Bab 5

233 4 1
                                    

Jam lapan setengah malam, dua dari empat teman Hariez yang pernah membantu Hafiqah dulu tiba. Hafiqah menghidangkan air kepada mereka. Dia sedar yang mata mereka menghala ke arahnya. Selesai menjalankan tugasnya, dia segera ke dapur. Tidak selesa dengan pandangan mata mereka.

"Boleh tahan dia gelabah. Aku baru aje tengok dia. Cepat aje dia pergi ke belakang. Ha ha ha...." Fariez ketawa besar sebaik sahaja Hafiqah hilang dari pandangan.

"Dia memang macam itu. Pemalu. Dengan aku pun bukan dia bercakap sangat. Airin okeylah. Budak tu pun memang terkenal dengan mulut kepoh dia tu." Hariez membuang pandangan ke kaca televisyen.

Ikmal pula hanya tersengih-sengih.

"Eh, abang Im dengan abang Fariez! Dah lama sampai?" tegur Airin yang kebetul baru turun dari tingkat atas. Di tangannya ada beberapa buku latihan dan bekes pensel.

"Baru aje. Rajin Airin belajar, ye?" Fariez berbasa-basi. Airin agak rapat juga dengannya.

"Airin nak pergi bilik kak Fiqa. Nak minta dia ajar Airin subjek matematik ni. Airin tak secekap dia."

Fariez dan Hariez saling bertukar pandangan.

"Ye? Mana Airin tahu ni?" ditarik gadis itu agar duduk di sebelahnya. Walaupun usia sudah menjangkau lima belas tahun, tetapi tingkah kebudak-budakan Airin menyebabkan dia masih dilayan seperti anak kecil oleh orang-orang di sekelilingnya.

"Mestilah. Kak Fiqa tu dulu dia SPM 8A tau. Dia ada degree in Business Admin lagi." sambil mendabik dada, Airin bercerita. Bangga kerana mengetahui sesuatu tentang Hafiqah.

"Isy.... Abang Hariez ni. Airin ada nampak dekat dalam fail kak Fiqa hari tu masa Airin cari barang dalam bilik dia. Airin nampak sijil SPM dan PMR dia. Janganlah ingat Airin geledah barang dia pulak. Ingat Airin ni James Bond ke?" cepat-cepat Airin menjelaskan sebaik terpandangkan mata Hariez yang sudah membulat memandangnya.

"Wow! Degree in Business Admin! Kau ni bagi gaji dia berapa, ha? Orang gaji ada degree. Dahsyat betul kau cari orang gaji." ujar Ikmal teruja campur terkejut mendengar kenyataan itu.

Hariez pula terdiam. Dia sendiri tidak tahu tentang itu. Hatinya mula gusar. Siapa dia sebebarnya? Apa motif dia? Ada degree, tapi masih nak berkerja sebagai orang gaji. Tak pernah keluar dari dari Vila pulak tu.

Manalah Hariez tidak pelik. Sepanjang perkenalanya dengan ramai gadis, tidak ada satu pun yang tidak berminat untuk punya gaji besar, kereta sendiri dan teman lelaki yang kacak. Ada degree sekadar untuk melengkapkan hidup, tetapi berlainan benar dengan gadis yang mereka jumpai ini. Tidak ambil peduli dengan penampilan, gaji yang kecil, jawatan sebagai orang gaji, tiada kereta, tidak keluar shopping dengan teman-teman apatah lagi untuk bergaya dan mengikis harta lelaki. Pakaian pun sekadar T-shirt buruk, seluar slack panjang dan bertudung ala kadar. Wajah pun tidak pernah dioles dengan sebarang alatan mekap seperti gadis-gadis lain.

Benar, dulu dia memang ada merasakan bahawa Hafiqah cuma mahu berkenalan dengan lelaki-lelaki kaya dan kemudian cuba untuk mengambil kesempatan. Tetapi, daripada pemerhatiannya semenjak kehadiran wanita itu di Vila Kasih tiga bulan yang lalu, dia yakin gadis itu seperti sedang melarikan diri daripada sesuatu.

Kalau lari dari bebanan hutang, tidak mungkin dia tidak kesah tentang gaji. Kalau dia lari dari teman lelaki, takkan dia langsung tidak menghubungi ahli keluarganya seperti yang diceritakan oleh Airin. Dan jika dia lari dari keluarga, atas alasan apa dia buat begitu? Takkan la dia langsung tiada kawan-kawan yang boleh diharapkan?

"Umi dan papa kau pergi mana?" Ikmal memulakan bicara. Hariez yang menjemput mereka untuk tidur di Vila Kasih malam itu kerana Tuan Rizan dan Puan Hazrina tiada.

AWAK SAYA PUNYA!!Where stories live. Discover now