Nightwalk

10.2K 639 35
                                    

"Malam ni kita akan jalankan aktiviti nightwalk."

...

"Wei selamat ke hutan tu nanti? Macam mana kalau bahaya? Kau tak takut ke? Kalau tersesat macam mana? Kalau ada cikHan macam mana?" Soal Tasya bertubi-tubi kepada Keyyah yang berada disebelahnya.

Keyyah hanya menggulingkan matanya menyampah melihat Tasya. Sebelum ni Tasya kelihatan brutal, tapi kalau berkaitan dengan hutan atau nightwalk, pasti dia akan menjadi lembik. Maklumlah, fobia hutan la katakan.

"Kau ni banyak tanya la. Chill la tak adanya sesat kalau kau ikut tali yang ada tu." Balas Keyyah dalam pada masa yang sama ingin menenangkan Tasya yang kegelabahan itu.

Tasya menggigit bibinya kegelisahan. Matanya meliar kiri kanan ingin mencari untuk tidak menurut serta dalam aktiviti itu.

"Eh serius ke akak abang fasi dengan pengawas2 tu yang jadi hantu tipu tu?" Soal Dee tiba-tiba membuatkan semua ahli Scorpion memandangnya.

"Bukan la. Rifki cakap, hantu palsu tak jadi buat sebab takut jadi hal lain pulak. So, mereka just suruh kita ikut laluan yang bertali tu je." Jelas Sarah yang mempunyai pengetahuan yang lebih itu.

Yang lain mengangguk kecil.

"Semua berkumpul!" Arah akak Nufa kepada semua pelajar yang sudah berada di tempat perkemahan tersebut.

"Baiklah. Malam ini, bermula dari pukul 10 malam, akak akan lepaskan kamu satu persatu ikut group masing-masing masuk ke dalam hutan. Ingat! Jangan terlalu ingker ketika di dalam sana. Jangan juga terlalu takut. Just ikut tali yang kami sudah sediakan. Paham tak?!" Jelas Kak Rifa pula dengan tegas.

Para pelajar hanya mengangguk faham. Kelihatan pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh mereka saat ini. Ada yang takut, ada yang excited, ada yang buat bodo. Chill gitew hahaha.

"Wei....kau stay belakang aku tau." Pesan Tasya dengan ketakutan buat kali ke 58201.

Sarah tersenyum geli.

"Ye Tasya sayang. I setia tunggu you di belakang." Balas Sarah lalu mencolek dagu Tasya dengan gedik.

Tasya memutarkan matanya menyampah.

"Sory aku tak sokong golongan LGBT dan kunyithalia okey! Sila berambus!" Ujar Tasya lalu menolak bahu Sarah.

Sarah menjelirkan lidahnya.

"Eleh tadi suruh aku stay konon. Dah tanak aku stay. Suruh la abang Danish kau tu!" Ujarnya lalu terus meninggalkan Tasya dan terus memasuki hutan.

Rupanya sudah turn mereka. Tasya memandang sekeliling. Hanya tinggal geng Alya sahaja yang tinggal. Tak guna punya kawan! Semua dah tinggalkan dia.

"Tunggu! Bagi aku masuk dulu." Belum sempat Alya ingin memasuki hutan, Tasya sudah mendahuluinya.

Terpaksalah Alya menunggu sebentar.

...

"Duh. Gelap nya. Rilek sis. Nothing happen. Fuh." Ujar Tasya seraya ingin menenangkan dirinya yang agak ketakutan.

Crek

Tasya terhenti. Dia memandang sekeliling.

"Bunyi apa tu?" Soalnya sendirian.

Tanpa ingin membuang masa, dia terus berjalan pantas meninggalkan kawasan itu tanpa dia tahu yang sebenarnya bunyi tadi datang daripada ranting kayu yang dipijaknya. Ngeh Tasya.

"Lama lagi ke nak sampai em?" Soalnya sekali lagi yang ingin memecahkan kesunyian malam itu.

"Awooooo~" Bunyi serigala yang kedengaran itu membuatkan wajah Tasya yang sedia pucat makin bertambah pucat.

Tanpa dia sedar, dia tertarik tali itu sehingga terputus. Dia sudah menggelabah. Dah la dia terlupa bawa lampu tadi. Dia tercari-cari tali lain yang ada tetapi tidak jumpa. Dia sudah kelam kabut dengan keadaan itu.

Ini lah sebab dia tidak ingin memasuki hutan! Kejadian sebelumnya pernah terjadi sebegini semasa kem perkhemahan suatu ketika dahulu.

"Apa nak buat ni? Kalau aku jerit.....jadi benda lain macam mana? Ala daddyyyyyyy Asya takuttttttt!" Jeritnya didalam hati dengan kegelisahan.

Tanpa berfikir panjang, dia cuba berjalan dengan harapan agar dapat kembali ke tapak kem semula.

...

"Baiklah! Semua dah ada ke?" Soal abang Wan.

"ADA!" Jerit salah seorang pelajar.

"TAK ADA!" Sahut seorang lagi dari group Scorpion yang tak lain tak bukan ialah Dee.

Semua pelajar mula terkejut mendengarnya.

Akak2 dan abang2 fasi mula menghampiri kumpulan Scorpion.

"Serius ke? Siapa yang tiada lagi?" Soal Abang Amin.

Dee mengangguk dengan risau.

"Tasya." Balas Dee.

Danish yang dengar nama Tasya disebut terus memasuki hutan yang dimasuki para pelajar tadi.

"Woi Nish nak kemana?!" Jerit Rifki. Rifki cuba untuk mengikutinya.

"Cari Tasya!" Balas Danish.

Rifki menahan lengan Danish.

"Kau jangan nak buat lawak boleh tak?! Hutan tu besar bukan kecik sampai sesuka hati kau boleh masuk! Kita kena berbincang dulu." Balas  Rifki.

Danish tersenyum mengejek.

"Tasya tu awek aku la. Kalau Sarah yang hilang, mesti kau buat macam aku en? Dah aku tak paksa kau ikut aku pon! Jangan halang keputusan aku." Balas Danish lalu segera meninggalkan Rifki.

Rifki menghela nafas dengan kegeraman.

"Tunggu aku la!"

Degil punya jantan.

...

Ok maaf pendek and tak padat ececeh😹❤

Esok sis sambung lagi ya. Huhu maaf lambat update 😭❤

Dont forget vote and comment😮💕

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now