapan.

    Seperti biasa aku akan melakukan rondaan bersama dua lagi pengawas pada waktu rehat bagi memastikan semua pelajar turun ke kantin dan tiada yang berkeliaran bermain di dalam kelas. Syakir dan Fendi masuk ke dalam kelas untuk melakukan pemeriksaan. Aku cuma tunggu di luar, tidak langsung mengambil tahu apa yang terjadi di dalam kelas. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah suatu hari. Perhimpunan mengejut telah diadakan selepas waktu rehat.

   Aku, Syakir dam Fendi menghadiri perhimpunan agak lewat kerana melalukan rutin pemerikaaan seperti biasa. Kami telah panggil ke hadapan. Aku bingung tak tahu apa yang terjadi. Riak wajah Syakir dan Fendi berubah. Guru Besar tampil ke hadapan kami bertiga bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Disiplin. Mereka semakin gabra. Pemeriksaan tubuh badan dilakukan ke atas kami bertiga, kami di suruh mengeluarkan semua barangan dari dalam poket dan membuka kasut serta setokin. Beg kami juga dibawa ke tapak perhimpunan lalu diselongkar. Ketika itu baru aku sedar dan aku lihat sendiri pensel berjenama serta dompet duit dikeluarkan dari beg Syakir dan Fendi.

YA. MEREKA PENCURI!

    Aku, Syakir dan Fendi di bawa ke bilik Guru Besar. Aku sangka aku akan terlepas kerana tiada apa yang dijumpai di dalam beg dan pada diriku. Sangkaanku meleset, oleh kerana tidak cukup bukti untuk menuduh aku mencuri, aku dituduh pula bersubahat dengan Syakir dan Fendi. Aku cuba menjelaskan kepada cikgu apa sebenarnya yang terjadi. Air mata mengalir deras apabila aku lihat guru besar menghubungi ibu bapa kami. Aku tak bersalah...Aku tak bersalah...
Ikutkan hati mahu saja aku meraung sekuat hati mengatakan bahawa tiada secalit pun dosa mereka terpalit pada diri aku tapi apakan daya. Aku berada di tempat yang salah bersama orang yang salah walhal aku cuma menjalankan tugas yang di amanahkan sendiri oleh kau! Cikgu!

   Tak cukup dirotan dan dimalukan di hadapan pelajar lain. Atas nama sebagai iktibar dan pengajaran. Iktibar dan pengajaran celaka apakah yang cuba ditonjolkan tanpa usul periksa padahal aku langsung tidak bersalah?
Mereka hanya memikirkan tentang kredibiliti sendiri tanpa memikirkan mereka sebenarnya sedang menyebarkan kebencian. Kebencian yang sangat mendalam. Mereka tidak tahu apa yang bakal aku hadapi nanti.

    Kaki aku menggigil melangkah pulang ke rumah. Apa lah hukuman yang bakal aku terima nanti. Bala apakah yang sedang menanti. Aku menyumpah di dalam hati. Rasa sakit hati. Tidak puas hati. Dendam bersarang dalam diri aku yang sememangnya jarang bersuara.

    Setibanya di perkarangan rumah aku lihat kereta ayah ada di ruangan parkir. Begitu juga dengan motorsikanya. Hati aku berdebar. Berdegup semakin laju sehingga aku rasakan seakan pandanganku gelap seperti mahu pitam. Aku mengetuk pintu perlahan.
Terdengar pintu dibuka dengan kasar.

" MASUK! SINI KAU! " tempikan ayah menggegarkan ruang tamu.

   Ayah menghempas pintu lalu menarik aku ke dalam rumah. Beg yang aku galas aku lepaskan ke lantai. Sempat aku jeling memandang muka ayah yang sangat bengis, mata dan mukanya merah seakan tidak dapat menahan amarah yang sedang meluap.

" AKU HANTAR KAU PERGI SEKOLAH BAGI JADI ORANG BERGUNA, APA YANG KAU BUAT?! " jerkah ayah.

" Ayah ampun yah. Adik tak buat apa. Adik tak salah. Adik bukan pencuri. " aku merayu sambil melutut di hadapan ayah.

" KALAU KAU TAK BUAT KENAPA CIKGU KAT SEKOLAH TELEFON MAMA DENGAN AYAH! " ayah menggenggam erat tali pinggangnya yang aku kira selebar lenganku.

" Adik tak salah ayah. Adik tak salah. Adik tak mencuri." Juraian air mata membasahi pipi aku namun aku pasti tiada kemaafan yang akan aku perolehi.

Waktu Yang TerhentiWhere stories live. Discover now