Selepas tempoh kejadian, Yeri dan Jungkook tidak pernah bertegur sapa lagi. Masing-masing buat hal sendiri. Yeri sangat busy dengan schedule nya dan begitulah juga Jungkook.
"Okay class, saya nak tanya any perkembangan pasal project documentary you all?" Teacher Lee memulakan classnya pada pagi itu.
Yeri hanya tertunduk diam sahaja kerana satu pun belum dilaksanakan lagi. Lagi lagi hubungannya dengan Jungkook dingin, memang tak siaplah jawabnya project tu.
"Yeri terangkan pasal perekembangan documentary awak. And any progress yang telah awak buat."
Yeri bangun perlahan-lahan. Didalam hatinya sudah berbisik apa yang harus dikatakan kepada Teacher Lee. Hmm "Actually teacher, saya ingin buat documentary pasal music entertainment tapi..........."
"Tapi apa?"
"Like this, kami telah merakam documentary disekitar big hit and sm dan juga telah menginterview beberapa orang idol. Setakat itulah progress kami." Jungkook segera mencelah sebelum Yeri kena marah dengan Teacher Lee.
"Okay good."
Yeri serba salah sama ada mahu mengucapkan terima kasih kepada Jungkook kerana telah menyelamatkan dirinya ataupun tidak.
Class pada haritu berjalan dengan lancar, sehingga waktu pulang Yeri bertekad untuk mengucap terima kasih dan sorry kepada Jungkook atas tempoh haritu. Dia yakin jika perang dingin ini diteruskan, project documentary mereka tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"Jungkook sshi!"
Jungkook terdengar ada orang memanggil namanya, segera ditoleh kebelakang.
"Hm?"
"Boleh kita bercakap sebentar?" Yeri membuatkan muka kesiannya.
Aigo~comelnya. Muka ini lah yang dirindui Jungkook sejak mereka bergaduh dulu.
"Sure can. Jom lepak dekat padang."
Mereka berdua jalan beriringan ke padang sekolah dan duduk di bangku hujung padang tersebut.
"Apa yang awak nak cakapkan?" Jungkook memulakan bicara kerana Yeri kelihatan sedikit awkward dengannya.
"Saya nak minta maaf sebab marah awak haritu and thank you sebab selamatkan saya harini."
Yeri menundukkan mukanya kerana malu untuk bertentang mata dengan Jungkook.
"Hm, sama sama."
"Tu je? Awak maafkan saya tak?"
Jungkook menghelakan nafas berat sebelum memulakan percakapannya. "Jujur saya cakap, saya ni bukan seorang yang pemaaf tau. Awak tahu tak luka hati saya bila awak buat saya macam tu. Saya cuba nak selamatkan awak, tapi awak pula yang suruh saya tinggalkan awak."
Air mata Yeri sudah mula terbit, dia sendiri tidak tahu mengapa mudah air matanya mengalir jika berhadapan dengan lelaki ini. Mudah sahaja dia menunjukkan dirinya yang lemah.
"Saya.....Saya bukan sengaja. Saya tak nak orang pandang saya jahat kerana menyebabkan awak berdua putus. Awak tahu tak dekat luar tu ramai yang benci saya, sudahlah mereka tak suka saya masuk group Red Velvet. Saya taknak diorang benci saya. Sebab tu je saya nak jauhkan diri dari awak."
Jungkook memandang Yeri dengan penuh kasihan. Dia tahu kerana dia sering search mengenai Yeri di internet dan rata-ratanya ramai orang membencinya dan tidak suka dia menyertai Red Velvet.
Jungkook kalah kali ini. Dia tidak suka tengok perempuan yang dia suka menangis.
"Okay. Okaylah. Saya boleh maafkan awak, tapi dengan satu syarat."
"Hah? Apa syaratnya?"
"Awak kena temankan saya makan malam ni. Boleh?"
Yeri terdiam seketika. Dia berfikir pasal unnie dan schedule nya. Okay malam ni dia free. Tapi....
"Kalau fans awak nampak macam mana?"
"Don't worry. Kita gi makan tempat yang privacy. See you at 8pm okay."
Jungkook berlalu pergi dari situ kerana managernya sudah sampai. Dia teruja untuk dinner malam ni bersama Yeri.
Aigo~rindunya senyumannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/75037548-288-k571743.jpg)
YOU ARE READING
HATE BECOME LOVE [JUNGKOOK x YERI] ♥️ JUNGRI
RomansaMengisahkan tentang pertemuan Yeri dan Jungkook dia Hanlim Art School. Permulaannya, Yeri sangat bencikan Jungkook kerana layanan yang diberikan terhadap dia terlalu istimewa. Yeri bersekolah disitu sejurus dia dapat masuk ke SM ENTERTAINMENT. Mana...