Bab 6

210 2 0
                                    

Pagi itu, Hafiqah bangun dengan penuh ketenangan. Mimpi yang dialami sungguh indah dan memberi satu semangat baru kepadanya.

Abah dan mak dah maafkan aku. Walaupun cuma dalam mimpi, tapi itu dah cukup bagiku. Akan aku ingat mimpi itu sampai bila-bila.

Walaupun demam yang dirasakan masih belum betul-betul sembuh, Hafiqah tetap bersemangat meneruskan kerja hariannya seperti biasa. Malah bernyanyi-nyanyi kecil walaupun lirik yang dinyanyikan entah apa-apa.

Bakul yang berisi pakaian dikeluarkan lalu dibawa ke ampaian. Satu demi satu helaian baju disidai. Bibir yang comeln itu terus menyanyi tanpa menyedari ada mata yang memerhati.

Come stop your crying, it will be all right
Just take my hand hold it tight, i will protect you, from all around you.
I will be here, Don't you cry
For one so small, you seem so strong
My arms will hold you, keep you safe and warm
This bond between us can't be broken
I will be here, don't you cry
'Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on
Now and forever more
You'll be in my heart
No matter what they say
You'll be here in my heart, always
Why can't they understand the way we feel
They just don't trust what they can't explain
I know we're different but, deep inside us
We're not that different at all
And you'll be in my heart
Yes, you,ll be in my heart
From this day on
Now and forever more
Don't listen to them
'Cause what do they know
We need each other, to have, to hold
They'll see in time
I know
When destiny calls you
You must be strong
I may not be with you
But you've got to hold on
They'll see in time
I know
We'll show them together.

Sehingga tamat lagu itu dinyanyikan oleh Hafiqah. Dia menujukan lagu itu kepada mak dan abahnya.

Gila juga aku ni kalau dah happy sangat. Nasib baik pagi-pagi macam ni orang di rumah ni belum bangun lagi. Kalau tak, malu juga jika mereka dengar suara aku yang sumbang ni. Gerutu Hafiqah dalam hati.

"Dah lama jadi artis"? Satu suara kasar kedengaran betul-betul di belakang Hafiqah.

Terhenti segala perlakuannya. Nak berpaling dia terasa malu.

"Boleh tahan suara awak. Mana belajar menyanyi?" sanbung lelaki itu lagi.

"Maaf kalau suara saya mengejutkan encik."

Hafiqah sedaya-upaya tidak mahu memandang empunya suara. Tak pusing pun dia sudah tahu siapa tuannya. Awal pula dia ni banguan? Mimpi apa pulak?

"Awal awak bangun? Demam awak dah okey? Lelaki itu masih lagi bertanya.

Mungkin dia berjalan-jalan untuk mengambil angin pagi. Pelik betul mamat ni! Tiba-tiba rajin bangun pagi-pagi buta ni. Baru pukul tujuh!

"Saya okey aje. Mana ada saya demam encik," jawap Hafiqah tenang.

Hati lelaki Hariez berbunga. Dah panjang sikit ayatnya.

"Encik nak sarapan ke? Saya belum siapkan lagi sebab selalunya encik sarapan pukul lapan setengah pagi."

"Tak mengapah. Saya pun terbangun awal sebab dengar orang menyanyi dari tadi. Nak tidur balik rasa macam rugi. Jadi, saya pun Jalan-jalan kat. Belakang ni."

Hafiqah masih lagi meneruskan kerjanya menyidai pakain. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Hariez. Mungkin dia masih malu mengenangkan Hariez mendengar suaranya menyanyi. Tidak perasan bahawa setiap tingkahnya menjadi perhatian Hariez.

"Saya ke dalam dulu ya, encik." Bakul baju yang telah kosong turut dibawa bersama.

"Hmmm.... Hafiqah,'' panggil Hariez.

Serta-merta langkah Hafiqah terhenti. Tubuhnya dipusingkan menghadap Hariez.

"Betul ke demam awak dah okey ni?'' Wajah pucat gadis itu diperhatikannya.

Hafiqah diam. Mana dia tahu aku demam? Langsung tidak ingat yang dia pengsan di dapur demalam. Fikirannya lapang, malah terlalu lapang. Sebuah senyuman kosong dilemparkan kepada Hariez.

"Saya dah makan ubat tadi. Sekarang ni dh okey. Dah tak ada apa-apa lagi. Boleh saya sambung kerja saya?" Melihat Hariez membalas senyumannya, Hafiqah terus masuk ke dapur untuk memulakan kerja memasak pula.

"Sebelum ni awak kerja di mana, Hafiqah?" Hariez mengekori Hafiqah dengan ekor matanya. Dia mahu menggunakan peluang yang ada itu untuk mencungkil rahsia tentang Hafiqah sementara

AWAK SAYA PUNYA!!Where stories live. Discover now