Kad kredit miliknya bertukar tangan. Semua bil telah pun dijelaskan. Dia tidak mahu menimbulkan masalah kepada wanita itu. Dia tahu, wanita itu tidak punya wang untuk membayar semua kos tersebut. Lagipun dia yang menghantar gadis itu ke sini. Ditambah pula dengan wad kelas atasan yang memang tinggi bayarannya.
Hariez tidak kesah menggunakan wangnya untuk membayar semua itu. Dia lakukan semua ini atas dasar tanggungjawab. Semalam dia mendengar gadis itu merintih tentang sesuatu yang dia pun tak pasti. Menangis dan dan akhirnya tertidur. Gadia itu langsung tidak menyedari kewujudannya di dalam bilik yang gelap itu. Dia sekadar mendengar agar tidak mengejutkan gadis itu.
"Awak jangan risau tentang bil hospital awak. Saya dah bayar tadi. Salah saya yang hantar awak ke mari. Patutnya saya hantar awak masuk wad biasa saja."
Gadis itu tunduk. Diam.
Hariez terdiam. Aku salah cakap ke? Aku cuma nak beritahu dia supaya dia tidak payah risau tentang bayaran bil hospital yang dia tak mampu ni.
"Terima kasih encik. Saya tak tahu dah berapa banyak saya berhutang dengan encik. Hutang nyawa, hutang duit, hutang jasa. Dengan kawan-kawan encik pun. Saya memang tak mampu nak bayar duit encik tu sekarang ni, tapi saya akan usahakan untuk bayar secara ansur-ansur." Jari-jemari yang runcing itu dikepal-jepal. Ada kekesalan terpancar di raut itu.
"Tak apalah. Awak tak perlu risau tentang tu. Kawan-kawan saya pun tak marah dengan awak. Boleh saya tahu, awak nak kemana lepas ni? Kereta awak tu masih belum siap lagi." soal Hariez ramah. Sekadar bertanya. Risau juga andai gadis itu tidak punya siapa-siapa di sini. Nak bayar bil hospital pun tak ada duit, entah macam mana pula dengan kereta dia tu.
"saya tak pasti lagi encik. Ikut kaki melangkah. Kereta saya pun dah rosak. Tengoklah ke mana ada rezeki saya encik." Tutur Hafiqah berterus terang.
"Ikut rezeki? Awak tak ada saudara-mara di sini? Awak dari mana sebenarnya? Nak saya hubungi sesiapa." Soal Hariez berbasah-basi. Hanya gelengan kepal wanita itu yang menjawab semua soalannya.
"Kalau kat rumah encik perlukan orang gaji, ambillah saya. Mungkin saya tak sebaik mana, tapi saya akan berkerja sedaya upaya. Saya dak tak tahu ke mana arah tujuan saya selepas ni encik.
Hariez terkelu. Dia tidak menyangka yang gadis itu sanggup menjadi orang gajinya. Hariez garu kepala. Boleh percaya ke ni? Entah-entah nak mengurat aku tak?
"Eh, takkanlah sampai macam tu sekali. Jadi orang gaji ni bukan mahal pun gajinya. Tak rasa menyesal ke? Kerja banyak, tanpa henti rau?" Hariez menggeleng-gelengkan kepala. "Lagipun, saya bukan orang sini. Tempat tinggal saya jauh dari sini."
"Di...di...mana tu encik?" Hafiqah ragu-ragu. Dia sendiri pun tidak pasti. Betulkah dia ingin menjadi orang gaji?
"Saya tinggal di Kuala Lumpur." Balas Hariez.
Hafiqah terdiam. Jauhnya. Tapi, semakin jauh aku pergi, semakin baik untuk diriku. Mungkin ini peluang untuk aku menghilangkan diri dari pandangan orang lain.
"Kalau saya rela berkerja sebagai orang gaji, encik sudi ambil saya berkerja?'' Hafiqah tidak mahu putus asa. Rasa-rasanya, kulit mukanya sudah tebal dari saat Hariez membayarkan bil hospitalnya.
Hariez mendiamkan diri. Berfikir. Hmmn...mungkin dia betul-betul terdesak. Lagipun apa salahnya tambah seorang lagi pembantu untuk mak teh. Setakat anak saudarah mak teh yang higusan tu takkan larat nak kemas Vila Kasih yang besar gedabak tu. Umi dan papa mesti tak kesah punya. Bukan senang nak cari orang gaji ni. Dah dia pun tak kisah gaji kecil.
"Okey. Tapi, jangan menyesal kalau gaji awak kecil. Tak cukup nak bergaya dan membeli itu ini. Cuma, makan dan tempat tinggal tu ditanggungla. Jangan risau. Dan lagi satu, saya tak terus balik ke KL. Sebenarnya,rancangan saya dan kawan-kawan dah tergendala dua hari gara-gara awak." Hariez memandang tajam ke arah Hafiqah.
YOU ARE READING
AWAK SAYA PUNYA!!
RomanceHariez: "Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan pastikan masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Perempuan muraha!" Fariez: "Andaiku punya hati, inginku berikan kepadamu. Dan andai hatimu kumilik...