Antara Dua

51 6 3
                                    

SEKITAR TAHUN 2009.
WAKTU PERSEKOLAHAN.

        Sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tapi pada hari ini kelas aku akan digabungkan dengan kelas Iz kerana secara kebetulan guru matapelajaran Bahasa Inggeris yang mengajar kelas aku tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus di luar megeri. Oleh yang sedemikian, berpesta la hati aku kerana dapat bersembang suka ria bersama Iz sambil memerhatikan gadis idaman aku, Rasya.

        Sedang cikgu asyik mengajar di depan aku pula asyik bersembang dan bergelak ketawa dengan Iz di bahagian belakang kelas. Tiba tiba semua mata tertumpu ke arah kami. Termasuk guru yang sedang mengajar di depan memandang tepat ke arah aku.

" Excuse me, can you continue from the last line I read just now? "
Kata guru itu dalam Bahasa Inggeris.

" Who ? "
Aku bertanya.

" You."

" You Izhar. Teacher panggil kau tu."
Aku buat tak bersalah sambil menolak Iz menyuruh dia bangun.

" Eh apasal aku pulak??"
Iz tercengang.

" Not Izhar. You. I'm talking to you."
sambung guru itu lagi.

Aku berdiri lalu tersenyum.
Mana tak tersenyum, aku mana tahu line mana nak kena baca. Buku pun aku tak buka lagi.

" What's your name ?"
Tanya guru itu lagi.

" My name?"

" Ya, yours of course. Not Muhammad Izhar."
Kata beliau dalam nada sinis.

" My name is Muhammad Fakhrul Reza. "

" Make it shorter."

" Shorter? "

" Ya , your short name. Nickname. "

" Well. People call me Roy."
Kataku sambil tersenyum.

Nak tergelak pun ada. Entah celah mana aku petik nama Roy.

" Okay then Roy. Please pay attention during the class. Its not so hard right?"

" Yes teacher."

" Okay. Sit down."

Belum sempat aku mencecah kerusi, guru itu menyambung lagi.

" One more thing class, from now on, please call that guy, Roy. He likes that name. "
sambungnya sambil tersenyum.

Ah sudah. Melekat nama Roy dekat aku.

" Hati kau kental Roy... "
Iz menepuk bahu aku sambil menahan ketawa.

Tak guna punya kawan. Sebab bersembang dengan dia la aku kena panggil. Tak pasal pasal, dapat nama baru. Alahai!

Aku perhatikan Rasya yang berada di tepi tingkap betul betul di hadapanku. Mudah terhibur betul dia. Sejak aku dapat nama panggilan rasmi sebentar tadi, tak berhenti dia tersenyum. Habis jatuh saham aku, baru ingat nak adakan pelaburan yang besar untuk pikat hati si Rasya, tak ku sangka badai melanda. Nak buat macam mana. Ini la hidup. Urgh.

Waktu Yang TerhentiWhere stories live. Discover now