Bab 4

202 3 0
                                    

Sudah hampir tiga bulan Hafiqah berkerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Rizan.sepanjang berhikmad, barulah Hafiqah megenali kerenah dan perangai setiap penghuni di Vila Kasih. Walaupu mereka kaya, tapi mereka tidak sombong walaupun dengan orang gaji. Itulah yang membuat Hafiqah merasakan dirinya selamat untuk terus tinggal di sini.

Encik Hariez pun tidak pernah menyusakan dirinya. Tidak pula dia ambil kesah dengan aktiviti harian lelaki yang seorang itu. Biarlah dia dengan dunianya, asalkan dia bahagia. Hafiqah sedar, dia hanya menumpang di rumah orang.

Sehinggah kini, Hafiqah banyak belajar memasak dengan mak Teh, orang gaji yang telah lama berhikmat di Vila Kasih. Petang-petang dia diajar membuat kuih kegemaran penghuni di Vila Kasih tersebut. Barulah dia tahu,tuan Rizan dan encik Hariez suka makan jemput-jemput kentang dicecah dengan sambal kicap. Puan Hazrina pula suka makan puding jagung, mana kala kak Azrin, kakak encik Hariez suka makan pengat. Untuk encik Hariez, anak sulung keluarga itu, dia semenangnya tidak cerewat tentang bab makanan. Tapi bila dihidangkan kuih koci, memang boleh dihabiskan semuanya seorang. Airin, adik yang bongsu pula tidak begitu gemar dengan makanan tradisi. Dia gemar spageti goreng walaupun usianya baru mencecah lima belas tahun dan bakal menduduki PMR tahun ini.

Itu rutin harian Hafiqah semenjak tiga bulan yang lalu. Tampa ragu-ragu dia diterima berkerja di sini. Hubungannya dengan Airin juga sangat rapat. Dia sering mengajar Airin memasak spageti kegemarannya. Al-maklumla, Hafiqah mahir memasak spageti ketika zaman kolejnya. Tetapi, itu masih kekal menjadi rahasia hidupnya. Tiada kolej, tiada kerjaya. Dia sebagai Nurul Hafiqah yang baru. Yang menjadi pelarian di dunia sendiri. Orang gaji kepada tuan Rizan dan puan Hazrina di Vila Kasih.

"Hah! Tak ada kerja lain ke? Berangan je kerjanya. Kak Fiqah ni tak bosan ke berangan je? Sambil mencapai jemput-jemput kentang yang sedang ditoskan minyaknya di dalam bekas, sempat lagi Airin memeranjatkan Hafiqah.

Hariez yang berada dibelakangnya juga tidak disedari kehadirannya.

"Akak teringatkan abang Hariez, ye?" Keningnya diangkat sebelah.

"Airin jangan mengarutlah. Ada pulak ke situ. Akak tengah merangcang masa depan ni." sambil itu, tangan masih liat menggoreng jemput-jemput ke dalam kuali.

"Yelah itu. Fikirkan abang Hariez pun masa depan juga."

"Pandailah dia. Ni ha, akak fikirkan macam mana nak ajar Airin basuh baju,masak nasik, lauk-pauk. Ni untuk masa sepan Airinlah, bukan masa depan akak." Dengan sengehan di bibir dia mengankat tangan.

"Buat apa masa depan Airin pulak. Airi baru lima belas tahun. Baru nak ambil periksa tahu ni. Tak baik tau akak paksa-paksa Airin kahwin. Kak tu, nak jadi orang gaji sampai bila? Kahwin eje dengan abang Hariez tu. Dah kaya dah. Boleh dia makan jemput-jemput kentang tiap-tiap hari. Papa pun merasa sama." ujar Airin selamba sambil tangannya masih lagi menyuakan jemput-jemput ke mulut.

"Airin ni... Dengar dek abang Hariez kamu tu, malu tau akak. Akak ni orang gaji kamu je tau. Kalau setakat nak makan jemput-jemput kentang, tiap-tiap hari akak dan mak Teh boleh buatkan. Tak payah tunggu dia kahwin dengan akak pun." Hafiqah malu berbicara soal Hariez. Dia sedar diri. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Dia juga yang malu nanti.

"Yelah tu. Nanti kak Azrin balik dia kata nak ajak akak keluar sekali. Jom kak. Kita jalan-jalan. Mesti akak bosan duduk kat rumah aje, kan? Jomlah ye. Kan, abang Hariez?"

Rasa seperti mahu tercabut jantungnya saat itu bila tiba-tiba nama Hariez meniti di bibir Airin. Agaknya dia dengarlah tu apa yang dibebalkan oleh Airin sepanjang masa tadi. Dirasakan mukanya sudah merah saat itu. Mesti dah kembang salur darah di mukanya. Adoi... Si Airin ni memang nak kena tahu. Siap dia malam ni!

AWAK SAYA PUNYA!!Where stories live. Discover now