PART 5

182 14 0
                                    

SinB sudah seminggu lebih tidak datang ke sekolah. Begitu juga dengan Umji. Mungkin mereka ada schedule luar kot. Yeri rasa bersalah.

"Yeri ppali. Kita akan buat rehearsal sebentar lagi." Joy memangil Yeri.

"Nae."

Ketika hendak berjalan menuju ke pentas, mereka terserempak dengan anggota BTS tetapi tidak kelihatan pula Jungkook.

"Oh....Anyeonghasaeyo sunbaenim." Joy menyapa mereka semua. Memang joy yang paling ramah.

"Aigo. Red velvet. Anyeonghasaeyo." Hobie menyapa balik mereka.

Yeri yang dari tadi senyap ditegur J-hope. "Yeri-sshi, awak satu kelas dengan uri maknae Jungkook kan?"

Yeri hanya mengangguk sahaja. Dia malas untuk beramah mesra dengan sesiapa sahaja disitu.

J-hope sebenarnya ingin bertanyakan soalan mengenai hubungan Jungkook dengan SinB tetapi segera dimatikan apabila melihat riak muka Yeri yang kurang senang apabila ditanyakan soalan begitu.

Mereka berlalu ke atas pentas sambil menyanyikan lagu Ice Cream Cake dan Dumb Dumb.

Rehearsal tersebut telah berakhir kini tiba masa untuk encore. Kesemua artis naik ke atas pentas termasuklah Red Velvet, BTS dan Gfriend. Yeri yang perasan akan pandangan tajam SinB terhadapnya straight berdiri di belakang unnienya sebagai perlindungan.

"Yeri why berdiri dekat belakang ni? Marilah kita kedepan." Irene bertanyakan kepada maknaenya.

"Unnie pergilah depan. Saya rasa tak sedap badan lah pulak ni."

Kesemua member Red Velvet berdiri kehadapan sebaris dengan MC cuma Yeri yang duduk dibelakang. Dalam dia termenung tiba-tiba bahunya ditepuk.

"Buat apa dekat sini sorang-sorang? Why tak pergi depan sekali?" Jungkook bertanyakan kepadanya.

Yeri terkejut dan takut jika SinB nampak dia bersama Jungkook dan hubungan mereka akan bertambah lagi keruh. Yeri sebolehnya cuba mengelakkan diri daripada Jungkook.

Sepanjang tempoh seminggu ni, dia tidak bercakap dengan Jungkook dan cuba melarikan diri daripada lelaki itu. Dia tidak mahu bersua dengan lelaki itu lagi kerana sejak bertemu dengan Jungkook pelbagai perkara buruk menimpa dirinya.

"Ha....Saya....Hah saya tak sihat, thats why malas nak pergi depan. Pening nanti takut jatuh pula." Yeri cuba berdalih dan berlalu dari situ tetapi tangannya segera ditarik.

"Why awak jauhkan diri dari saya? Ada benda tak kena ke?"

"Jungkook sshi, janganlah macam ni. Tak takut ke kalau fans nampak? SinB nampak. Nanti apa pula diorang kata."

"Why nak kisahkan hal diorang? Please answer my question now!"

Kata-kata Jungkook tu menaikkan darah Yeri. Segera dibidas semula "Lepaslah. Sakit tahu. Eh memang suka eh jenis memaksa macam ni. Blah ah." Yeri menengking dan straight berlalu pergi dari situ. Hatinya sakit melihat perlakuan Jungkook sebentar tadi. Aduhai.

Jungkook kaku terdiam disitu. Mesti ada yang tak kena dengan Yeri ni.

SinB yang terpandang mereka berdua itu segera mengekori Yeri kebelakang pentas.
Dia mengekori Yeri sehingga berada dipenghujung lorong dan menarik Yeri ke dalam stor agar tidak dilihat orang lain.

"Ahhhhhhhh!"

"Baik kau diam sebelum aku tampar kau." SinB menolak Yeri sehingga badannya tersembam di dinding. Kedengaran kuat sekali hentakannya.

"Awak nak apa lagi? Saya minta maaf kalau saya lah penyebab hubungan awak putus."

Air mata Yeri sudah mengalir laju. Sakit haritu tak hilang lagi, kini bertambah lagi sakitnya.

"Aku sampai bila-bila pun takkan puas dengan kau perempuan jahanam!" SinB menarik rambut Yeri sekuat hatinya dan menampar pipi Yeri berulang kali. Yeri tidak mampu lagi melawan dan membiarkan sahaja tubuhnya dipukul.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Jungkook!"

Yeri hanya mengangguk lemah dan ketika itu seperti ada seseorang yang sedang masuk ke bilik itu.

"Kim Yerim! SinB! Apa yang kau buat ni?" Jungkook berlari mendapatkan mereka berdua. Mujurlah dia sempat ikut dari belakang tadi. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap Yeri sekiranya dia tidak ada disitu.

"Ini yang kau nakkan? Kau nak kita putuskan? Kau rasakan. Perempuan ni takkan hidup tenang."

"Kau tak malu ke kalau fans kau tengok hah perempuan." Jerkah Jungkook. Benar. Kini dia benar-benar menyesal kerana pernah memberi cintanya kepada perempuan berhati busuk ini.

"Biarkan! Aku memang nak semua fans aku tahu yang hati aku, maruah aku telah aku bagi dekat kau. Tapi, sekarang apa yang aku dapat? Kau malukan aku! Kau buat aku macam sampah lepas perempuan ni datang!"

SinB yang mahu keluar dari situ segera tanggannya ditarik "Aku takkan biarkan kau hidup senang juga. Kau memang layak diperlakukan sebegitu. Cuma silap aku, dari dulu kenapa tak layan kau macam sampah. Perempuan macam kau tak layak hidup kat bumi ni. Aku akan pastikan kau juga merana. Siap kau perempuan!" Jungkook memperingatkan SinB sebelum menolaknya keluar dari bilik itu.

Kini pandangannya tearah kepada Yeri. Dia masih menangis disitu.

"Yeri jom saya bawak awak ke hospital."

Yeri menggeleng.

"Lah kenapa? Jomlah. Teruk luka awak tu." Nada suaranya lembut sahaja tidak seperti ketika dia memarahi SinB tadi.

"Jungkook, cukuplah. Semenjak saya kenal awak, nasib malang selalu menimpa saya. Awak tak kesian ke dengan saya? Luka yang haritu pun belum benar-benar sembuh. Tolonglah jauhkan diri dari saya. Saya nak hidup saya yang dulu, yang takde musuh. Bahagia dengan orang sekeliling. Saya minta tu saje." Yeri merayu kepadanya agar menjauhkan diri.

Jungkook sedih sekali dengan permintaan Yeri tetapi dia yakin, jika itu boleh membuatkan Yeri bahagia, ya dia akan lakukan.

"Okay. Kalau itu yang awak mahukan, saya akan buat. Maafkan saya Kim Yerim kerana sebab saya awak banyak terluka." Jungkook pergi berlalu dari situ dengan hati yang berkecai. Air mata mula terbit dari tubirnya. Tak sanggup rasanya dia mahu meninggalkan perempuan yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun dia terpaksa melakukan.

Yeri duduk terdiam disitu dan terus menangis. Jujur hatinya sedikit terusik dengan kehadiran Jungkook. Sebenarnya dia sangat senang dengan Jungkook tetapi apakan daya, segalanya harus diakhiri.

Dia harus bangkit dan cuba hidup yang baru. Sebelum ni, ketika mendapat tahu bahawa dia tidak berjaya menjadi ahli kumpulan Red Velvet, hatinya sangat sedih. Yelah mahu berpisah dengan unnienya. Tetapi selepas dirinya berbincang dengan SM Entertainment, akhirnya dia berjaya mendapat tempat. Dan pada ketika itu dia berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan menangis lagi dan akan melalui hari-hari yang mendatang dengan senyuman.

Kini air matanya berulang kembali dan semua itu disebabkan lelaki bernama Jeon Jungkook.

HATE BECOME LOVE [JUNGKOOK x YERI] ♥️ JUNGRIWhere stories live. Discover now