Sebuah Ikatan

40 6 1
                                    

PERTENGAHAN TAHUN 2009.
WAKTU PERSEKOLAHAN.

Waktu persekolahan berjalan seperti biasa. Hampir sebulan berlalu semenjak aku meluahkan rasa hati aku pada Rasya. Kami masih berhubungan seperti biasa, cuma bezanya aku sering mengelak dari bertembung dengannya tidak kira lah sama ada di kantin, perpustakaan, mahupun di bilik guru, mungkin kerana malu. Aku, Izhar dan Azfa juga masih baik seperti biasa, belajar bersama, ponteng bersama, menghadiri aktiviti yang dianjurkan bersama. Tiada apa yang berubah, gred peperiksaan subjek Matematik Tambahan dan Kimia aku juga tidak berubah, masih GAGAL seperti sebelumnya.

Hari itu, tanggal 24 Julai 2009.
Aku masih ingat tarikh itu.
Izhar datang menemuiku pada waktu rehat dalam keadaan tergesa gesa.

" Roy, meh jap, ada benda penting ni! "
Panggil Iz.

" Ha, apa benda yang penting sangat ni? "

" Nah, surat. "

" Surat? "

" Dari Rasya. "

Terbeliak biji mata aku mendengar bahawa surat untukku itu datang dari Rasya.
Dilipat kemas, berbau persis minyak wangi yang dipakai oleh Rasya.

Aku mengajak Iz ke kelasku. Duduk di bahagian paling belakang. Lipatan surat itu ku buka perlahan, penuh cermat.

" Jumpa di hadapan makmal sains 3 lepas habis kelas. "

Begitulah bunyi surat itu.

" Dia tulis apa wei? Wei, Roy, dia tulis apa? " tanya Izhar penuh ghairah sambil menggoncang bahuku.

" Dia nak jumpa aku lepas habis kelas. " aku menjawab pendek.

" Perghhh. Mantap la. Dia suka kat kau tu? Pergi la. Aku teman. Aku tak kacau, aku janji. " kata Izhar.

Aku mengangguk sambil mengangkat ibu jari kepada Izhar tanda bersetuju.

Tengah hari itu, tepat pukul 1330hrs, aku berjalan menuju ke depan makmal sains 3 yang terletak di aras satu , blok C, bangunan akademik. Keadaan di situ mulai lengang. Maklumlah, pelajar lain semua sudah bergegas ke dewan makan ataupun surau, para guru dan pembantu makmal juga sudah tiada kerana keluar untuk makan tengah hari. Aku menyuruh Izhar tunggu di tangga. Dari situ ku lihat Rasya berdiri, dia keseorangan. Pantas aku atur langkah menuju ke arah nya.

" Assalam. Hai Rasya, lama tunggu?" aku menegur membuka bicara.

" Wasalam, tak lah dalam 5 minit macam tu je." Balasnya tersenyum.

" Kenapa Rasya nak jumpa Roy? Ada apa apa ke? "

Rasya membelek jam tangan yang di pakainya.

" Roy, orang tak nak awak tunggu dah. "

Kata kata itu sangat mendalam.
Seperti hancur lebur hati aku.
Ikut rasa, mahu saja aku berlari pulang. Sedih, kecewa, hancur, semua ada. Aku hilang kata kata.

" Roy, tolong ulang balik soalan yang awak bagi dekat Rasya masa kita atas bas dulu please? Rasya nak jawab dengan jawapan yang Rasya dah fikir masak masak. Please Roy. "

" Takpe la Rasya, saya rasa saya faham kot. It's okay lah. Let's forget about this okay? Lagipun... "

" Roy, tolong Roy. Kita tak banyak masa, masa tak tunggu kita, dah banyak masa terbuang. So, please. Propose me, just one more time. "

Aku menarik nafas panjang.
Terasa seperti sedang diperkotak katikkan. Untuk apa aku lanjutkan pertanyaan. Jika jawapannya sendiri sudah ku tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Waktu Yang TerhentiWhere stories live. Discover now