Berubah

52 6 1
                                    

IMBAS KEMBALI
(KIRA KIRA 9 TAHUN YANG LALU)

Hubungan aku dan ayah tak begitu baik.
Itu saja yang mampu aku lontarkan.
Dengan ayat tak begitu baik aku maksudkan renggang. Seperti tiada pertalian.

Aku di hantar ke sekolah berasrama penuh apabila menjejak tingkatan 1. Rasionalnya mungkin untuk mendisiplinkan diri aku dan menjadikan aku lebih berdikari.

Hakikatnya, aku semakin hanyut dalam dunia sendiri.

Perwatakan aku berubah sepenuhnya apabila aku berpindah sekolah kerana memgikut ayah yang ditukarkan ke negeri yang lain. Di sekolah dan asrama yang baru budaya yang diterapkan sangat berbeza. Tingkatan 1 berlalu pantas, sebagai seorang yang agak pendiam dan hanya menurut kata, aku sering menjadi mangsa senior di sekolah baru. Menjadi orang suruhan itu sudah biasa. Kadangkala kami menjadi punching bag mereka jika mereka tidak berasa senang dengan kelakuan kami. Mengadu? Jauh sekali. Kalau kau tak pernah berada dalam situasi ini kau tak akan pernah faham kenapa mengadu itu menjadi satu perkara yang menjijikkan dan kotor walhal ia adalah salah satu tindakan yang bijak.

Mujur di akhir tahun aku rapat dengan seorang senior yang agak digeruni dan dijadikan adik angkat beliau. Dari situ lah aku mula berubah secara mendadak, aku terpengaruh. Aku mula belajar menidakkan kehendak orang lain. Menjawab dan loyar buruk. Aku menjadi tidak takut kepada yang lain. Mana tidaknya. Siapa lagi yang berani mempertikaikan tindak tanduk aku jika dibelakangku ada satu backup yang besar.

Dari seorang yang pendiam menjadi seorang yang banyak mulut. Dari seorang yang membawa perwatakan baik dan sederhana menjadi samseng. Terlalu banyak perubahan. Aku merasa gah. Keburukannya, aku mempunyai banyak rekod kesalahan di sekolah. Kebaikannya juga ada, dek kerana petah berkata dan menjawab aku telah diserap masuk ke pasukan debat sekolah semasa aku berada di tingkatan 3.

Kau bayangkan sendiri. Pasukan debat yang terkenal dengan ahli yang nerd dan ulat buku boleh pula terselit aku yang suka memutar belit dan tak peduli akan apa apa termasuk undang undang. Itu saja la yang mampu aku banggakan. Nak harapkan cemerlang dalam pelajaran. Hampa. Hampir setiap kali peperiksaan aku dah reserve kedudukan terakhir di dalam kelas. Bahkan aku agak kecewa dan terkilan jika ada orang lain menggantikan tempat aku sebagai pelajar tercorot. Kahkah!

Pada pertengahan tingkatan 3, aku serta pasukan debat telah mewakili negeri kami untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Aku kira ini satu pencapaian yang dapat dibanggakan oleh aku dan mama. Ayah? Beliau masih bekerja.

Tuan Rumah pertandingan debat pada tahun itu adalah salah sebuah sekolah di kampung halaman aku. Tak perlu aku ceritakan secara lengkap detail serta keputusan pertandingan itu kerana sedia maklum lah, mustahil kami akan menang. Kami cuma menduduki tempat kedua. Selesai pertandingan aku berjalan seorang diri menuju ke kantin untuk mengambil makanan yang telah disediakan untuk para peserta. Sewaktu mencari tempat duduk, aku terlihat seorang gadis genit, berkaca mata, ayu wajahnya. Aku menghampiri lalu duduk di kerusi berhampiran, agak gugup dan janggal untuk aku menegur walaupun firasat aku mengatakan bahawa dia sangat familiar.

" Salam, sekolah sini ke? Duduk mana? "
Aku cuba menegur.

Dia hanya memandang tak menjawab sepatah.

" Kenal ke? " tanya gadis itu.

" Tak kenal, sebab tu la nak berkenalan. Lagipun kampung saya kat sini. Hehe. "
Kataku lagi sambil tersengih.

Sengih gatal. Haha.

" Nama Rasya, tinggal kat sini je tepi taman permainan yang depan klinik sana tu. " jawabnya.

" Oh. Nak kenal rapat lagi boleh? Mana tahu nanti saya balik kampung kita boleh jumpa." Kataku cuba mengayat.

" Tak perlu kot. Tak berminat. " jawabnya selamba lalu beredar.

Fail. Mission. Fail.
Aku menepuk dahi. Aduh sombongnya gadis tadi tu. Tapi salah aku juga mendekati dengan cara mengejut macam itu. Padanlah dengan muka aku.

Sejak itu wajah dia sering terbayang. Angau? Tangkap cintan? Bukan. Kau takkan faham. Aku seolah olah kenal dengan dia cuma aku tak dapat ingat begitu jelas.

Sangat tidak jelas.

Program telah pun tamat, 3 hari di situ, kami pun pulang ke sekolah bagi menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan PMR yang bakal tiba.

Persekolahan di tingkatan 3 melabuhkan tirainya. PMR juga sudah berakhir. Aku yakin bahawa aku dapat menjawab semua soalan dengan tepat serta akan beroleh keputusan cemerlang straight A di dalam peperiksaan itu. Tak lah. Aku cuma bergurau. Konfiden itu penting. Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang aku jawab. Seperti mahu menangis lalu mengunyah setiap kertas soalan yang ada di atas meja. Huhu.

Namun begitu, benar aku memperolehi keputusan cemerlang 7A 1B di dalam PMR. Aku tidak tahu sama ada markah bagi mencapai gred A diturunkan, kertas soalan yang dijawab orang lain tertukar dengan aku atau aku memang genius sampai aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh cemerlang. Natijahnya, aku bakal bersekolah di sekolah yang baru memandangkan permohonan aku untuk pergi ke sekolah berasrama penuh berprestij telah berjaya dan hanya menunggu masa untuk dipanggil.

Mama dan kakak begitu gembira dengan pencapaian aku. Ayah? Dia masih dengan kerjanya. Sempat juga dia menelefon. Bukan untuk mengucapkan tahniah. Sebaliknya mempertikaikan satu satunya subjek yang aku tidak perolehi A. Aku? Menjawab lah apa lagi. Dasar orang tua tak tahu bersyukur.

Waktu Yang TerhentiWhere stories live. Discover now