Setelah kejadian yang memalukan di tandas itu, Yeri seboleh-bolehnya cuba melarikan diri daripada Jungkook kerana dia merasakan dirinya akan menerima musibah jika berhadapan dengan Jungkook.
"Yeri. Homework semalam dah siap?" Sujeong menerpa Yeri yang kelihatan kusyuk melukis arca.
"Homework yang mana? Kan semalam banyak homework?"
"Homework teacher Lee. Sebab harini dia nak check."
"Oh. Yang tu dah siap. Saya dah siapkan awal-awal lagi." Yeri tersenyum kerana dia yakin homeworknya itu telah disiapkan dan awal lagi sudah disimpan didalam bagnya.
"Stand up class. Good morning Teacher." Monitor class memberi arahan yang diikuti oleh yabg lain.
"Okay class, keluarkan homework semalam. Letak atas meja. Saya nak check." Suara tegas teacher Lee membuatkan Yeri gerun dengannya.
Apabila buka bagnya, Yeri dapati yang buku tu tiada dalam bagnya. Hairan. Semalam awal lagi sudah disiapkan dan disimpan didalam bagnya.
"Hah, Yeri mana buku awak?"
"Hmmm....Hmmm.... Teacher, saya ada bawa buku tu tapi bila saya check sekarang dah takde." Yeri seperti cuak sekali kerana risau teacher akan memarahinya.
"Huh? Jangan buat alasan bodoh ya. Pabo. Buku awak tu halimunan ke? Nak hilang pula. Kalau tak bawak, cakap je tak bawak. Saya taknak dengar sebarang alasan."
Yeri yakin pasti satu blocknya dengar akan jeritan teacher itu. Dia seperti mahu menangis sahaja.
"Sekarang saya nak kamu keluar dari kelas ni. Saya taknak tengok lagi muka kamu dalam kelas ni." Teacher Lee lantang dan menunjukkan jalan keluar.
Yeri menundukkan muka keluar dari kelas itu. Air matanya sudah menitik-nitik keluar dari tubirnya. Sujeong juga tidak dapat membuat apa-apa. Jika dia mahu menolong Yeri, sudah pasti dia juga akan dimarahi.
Di satu sudut kelas, SinB kelihatan tersenyum bahagia apabila berjaya mengenakan Yeri. Hatinya sungguh bahagia sekali apabila dapat mengenakan Yeri. Sebenarnya dia yang menyorokkan buku Yeri.
Yeri menuju ketandas, dia mahu menangis sepuas-puasnya. Hatinya sungguh sakit sekali apabila ada orang yang cuba menganiayainya.
Sejurus kelas tamat, Umji kawan baik SinB datang kepadanya.
"SinB unnie, buku ni nak letak mana?" Umji bertanyakan kepada SinB sambil memegang buku Yeri.
Jungkook yang duduk disebelah SinB terpandang akan buku tu. Manakala SinB memberi isyarat mata kepada Umji agar dia menyimpan dengan segera buku tersebut.
"Mwuh? Itu bukan buku Yeri ke?" Jungkook mengambil buku tersebut dari pegangan Umji.
"Err..Err... Saya terjumpa buku tu tadi. Hah, terjumpa." Umji menjawab dengan keadaan sedikit tergagap-gagap.
"Macam mana boleh terjumpa? Ke awak sembunyikan?" Jungkook sudah dapat menggagak plan mereka itu.
"Eh, sayang dah lah jom pergi makan. I laparlah. Biarlah buku tu. Umji pun kata dia terjumpa, means dia terjumpalah. Takkanlah Umji nak sorokkan buku Yeri. Buang masa je." SinB cuba mengalihkan pandangan dan fikiran Jungkook sebelum rahsianya terbongkar.
Jungkook masih lagi tidak puas hati, tetapi dimatikan saja niatnya itu kerana perutnya juga terasa lapar sekali.
"Yeri, awak okay tak? Nampak teruk je mata tu nangis." Sujeong khuatir dengan Yeri harini apabila mata Yeri kelihatan bengkak sekali.
"Saya okay. Awak jangan risau. Cuma saya nak tahu siapa punya angkaralah yang suba sembunyikan buku saya tu. Sebabnya saya yakin sangat yang semalam buku tu ada je dalam bag saya but bila check balik pagi tadi, buku tu dah hilang."
"Saya taknak menuduh. Tapi kalau diikutkan, musuh awak dalam sekolah ni cuma Jungkook seorang sahaja. Mana tahu angkara dia ke." Sujeong cuba memberi pendapat.
"Iye. Betul juga tu. Kerana dia seorang sahaja yang benci sangat dengan saya." Yeri mula memikirkan suspek utamnya, Jungkook. Kalau memang betullah Jungkook yang menyembunyikan buku dia, dia pasti tidak akan memaafkannya sampai bila-bila.
Sedang mereka berdua leka makan, Yeri tepandang akan Jungkook dan SinB. Mereka kelihatan seronok sekali sambil menyuapkan makan ke mulut masing-masing.
"Eleh fikir sweet." Yeri bermonolog sendirian.
Eh jelous ke Kim Yerim?
"Sujeong nanti balik sekolah, awak temankan saya pergi kedai buku star boleh?"
"Boleh."
Yeri sudah mulai serasi berkawan dengan Sujeong kerana dia merasakan bahawa Sujeong senang menolongnya ketika susah dan sangat baik hati.
Sesi persekolahan pada kali ini sudah tamat. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai buku yang terletak tidak jauh dari sekolahnya.
"Tolonggggggg............"
Yeri terdengar sayup-sayup jeritan orang meminta tolong.
"Awak dengar tak orang minta tolong?" Yeri meminta kepastian Sujeong.
"Yelah. Saya pun dengar juga. Mari kita cari dari mana suara itu datang." Sujeong menarik tangan Yeri dan berlari kearah suara tersebut.
Alangkah terperanjatnya apabila mendapati Umji sedang berpaut pada longkang yang sedang mengalir deras.
"Ommo. Umji-yyah. Oh. Ottokae." Sujeong dan Yeri menjerit kerana terperanjat.
"Yeri, Sujeong. Tolonglah saya." Umji sudah menangis kerana takut dia tidak dapat bertahan lama untuk berpaut pada tebing longkang itu. Jika dia terlepas, sudah pasti dirinya akan dihanyutkan air yang deras sekali.
"Yyah pegang tangan saya. Saya akan tarik awak." Yeri segera bertindak kerana risau akan keadaan Umji. Walaupun dia tahu yang Umji merupakan kawan baik SinB, namun tidak sampai hati dia ingin membiarkan Umji sebegitu rupa.
Dengan menggunakan segala tenaga yang dia ada dan dibantu oleh Sujeong, akhirnya Umji berjaya ditarik keluar dari longkang besar itu.
"Umm...thanks sebab sudi tolong saya." Umji menunduk malu.
"Tak mengapalah. Harini awak susah, mana tahu esok lusa kami pulak susah. Hah nanti awak boleh lah tolong kami pula." Balas Sujeong dengan ramahnya kemudian menyambung lagi "Okaylah kami gerak dulu."
"Errrrr.....Ye...Yeri."
"Mwuh?" Yeri menoleh semula ke belakang.
"Saya ada benda nak cakap dengan awak."
Yeri kelihatan pelik. Benda apa ya? Hmn
"Saya sebenarnya nak minta maaf. Sebenarnya saya lah yang menyorokkan buku awak pagi tadi. SinB yang suruh saya buat begitu."
"MWUHHHHHH?" Yeri sudah mula panas apabila mendengar kenyataan yang baru dikeluarkan Umji sebentar tadi.
"Saya minta maaf. SinB yang paksa saya buat macamtu. Katanya kalau saya tak buat, dia akan keluarkan saya dari group Gfriend." Umji kembali menangis semula.
"Aigooo~ saya tak tahu nak cakap apa. Benda pun dah jadi. Nak marah pun dah tak guna. Teruknya perangai SinB ni. Sama je macam boyfriendnya. Memang sepadan lah tu. Awak tak perlu risaulah, bukan dia yang berhak tentukan kedudukan awak dalam group tu. Dah lah baliklah. Bersihkan diri awak." Balas Yeri dan berlalu pergi. Dia risau jika lama-lama dia disitu, mungkin dia akan menolak Umji semula ke dalam longkang.
Didalam hatinya berfikir sejenak, apalah yang mereka benci sangat dengan dirinya sampai sanggup menganiayai nya.
YOU ARE READING
HATE BECOME LOVE [JUNGKOOK x YERI] ♥️ JUNGRI
RomanceMengisahkan tentang pertemuan Yeri dan Jungkook dia Hanlim Art School. Permulaannya, Yeri sangat bencikan Jungkook kerana layanan yang diberikan terhadap dia terlalu istimewa. Yeri bersekolah disitu sejurus dia dapat masuk ke SM ENTERTAINMENT. Mana...