Bab 1

397 5 0
                                    

Boom!! Serentak itu kaki hariez menekan brek keretanya sekuat hati.Streneng kereta dipusing 360.Segera,isyarat kecemasan dihidupkan untuk memberitahu teman-temannya yang mengekorinya rapat pada belakang.

Mereka juga memberhentikan kereta dengan sertamerta,terkejut dengan bunyi yang amat kuat itu.Dihadapan mereka,sebuah kenderaan sudah terbabas dan terbalik.

"Accidenlah! cepat-cepat,tolong orang tu!"Hariez berlari menuju ke arah perodua kancil yang sudah terbalik diikuti Ikmal,Fariez,Armin dan Fikri.

"Ya Allah! Perempuan ...tolong im,dia dah tak sedarkan diri ni."

Melihat darah yang mengalir tak henti-henti di dahi,hidung dan hampir seluruh tubuh wanita itu,Hariez dan Ikmal dengan berhati-hati cuba menarik wanita itu keluar.Mujur juga tubuh wanita itu kecil,jadi mudahlah mereka mahu mengeluarkannya.

Fariez yang melihat terus memegang pergelangan tangan wanita yang telah terkulai layu itu untuk memeriksa nadinya.Masih berdenyut lagi,detik hatinya.

"Kita bawa dia ke hospital.Masih bolah diselamatkan lagi ni,"arah Fariez.

"Tayar kereta ni meletup.Pandu laju agaknya, tu yang sampai terbalik."Fikri yang sedar tadi berpusing-pusing di sekeliling perodua kancil itu memberikan pendapat.

"Cepat angkat dia. Fariez, ambil kereta kau. Kereta kau paling dekat "Hariez memberi arahan

"Okey "Dengan segera Fariez berlari dan sebentar sahaja lancer kuning kesayanganya sudah berada di sisi mereka. Dengan penuh berhati-hati,wanita dalam lingkungan umur dua puluhan itu di masukkan ke sebelah tempat pemandu.

"Hospital mana ni?" soal Fariez.

"Mana-man yang kau nampak dulu tu la yang kita singgah nanti." Hariez berlari ke lancer putihnya dan sebentar kemudian kelima-lima lancer itu hilang daripada pandangan.

-

-----------------------------------------------------
Hafiqah cuba membuka matanya. Dapat dirasakan sakit yang menyerang urat saraf otaknya saat ini. Tangan yang cuba menahan kesakitan itu digigihkan untuk memegang kepalanya,namun tidak berjaya. Bisanya terasa hinggah ke tulang berlikat. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni? Bisik hatinya.

Dalam pandangan yang kabur,Hafiqah melihat beberapa susuk tubuh duduk dan berdiri di sekelilingnya. Siapa mereka ni? Aku kat mana ni? Akhirnya, mata itu berjaya di buka sepenuhnya. Wajah-wajah mereka yang langsung tidak dikenalinya. Sudah jelas kelihatan di ruang matanya.

"Aaa..." Tidak terkeluar bicaranya. Masih berperang emosi dan akal. Memikirkan di mana dia berada dan apa yang telah terjadi.

"Cik jangan banyak bergerak. Luka cik masih belum kering betul tu. Nanti terbuka balik jahitannya. Orang yang paling rapat dengan Hafiqah bersuara.

"Awak dekat hospital mersing ni. Semalam awak kemalangan.

Kemalangan? Sungguh. Saat itu, dia merasakan alangkah baiknya jika nyawanya ditarik terus. Semalam? Mermakna sudah sehari dia tidak sedarkan diri. Peristiwa terakhir yang diingatinya adalah saat dia gagal mengawal keretanya terbalik. " Kereta saya..."

"Kami dah hantar ke bengkel. Mungkin ambil masa berminggu juga untuk dibaiki. Tayar depan kereta awak meletup, mungkin sebab awak memandu laju sangat tu yang sampai terbalik."

AWAK SAYA PUNYA!!Where stories live. Discover now