Chapter 6

171 17 9
                                    

Mereka yang memegang tombak hanya mampu tunduk merenung tanah.Perasaan kecewa dan sedih menyelubungi jiwa kerana pemergian Jia Yu.Fauzi tahu mereka berbuat demikian kerana ingin menjaga keselamatan glader lain.

Haziq memandang orang ramai,"He belongs to the maze now,".Dia terus berjalan melepasi Fauzi yang sedang tergamam.Kemudian,diikuti oleh Harun dan Nafiz.Mereka semua bersurai,kembali melakukan kerja masing-masing.

Hari kedua Fauzi agak suram,mungkin kerana Jia Yu menyerangnya tadi.Dia masih trauma dengan kejadian tadi.Ketika dia melakukan kerja dengan Harun,mereka hanya menyepi,tidak mahu berkata apa-apa.

"Run,agaknya apa jadi dengan dia ek?" Fauzi memecah kesunyian.
"Siapa?Oh Jia Yu eh?Tah laa aku pon tak tau..." Harun terus melakukan kerjanya.

~

Malam itu agak sunyi,tidak seperti malam menyambut kedatangan Fauzi.Semua glader tidur awal manakala Stefanus berada di dinding konkrit di mana banyak nama terukir di permukaan dinding itu.Dia sedang memotong nama Jia Yu menggunakan pahat.Beberapa orang remaja lain menyuluh obor bagi memudahkan kerjanya.Air mata Stefanus mengalir ketika memotong nama tersebut.

"Hey zim." Fauzi memulakan perbualan dengan Hazim yang sedang berbaring di tempat tidurnya sambil termenung.

"Ape?" Hazim berpaling memandang Fauzi.

"Kau rase dia selamat tak?" Fauzi.

"Dia?Jia Yu?Tak.Kau kene lupakan je dia.Takde sape selamat satu malam dalam maze tu."Hazim.

" Hmm,kenapa dia cakap ni semua salah aku? " kata Fauzi lagi.

"Entahla,baik kau tido sekarang,tak payah pikir sangat la." Hazim.

"Aku rasa an,aku nak jadi runner la." Fauzi.

Dia terdengar bunyi dengkuran yang datang dari Hazim."Ish dia ni tido pulak."Fauzi mengeluh.

Dia berbaring memandang langit yang dihiasi bintang. Setiap kali dia memejamkan matanya,dia ternampak Jia Yu menerkamnya.Wajah remaja sakit itu terpampang,memenuhi fikirannya.Dia juga masih terdengar tangisan Jia Yu agar tidak dihalau ke dalam maze.

Fauzi tahu dia tidak akan lupa detik dahsyat di deathheads tadi.

Beberapa jam kemudian,hanya Fauzi sahaja yang masih berjaga. Dia mahu menangis,tetapi dia menahan air matanya. Dia mahu mencari Haziq dan menumbuk mulanya, tanpa sebarang sebab. Dia mahu menjerit dan membuka pintu lif itu dan melompat ke dalam kegelapan di dalamnya.Tetapi dia tidak melakukannya.

Dia memejamkan matanya dan memaksa dirinya untuk tidur. Akhirnya dia tertidur.

"Fauzi..."
"Kau boleh dengar tak?"
"Wicked is good,"
Fauzi ternampak beberapa orang remaja di dalam tiub yang dipenuhi air,kelihatan seperti Harun.Fauzi juga dipaksa untuk membuat pembedahan.Semuanya kabur ketika itu.

Semuanya kabur ketika itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Run AwayWhere stories live. Discover now