C :18

4.1K 161 13
                                    

Hari yang dinanti nantikan tiga gadis itu telah tiba. Awal malam tadi mereka sudah siap mengemas bagasi awal awal. Sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan chingu mereka.

"Kau dah send alamat rumah kita kat diorang?" Soal Aejin sambil meletakkan bagasi miliknya di tepi ruang tamu. Hana menganguk anguk. Dia sudah menghantar alamat rumah mereka kepada Taehyung.

"Amboi. Mata kau pun macam mata panda kenapa? Kau overnight dengan Tae ke?" Teka Jung Ah lagi. Dia mengambil tempat disebelah gadis itu.

Hana tersengih sengih.

"Rindu Tae. " Sambung Hana lagi. Rambut perang berparas dada itu dilepaskan tambah pula dia memakai baju lengan pendek dan berseluar pendek jeans membuatkan gadis itu nampak lebih menggoda dan manja.

"Eleh. Eonnie pun rindukan Jin juga. Rindu juga lah masakan dia lagi lagi cekodok dia. Baru aje unnie ajar dia dah dapat tangkap. " Ujar Aejin bangga dengan lelaki itu.

"Eleh. Pikir korang aje ke. Aku lagi double rindu dengan Jungkook. Aish lambatnya diorang ni. Dah nak petang ni. " Keluh Jung Ah lagi. Dia hanya mengenakan baju berwarna merah hati dan seluar jeans panjang. Rambutnya dibiarkan lepas.

"Entah. Tae ada balas chat kau tak?" Soal Aejin lagi. Jam dinding digerling. Sudah mahu berganjak ke angka 7. Takkan pula sesat mereka bertujuh itu.

"Amboi. Lawanya anak omma. " Usik Puan Kim lagi. Teruja sungguh mereka bertiga mahu pergi bercuti. Dia mengambil  tempat di sebelah Aejin.

Gadis itu agak cantik hari ini.

Hanya dengan mengenakan baju dan seluar berwarna hitam dan putih. Nampak lebih cool dan manja.

"Hehe. Hana aje kan yang lawa eonnie semua tak lawa. " Usik Hana lagi. Dia mengibas ngibas rambutnya sehingga terkena muka kakak sulungnya.

Jung Ah menjeling memandang gadis itu.

"chingu kamu tak sampai lagi ke?" Soal Ommanya lagi. mereka bertiga mengeleng serentak. Takut pula jika mereka bertujuh sesat jalan.

"Aish takkan lah kamu tak bagi alamat rumah ni. "

"dah Hana da--"

TinTinTinTin

"Diorang dah sampai!" Teriak mereka bertiga. Tergesa gesa mereka berlari menuju ke arah pintu dan membuka dengan senyuman manis.

Kereta mewah berjenama alphat (?) Dan berwarna merah itu berhenti betul betul dihadapan kawasan rumah mereka.

"Hey! Guys! I miccu " Ujar Jimin sebaik sahaja membuka pintu kereta itu diikuti mereka yang lain. Penampilan senpoi lelaki berotak udang itu membuatkan dia kelihatan sedikit handsome.

"Miss me?" Soal Taehyung sebaik sahaja keluar dari perut kereta itu. Kemeja berwarna hijau cerah itu membuatkan dia kelihatan sangat segak. Hana tersenyum manis melihat lelaki itu terus memeluk erat tubuhnya.

"No." Ujar Hana lagi. Dia membalas pelukan lelaki itu. Taehyung mencebik mendengar jawapan gadis itu namun dia tetap tidak mahu melepaskan pelukan itu tidak kiralah dia rindu atau tidak akan dirinya.

"Where Seok Jin?" Soal Aejin lagi. Dia tercari cari bayang lelaki yang sangat dirindui itu.

"Kau rasa yang bawa kereta itu siapa? Mestilah Jin hyung. Kalau harapkan Yoongi hyung mahu terbabas sebab tertidu waktu memandu. " Seloroh Hoseok lagi. Dia hanya mengenakan baju lengan pendek dan seluar pendek.

Yoongi menjeling lelaki itu. Penampilan Yoongi juga segak. Dia mengenakan baju berwarna merah itu membuatkan dia kelihatan sangat kacak.

"Ehem. Sama pula warna baju kita. Jodoh ke?" Sakat Yoongi lagi. Jung Ah menjeling manja wajah lelaki itu.

[ COMPLETE ] What Is BYUNTAE ? ❀ 18+ Where stories live. Discover now