"Perempuan tak tahu malu! Kau ingat rumah ni apa, ha? Tempat pelacuran ke?"
Dengan pandangan yang kabur, Hafiqah memandang keadaan sekeliling. Hairan kepada siapakah ayat yang keras itu ditujukan.
"Hoi, peremuan! Ini rumah kami tahu. Kalau kau nak congteng arang ke muka mak ayah kau, itu kau tak mahu campur. Tapi sekarang ni, kat rumah kami. Kau nak tarik kami sekali ke dalam dosa maksiat yang kau buat ni ke?"
Serentak itu, rambutnya yang panjang ditarik dan tubuhnya ditolak ke dinding.
"Kak Mi, tak baik buat macam tu. Zaq dengan dia tak buat apa-apa pun. Ziq pun tak tahu macam mana Ziq boleh ada dalam bilik ni." Haziq, adik bongsu kak Mira bersuara.
Hafiqah terpempan. Dari mana pula datangnya Haziq. Apa yang sudah berlaku?
Hafiqah cuba mengingat semual peristiwa semalam. Balik dari kedai semalam, Hafiqah memang sudah ada di rumahnya. Katanya dia sedang menunggu kak Mira. Ada hal, kecemasan katanya. Kebetulan, Alisa juga berada di dalam rumah. Jadi, dia langsung tidak memikirkan apa-apa yang negatif. Ketika dia membuka pintu rumah, Alisa keluar membawa air minuman. Dia yang tidak punya rasa syak, terus meneguk air di dalam cawan yang disuakan.
Ya. Air itu. Selepas minum, dia memang tidak ingat apa-apa lagi. Pandangannya kabur. Bila bangun saja, dia dimaki sebegini rupa. Tapi, Hafiqah masih tidak dapat menangkap situasi yang berlaku sekarang.
"Sudahla tu kak Mi. Dia tak sangkalah tu kita dapat tangkap dia berdua. Buat muka terkejut konon. Memang dasar tak tahu malu. Hei, Fiqah, macam ni ke cara kau balas budi kami, hah?!"
Hafiqah terkedu mendengar herdikan Alisa.
"Lis, apa ni? Apa yang jadi? Kenapa Haziq ada kat dalam bilik aku?" soal Hafiqah, masih lagi berlembut walaupun sakit ditolak dan dipukul oleh kak Mira masih terasa.
"Sudalah Fiqa. Aku dah malas nak bercakap dengan kau. Tak sangka kau yang selam ni nampak baik rupanya perangai macam pelacur!"
Hafiqah terasa dirinya bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata Alisa itu. Yang meresap jauh ke dasar harinya.
"Lis, cakap baik-baik sikit. Aku tak pernah buat bendah-bendah macam tu tahu! Kau siapa nak cakap macam tu dekat aku! Haziq, tolong terangkan pada mereka yang saya tak bersalah. Tolong terangkan macam mana awak boleh ada dalam bilik saya ni! Tolonglah."
Saat itu, wajah kusut Haziq dipandang sayu. Air mata sudah mula bergenang dan perlahan-lahan menuruni pipi.
Haziq pula masih kelu. Dia juga masih lagi kabur dengan kejadian yang berlaku. Antara sedar dengan tidak, dia menjongketkan kedua-dua belah bahu.
"Sudahlah Fiqah. Kau jangan nak berpura-pura lagi. Aku tahu kau yang perangkap adik aku, kan? Entah apa yang kau dah bagi sampai adik aku ni boleh tidur dengan kau. Huh! Memang dasar perempuan murahan. Jangan harap aku nak suruh dia kahwain dengan kau untuk cover malu kau tu. Dah pandai buat, tanggung sendiri. Adik aku ni lelaki. Kau tu perempuan. Sedar diri tu sikit!" Hambur kak Mira lantas menolak bahu Hafiqah kasar.
Saat itu, wajah kusut Haziq dipandang. Lelaki itu masih lagi kaku. Tak bersuara. Juga masih terperanjat dengan apa yang terjadi.
"Aku bagi masa untuk kau berambus dari sini sampai tengah hari ni. Angkut semua barang kau. Kalau tak cukup masa, kau tak perlu risau. Aku tolong campakkan barang kau tu keluar. Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham?!"
Haziq yang masih lagi terpisat-pisat itu diam tidak berkutik.
Hafiqah memandang wajah Alisa sekilas. Entah kenapa wajah Alisa dirasakan sedang mengejeknya. Masih terlihat senyuman sinis teman akrabnya itu. Persahabatan yang terjalin sejak lima tahun dulu bagaikan tidak meberi erti setelah mendengar kata-kata Alisa yang setajam belati itu. Apakah itu sahabat yang selama ini berkongsi apa sahaja. Tidur juga kadang-kadang sebantal. Itukah dia rupahnya seorang teman baik?
Seorang demi seorang termasuk Haziq meninggalkan rumah itu. Hafiqah masih lagi diam tidak bergerak.
Nada dering Ost Without Wordas menyedarkannya daripada lamuan. Panggilan dari rumah. Mungkin mak, abah atau adik. Segera ditekankan butang hijau dan dilekapkan telefon bimbit ke telinga.
"Angah! Kenapa kau buat macam ni kat mak dan abah? Apalah dosa kami besarkan kau angah! Apa mak dengan abah nak cakap pada jiran-jiran kita, angah. Sampai hati kau buat kami begini. Kami dah tua. Tak lama lagi nak mati. Kenapa kau kejam sangat angah?!" serentak dengan itu esekan mak kedengaran.
Hafiqah masih lagi menahan tangis. Mana emak dan abah tahu apa yang terjadi? Siapa punya angkara sebenarnya ini? Apa alasan mereka?
"Angah, kau jangan balik lagi ke sini. Abah dan mak dah tak nak tengok muka kau. Perangai kau tu dah macam pelacur tahu? Mereka tak ada anak macam kau tau!"
Aduhai...kata-kata Aimi Adira, adik bongsu kesayangannya kedengaran terlalu kejam di perdengarannya. Entah bila telefon bertukar tangan. Hafiqah kelu dan akhirnya talian telefon diputuskan. Telefon dimatikan dan terus disimpan di dalam saku seluarnya.
Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di sini. Di daerah ini. Semuanya terlalu perit untuk diterima. Segera dikemaskan barang-barangnya.
Selesai berkemas, dia menulis surat perletakan jawatan. Dia ingin pergi jauh. Jauh dari semua orang. Sejauh yang mungkin supaya dia dapat lupakan apa yang telah terjadi. Surat itu akan diserahkan kepada pak guard dalam perjalanan nanti. Biarlah di hina oleh masyarakat di sini. Sudah ditakdirkan sama ada dia masih kekal berjaya atau tidak, maruahnya, sudah hilang. Dia harus pergi. Pergi dan tidak mungkin kembali sementara tidak ada orang di sini yang melihat pemergiannya. Kau kejam Alisa.
Dengan tangisan dalam hati yang membeku, Hafiqah mengangkut barang-barang peribadinya ke dalam perodua kancil milik adiknya yang digunakan semenjak setengah tahun yang lalu. Dia masih belum mampu untuk memilikinya sendiri. Mujur ada Uda. Uda tolong izinkan angah pinjam kereta Uda ni,ya?
Keluar dari pekarangan rumah yang telah mencipta kenangan kejam ini membuat hati Hafiqah bertamba sebak. Nurul Hadiqah, bawalah dirimu jauh dari sini. Kau layak untuk mengecapi bahagia seperti mereka.
YOU ARE READING
AWAK SAYA PUNYA!!
RomanceHariez: "Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan pastikan masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Perempuan muraha!" Fariez: "Andaiku punya hati, inginku berikan kepadamu. Dan andai hatimu kumilik...