Sentiasa Ada

15.8K 970 34
                                    

"Selamat Hari Jadi." Ucap Sarah.

Dengar sahaja ucapan tersebut, Keyyah terus menghamburkan tangisannya yang ditahan dari tadi.

"Harini sepatutnya hari bahagia tapi tak seperti yang disangkakan!" Jerit Keyyah.

Mereka berlima segera memeluk Keyyah untuk menenangkannya.

"Keyyah, semua ni telah diaturkan oleh Allah. Kita doa sama-sama agar Tasya cepat sembuh dan kita sambut sama-sama birthday kau. Aku percaya, Tasya tu kuat orangnya." Dee memberik semangat kepada Keyyah yang masih berada dalam kesedihan.

"Patutnya aku je yang kena. Aku tinggalkan Tasya keseorangan di belakang tadi." Ujar Keyyah dengan bersalah.

"Dah dah. Semua dah berlaku pon. Sekarang ni, kita jangan berputus asa. Kita kena kuat demi Tasya okey?"

.......

Brakk

Kedengaran pintu ruang ICU tersebut dibuka dari dalam membuatkan semua tersedar. Mereka segera menghampiri doktor yang keluar. Termasuk Tuan Khairudin, papa kepada Tasya.

"Doktor, macam mana keadaan Tasya?" Soal Keyyah tergetar-getar.

"Alhamdulillah, keadaan cik Tasya tidak terlalu serius. Getaran pada kepalanya tidaklah terlalu kuat sehingga menyebabkan dia amnesia. Tapi...." Doktor tersebut berjeda membuatkan semua orang resah.

"Tapi apa doktor?" Soal Tuan Khairudin.

"Lengan kanan cik Tasya patah dan mengambil masa dua bulan untuk sembuh." Pernyataan itu membuatkan semua kesedihan.

"Te-terima kasih doktor. Boleh kami lawat Tasya?" Soal Tuan Khairudin.

Doktor menggeleng.

"Cik Tasya akan dipindahkan ke wad. Dan buat masa ni hanya keluarganya sahaja yang boleh melawatnya." Balas doktor tersebut membuatkan kelima-lima sahabat itu geram.

"Saya bapa kepada Tasya. Jadi biar saya yang masuk. Dan pastikan, pindahkan Tasya kepada ruang VIP."

Doktor tersebut mengangguk lalu beredar dari situ.

Tuan Khairudin tersenyum kecil memandang mereka sekawan yang sedih tak boleh tengok Tasya.

"Kamu semua baliklah. Lagipun kalau boleh tengok pon, Tasya mesti tengah tidur." Tuan Khairudin memujuk mereka.

"Tapi kami nak tunggu Tasya." Balas Keyyah perlahan.

Tuan Khairudin.

"Ni dah pukul 3 pagi ni. Your parents tau tak kalian keluar?"

Mereka menggeleng perlahan.

Tuan Khairudin mengeluh kecil.

"Dah, kamu semua baliklah dulu. Biar uncle yang jaga Tasya. Kalau dia dah sedar, uncle call korang keyh?" Cadang Tuan Khairudin.

Yang lain mengangguk kemudian semua beredar pergi dari situ.

...

Fina menjengket-jengketkan kakinya ketika masuk ke rumahnya. Baru sahaja ingin menaiki tangga, tiba-tiba lampu di ruang tersebut terbuka. Kelihatan kelibat ayahandanya, Raja Azhar yang berpakaian tidur dengan mukanya yang marah.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now