Istana Mimpi

55 7 1
                                    

PERTENGAHAN TAHUN 2009
CUTI SEKOLAH TAMAT

Aku menggalas beg. Bas ekpress juga sudah memasuki platform yang di sediakan. Cuma menunggu masa untuk berlepas.

Kelibat Rasya belum kelihatan. Aku agak resah, mana tak nya lagi berapa minit sahaja lagi bas akan bergerak bagi meneruskan perjalanan. Jenuh aku meninjau, akhirnya aku nampak jua kelibat Rasya keluar daripada kereta, agak kalut, mungkin kerana dia sendiri sedar dia sudah terlewat. Aku lihat dari jauh dia datang berjalan pantas sambil menggalas beg, menarik beg, menjinjit beg, bermacam jenis beg, pelbagai warna, kecil besar semuanya ada seperti baru balik dari menunaikan haji gayanya. Aku tergelak sendirian.

" Tiket dik. " konduktor bas menegur aku tatkala aku hampir dengan pintu bas yang terbuka sejak tadi.

" Nah, dua ye bang, dengan budak perempuan tu sekali. " kataku sambil menyerahkan dua keping tiket lalu menunjuk ke arah Rasya yang berlari anak menuju ke bas.

         Aku mendapat tempat betul betul di hadapan; belakang tempat duduk pemandu. Aku segera duduk berhampiran tingkap bas. Bukannya apa, aku sudah cukup bersedia untuk meluahkan perasaan aku pada Rasya kali ini. Sekiranya ia bertukar pada keadaan paling buruk dan menjanggalkan sekalipun, aku masih mampu menampung malu dengan melihat keluar tingkap menikmati pemandangan sepanjang perjalanan yang mana ianya seribu kali lebih baik dari menatap lantai bas dan kasut sendiri sambil bermuhasabah sepanjang jalan.

Rasya naik lalu terus duduk di sebelahku. Menghela nafas panjang.
Penat agaknya. Aku hanya mendiamkan diri buat seketika. Biarkan dia tenang dahulu.

Bas pun mula bergerak, ramai penumpang bas melambai tangan kepada yang menunggu di luar. Mungkin ayah, ibu, abang, kakak, atuk atau nenek mungkin juga sanak saudara, Rasya juga tidak ketinggalan berbuat demikian. Aku cuma mendiamkan diri. Bertenang menuju destinasi.

Sejam perjalanan.
Aku cuma mendiamkan diri.

" Nak gula gula? "

Itulah ayat pertama aku dengar dari Rasya sejak dari kami menaiki bas tadi.

" Boleh juga. " balasku pendek sambil mengambil gula gula HACKS berwarna ungu yang dihulurnya.

" Terima Kasih... "

" Sama sama. By the way, Siapa yang hantar tadi? " tanya Rasya kembali.

" Sepupu, lepas hantar dia terus balik. "

" Oh, mak dengan ayah tak datang ke? Balik kampung sorang? "

" Ya, sorang je, ayah sibuk. "

" Oh. Okay. Duit tiket nanti sampai saya bayar eh. "

" Ah. Okay je. Tak kisah pun. "

" Okay. "

Perbualan terhenti sebentar.
Aku mati akal. Ligat otak aku berfikir macam mana nak mulakan kembali perbualan.

" Rasya, duduk situ dah lama? "

" Dah lama la Roy, dari kecil lagi memang tinggal dekat situ. Tak pernah pindah pun. Kenapa? "

" Saja tanya, sebab rasa macam familiar je. Macam dah lama nampak. "

Waktu Yang TerhentiWhere stories live. Discover now