Otakkkk

11.3K 665 10
                                    

"Asya~ bangun sayang. Dah pukul 6 pagi ni." Puan Munirah menggerakkan Tasya yang sedang tidur dengan lembut.

Bukan apa, dengan perangai Tasya yang kasar, kena la lembut sikit.

"Emm 5 minutes please..." Balas Tasya sambil menutup mata dengan selimutnya.

Puan Munirah tersenyum kecil.

"Tapi Asya cakap Asya kena pergi sekolah awal harini sebab kem kan? Bangun ya sayang?"

'Hmm mama ni suka gerak awal-awal.' Tasya tersenyum kecil dengan matanya yang masih tertutup. Suka dirinya dimanjakan oleh mamanya seperti ini.

"Ibu dah buat sarapan. Nanti Asya makan ya?"

Dengan serta merta senyuman yang dilakar hilang. Bayangan mamanya sudahpun hilang. Yang ada hanyalah 'ibu'nya sahaja. Ataupun perempuan yang paling dibenci nya. Tasya pantas bangun lalu memandang Puan Munirah dengan tajam.

"Apa makcik buat dalam bilik saya?!" Jerkahnya.

Puan Munirah terperanjat. Dia memegang dadanya lalu menggosok-gosoknya akibat terkejut dengan jerkahan Tasya tadi.

"Kan Asya suruh gerak pukul 6 malam tadi?" Soal Puan Munirah.

"Saya suruh Mak Mimah bukan makcik. Dah keluar!" Marah Tasya lalu menolak Puan Munirah agar keluar daripada biliknya.

Dum! 

Tasya menghentak pintunya dengan kuat tanpa memikirkan keterkejutan Puan Munirah di luar.

"Semak betul." Bebelnya lalu memandang beg yang akan dibawa ke kem sebentar lagi.

Dia mengeluh kecil.

"Haih malas betul." Segera dia mencapai tuala lalu bergerak ke bilik air.

Tasya bersarapan dengan selera sekali sehingga tambah 2 kali. Kebulur dah dia ni. Bila ditanya siapa yang memasakinya, dibalas Mak Mimah. Tasya hanya mengangguk tanpa bertanya. Puan Munirah tersenyum kecil. Lega melihat selera anak tirinya terhadap makanan yang disediakannya. Kalau Tasya tau, mesti dia tak akan makan.

"Harini papa tak dapat hantar Asya. Papa ada meeting." Ujar Tuan Khairudin sambil menghirup kopi panas.

Tasya terhenti makan lalu memandang Tuan Khairudin dengan tak percaya.

"Habistu siapa yang hantar Aasya? Pak Hamid kan balik kampung. Asya naik motor la macam ni."

"Jangan nak mengada. Tangan Asya pon tak sembuh keseluruhan lagi." Cegah papanya.

Tasya membuat muka.

"Habistu macam mana Asya nak pergi? Takkan jalan kaki kot?!" Sindirnya.

"Biar abang hantar." Celah seseorang yang baru tiba di ruang makan. Dia duduk di sebelah Puan Munirah lalu mencedok nasi goreng.

Tasya memandang 'abang' dengan jijik.

"Kau? Taknak! Asya taknak!" Bantah Tasya.

"Asya..."

Tasya terdiam mendengar teguran Tuan Khairudin kerana terbiadap dengan abang tirinya, Adham.

Adham tersenyum sinis memandang Tasya. Melihat wajah Adham seperti itu, membuatkan Tasya lagi bantah.

"Asya call kawan Asya suruh dia ambil."

Adham membuat muka pelik.

"La kenapa nak call kawan Asya? Abang pergi kerja lalu depan sekolah Asya jugak. Alang-alang kan apa salahnya?" Adham memberi alasan.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now