Hangout

19.1K 1K 68
                                    

"Esok tak payah stayback eh? Esok je."

"Huh? Why?" Tak tahu la kenapa timbul perasaan kecewa dalam hati Dee.

"Aku nak teman umi aku pergi hospital ."

Jawapan yang diberikan Affan membuatkan Dee tersengih. Anak mithali! Orang kata, kalau nak cari boyfriend, cari yang rapat dan manja dengan mak dia. Itu bermakna, dia amat menghargai wanita. Betul kan😂

"Hah, yang kau tersengih-sengih ni pasaipa? Buang tabiat ke?" Perli Affan.

"Err aniya!" Hah, keluar terus bahasa Korea dia!

*Aniya-Tak ada apa-apa*

Yang Dee tahu, Affan memasang riak muka yang aneh kerana tidak memahami apa yang dimaksudkan olehnya tadi.

...

"Weiyh harini hang nak? Bosan la dok umah ni." Ajak Keyyah kepada Sarah melalui panggilan di telefonnya.

"Oh, aku okey je. Nanti aku bagitahu kat group kita. Jumpa kat tempat biasa keyh?"

"Okey bye." Keyyah menutup panggilannya.

Baru sahaja Keyyah meletakkan iphonenya atas meja, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan seseorang menelefonnya.

Rizki is calling........

"Hello?"

"Assalamualaikum." Ujar Rizki membuatkan Keyyah berasa tersentap.

"Err waalaikumussalam. Err ada apa ni?" Soal Keyyah agak kekok.

Mungkin terlalu jarang orang bagi salam kepadanya ketika menjawab panggilan telefon.

"Harini aku nak ajak kau keluar. No excuse!" Balas Rizki dengan lantangnya.

"Eh! Mana boleh! Harini aku nak keluar dengan bestfriends aku!"

Baru sahaja Rizki ingin menjawab, Keyyah menyambung percakapannya.

"And! Motif aku kena keluar dengan kau?! No way!" Balas Keyyah sambil membuat gaya gediknya walaupun dia tahu yang Rizki tidak melihat gayanya.

"Kau nak hang dengan diorang ke? Kat mana?" Selidik Rizki sambil meletakkan jarinya di dagu.

Tanpa Keyyah ketahui, Rizki tersenyum licik sambil memandang sahabat-sahabatnya yang lain di dalam biliknya.

"Eh, kau nak tahu pasaipa?! Sebok je! Dah la aku chau dulu! Adios!" Demi mengelak persoalan Rizki itu, cepat-cepat Keyyah menutup panggilannya.

"So?" Soal Danish sambil bermain gitar.

"Emm diorang nak hang harini."

"What?! Ya Allah. Padahal SPM nak dekat boleh lagi diorang main-main? Ish3" Bebel Affan.

"Emm so?" Soal Nufail pula.

Rifki tersenyum sinis.

"So? Kita ikutkan je la permainan diorang. Riel, aku nak kau call Afrina then tanya port diorang hang." Arah Rifki bagaikan ketua kepada Izariel.

"Eh, pasaipa aku pula?" Soal Izariel aneh.

"Emm sebab aku rasa Afrina tu akan bagitahu. Dia kan jenis baik sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain." Balas Rifki lalu diangguki oleh ahli yang lain.

"Oh, okey la." Baru sahaja Izariel ingin call Afrina, tiba-tiba Nufail mencelah.

"Eh, kejap. Kau yakin ke Afrina akan ikut diorang?" Soal Nufail tiba-tiba.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now