"Aish no la. Ayah aku."
Semua terdiam. Bukan mereka tak tau masalah yang dialami oleh Puan Dana dan Dee.
"Tapi... Bukan kau benci dia ke?"
Dee mengangguk.
"Memang aku benci. Tapi sejak kejadian haritu, aku jadi rindu."
"Kejadian apakah?"
..
2 hari yang lepas.
"Eh Dee tak balik lagi ke?" Soal Nufail apabila melihat Dee yang sedang terduduk di bustop seorang diri.
Dee menggeleng.
"Belum. Pagi tadi kereta aku tetiba buat hal. Cadang nak balik dengan Sarah tapi Sarah pulak ada urgent. Nak tak nak terpaksa tunggu ibu aku la." Balas Dee sambil memandang jalan.
Nufail mengangguk kecil.
Tit! Tit!
"Eh ayah aku dah sampai. Kau okey ke sorang ni? Ataupun kau tumpang je aku balik. Lagipun dah lewat ni."
Dee terdiam kecil.
Nak ke tak?
Bukan apa. Jam dah pukul 3 petang. Kalau nak tunggu Puan Dana, pukul 5 gamaknya baru sampai. Lagipun, Nufail ni bukan sesiapa pon. Kawan dia jugak.
"Err tak apa ke? Aku segan la dengan ayah kau." Soal Dee sebersalah.
Nufail tersengih.
"Kau nak segan apa Dee oi! Ayah aku tak makan orang pon."
Selepas beberapa saat berfikir, akhirnya Dee bersetuju.
"Okey la macam tu. Aku pon bukan berani sangat tunggu sensorang ni."
..
"Ayah, kawan Nuf nak tumpang balik boleh? Kesian dia tunggu sensorang."
Ayah Nufail memandang Dee sejenak lalu mengangguk sambil tersenyum kecil.
"Boleh je la. Masuk la.
"Err terima kasih pakcik." Ucap Dee malu-malu.
"Sama-sama. Btw apa nama kawan Nuf ni ya?" Soal ayah Nufail.
Baru sahaja Dee mau membalas, Nufail terus memotongnya.
"Nama kawan Nuf ni Dee, ayah. Nama panjang Dayang Seri Nur Asyikin."
"HUK! HUK!" Tiba-tiba sahaja ayah Nufail terbatuk sebaik sahaja mendengar nama Dee.
"Eh ayah okey?" Soal Nufail terkejut.
"Aaa o...okey. Dayang Seri Nur Asyikin ya? Siapa nama bapa kamu?"
'Aik? Dah kenapa ayah Nufail ni tanya nama ayah aku ni? Kenal ke pon lamak.' Fikir Dee dalam hati.
"Errr Nizam Othman."
"Eh nama ayah Dee macam nama ayah la!" Ujar Nufail excited.
DEG!
'Sama? Dah la tadi pakcik ni terbatuk-batuk lepas dengar nama aku. Pakcik ni siapa?"
.....
"Alkisahnya, kau nak cakap ayah Nufail tu ayah kau ke?" Soal Ain selepas Dee tamat bercerita.
Dee tidak mengangguk mahupun menggeleng.
"I'm not sure. Tapi aku rasa nak siasat. Memang aku pernah dengar ayah aku ada kat sini cuma aku tak pernah pulak siasat sebelum ni."
YOU ARE READING
Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔
Novela JuvenilNaughty Girls yang dianggotai oleh Sarah, Keyyah, Afrina, Dee, Ain dan Tasya. Kelakuan mereka sedikit-sebanyak cukup membuatkan cikgu-cikgu haru biru terutamanya cikgu disiplin, Cikgu Alif. Apalagi tahun ini Dee, Ain dan Tasya merupakan mangsa SPM...