Chapter 1

492 32 3
                                    

Fauzi tersedar dari tidurnya dan mendapati dia berada di dalam sebuah lif yang bergerak laju ke atas.Pergerakan laju itu menggegarkan lantai lif itu.Dia jatuh terduduk lalu bahagian belakang badannya terhempas pada dinding lif itu.
   Peluh di dahinya terus menitis walaupun keadaan di dalam lif itu sejuk.Dia cuba berdiri semula,beberapa saat kemudian,dia jatuh terduduk semula dan badan belakangnya terhentak pada dinding logam yang keras.Dia memeluk kakinya agar tidak bergerak lagi.Dia menutup matanya rapat dengan harapan agar kegelapan lif itu bertukar cerah. Barang-barang yang ada di dalam lif itu juga turut bergegar dan melantun beberapa kali.Bau minyak dan cuka yang tumpah menukarkan udara di sekelilingnya menjadi masam.Bau itu menusuk rongga hidungnya.
    Dia berasa sangat teruk dan loya.Dia mahu menangis, tetapi air matanya kering akibat kesejukan lif itu.Dia hanya mampu duduk di penjuru lif itu dan menunggu.Nama aku Fauzi, hanya itu yang bermain di dalam fikirannya,satu-satunya perkara yang dia boleh ingat tentang hidupnya.Dia langsung tidak tahu bagaimana semua itu terjadi.Fikirannya berfungsi seperti biasa.Dia cuba untuk mengira.
    Pengetahuan yang membanjiri fikirannya langsung tidak dapat difahaminya.Dia langsung tidak tahu tentang asal usulnya dan nama ibu bapanya juga.Dia langsung tidak ingat sesiapa pada masa silamnya.
    Lif itu meluncur laju ke atas.Fauzi terperanjat apabila terdengar bunyi ketukan dari dalam sangkar yang juga berada di dalam lif itu.Masa berlalu begitu sahaja.Dia merasakan bahawa dia berada di dalam lif tersebut selama 30 minit bahkan juga dia merasakan bahawa dia berada di dalam kurungan besi itu sepanjang hidupnya.
   Perasaan Fauzi bertukar dari pelik menjadi takut.Mukanya bertukar pucat,tangannya bertukat sejuk begitu juga dengan kakinya.Digantikan pula dengan rasa ingin tahu.Dia mahu tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku.Pergerakan lif yang semakin pantas itu membuatkan Fauzi terkejut.Dia segera berdiri.Dia berasa sangat cemas.Sekian kalinya,pergerakan pantas lif itu membuatkan punggunggnya bertemu lantai besi itu semula.
    Setelah beberapa ketika berlalu,keadaan menjadi tenang.Satu minit berlalu,dia meraba raba di dalam kegelapan mencari jalan keluar dari kurungan logam itu.Dia menggunakan kedua dua belah tangannya.Perbuatan itu diulang berkali-kali,ternyata usahanya hanya sia-sia.Dia hanya dapat merasakan dinding logam yang sejuk.Fauzi terduduk lalu memeluk kakinya dalam kekecewaan.Dia tercungap cungap seperti hantu mengerang kematian.
    Kemudian,Fauzi menjerit meminta bantuan.Dia juga menumbuk dinding menggunakan tangannya.Sekali lagi Fauzi pasrah terduduk di penjuru lif itu.Tangannya yang menggeletar dilipatkan semula.Perasaan takut kembali menyelubungi jiwanya.Dia berasa risau dan dadanya seperti ditimpa sesuatu."Sesapee!!!!Tolong aku!!!!Tolong!" dia menjerit.Setiap perkataan yang merobek tekak mentahnya nyaring bergema di dalam lif itu.Dia menarik nafas sedalam dalamnya apabila ternampak garisan cahaya memancar dari atas lif itu.
     Pintu di atas lif itu terbuka luas.Selepas berada lama dalam kegelapan,cahaya menikam matanya.Penglihatannya agak kabur ketika itu.Kedua-dua belah tangan melindungi matanya dari cahaya yang memancar terang.Kedengaran bunyi suara sumbang remaja-remaja yang bercakap tentang sesuatu..

"Tengok budak tu"
    
"Agaknya berapa umur dia?"

"Nampak macam klunk pakai t-shirt."

"Kau macam klunk buat muka."

"Korang,lif ni bau macam kaki busuk!"

"Greenie,aku harap kau suka perjalan datang ke sini"

"Takde pakej perjalanan pulang, Bro."

    Fauzi dilanda pelbagai kekeliruan.Dia hanya dapat melihat bayang bayang tanpa bentuk dan hanya dapat mendengar suara orang bercakap.Suara asing yang bergema itu membuatkan dia berasa sangat tidak selesa.Dia cuba menyesuaikan matanya dengan keadaan sekeliling.
    Akhirnya,penglihatannya bertukar jelas.Bayang-bayang tadi bertukar menjadi bentuk badan orang yang sedang membongkok melihat ke dalam lif di mana dia terbaring.
    Stefanus turun ke dalam lif itu menggunakan tangga.Jantung Fauzi berdegup kencang sebaik sahaja Stefanus menghampirinya.Bayang-bayang Stefanus menghalang cahaya mentari dari memancar ke muka Fauzi.Stefanus membongkokkan badannya lalu berkata."Selamat datang ke Glade..Rise and Shine Greenie."Stefanus menarik baju Fauzi keluar dari lif lalu mencampakkan dia ke tanah.

"Day One greenie." Stefanus tersenyum lebar kepada remaja yang lain.
    

Run AwayWhere stories live. Discover now