Remaja-remaja tadi terus mengerumuni Fauzi.Dia berdiri lalu menepuk baju dan seluarnya yang berdebu.Pemglihatannya masih anti dengan cahaya.Matanya berasa terlalu sakit untuk melihat kawasan sekeliling dengan teliti.
Remaja remaja itu mengelilingi Fauzi dalam bulatan sambil merenung Fauzi.Harun dan Previnesh mendekatinya dan mencucuk dia dengan jari beberapa kali.Kira-kira 50 remaja berada di situ.Pakaian mereka agak kotor dan berpeluh seolah-olah mereka telah bekerja keras untuk meneruskan kehidupan.Fauzi tiba-tiba berasa pening.Matanya berkelip.Dia kini berada di lapangan yang berukuran seperti 2 padang bola sepak yang dikelilingi oleh empat dinding besar yang diperbuat daripada batu kelabu dan dilindungi dengan ivy yang menebal.Ianya berketinggian kira-kira 600 kaki.
"Tengok Greenbean tu,"Stefanus.
Beberapa orang remaja ketawa.
"Diamlah Stef,"Hazim membalas dengan suara yang perlahan.
Tumpuan Fauzi kembali pada berpuluh-puluh remaja yang tidak dikenali.
"Aku dekat mana ni?"Fauzi. bertanya.
"Dekat tempat yang baik"Previnesh.
"Aku dah bagitau kau,"Zubir membalas dengan suara yang nyaring.
"Muka dia macam klunk.maybe sesuai jadi tukang masak hahaha"Imran mencelah.
Mereka ketawa terbahak-bahak.Fauzi berasa keliru sekali lagi apabila mendengar banyak kata-kata yang dilemparkan kepadanya.Dia langsung tidak faham tentang perbualan mereka,seolah-olah ingatannya telah dicuri.Perasaan ingin tahu, panik,takut semuanya bercampur.
Bangunan kayu lama yang ada di penjuru dataran berumput itu kelihatan sangat berbeza dengan tembok kelabu yang tinggi itu.Fauzi ternampak kebun jagung,tomato dan tumbuhan lain.Langit kelihatan cerah,namun Fauzi tidak dapat melihat matahari kerana dihalang oleh dinding tinggi tersebut.
Fauzi menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menyesuaikan diri.Dia mengimbas muka remaja-remaja itu sekali lalu.Stefanus berjalan ke arahnya sambil memegang pisau.Mukanya kelihatan marah.Dia memandang muka Fauzi kemudian menggelengkan kepalanya lalu berpaling.
"Kau akan belajat satu-satu,mulai esok kau kene buat bahagian kau.Jangan rosakkan apa apa."Stefanus.Fauzi hanya terpinga-pinga mendengar kata katanya." Yang tu Haziq.Dia tengah tunggu kau."kata Stefanus sambil menunding jarinya kepada Haziq.Fauzi segera berpaling melihat Haziq.Dia terus berjalan ke bawah pokok di mana tempat Haziq menunggu.
Fauzi berdiri di hadapan Haziq sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Haziq menyambut tangannya."Sekarang,bagitau aku semuanya,aku dekat mana,kenapa aku ada dekat sini..."Fauzi cuba mendapatkan kepastian.Sekali lagi orang ramai melihat Fauzi dengan perasaan curiga."Serius," katanya dengan penuh keberanian. "Aku kat mana sekarang ni?"Fauzi mendesak."Kau takut?Jangan takut,kitorang tak makan orang,kitorang pon takkan campak kau ke tebing."Haziq berkata dengan tenang." Kalau aku campak kau dekat tebing,dah tentulah aku ni psycho."Haziq."Tebing?"Fauzi bertanya."Lupakan jelah,"Haziq."Ain't no way to start these conversations, you get me? We don't kill shanks like you here, I promise. Just try and avoid being killed, survive, whatever."Haziq.
Fauzi menyedari mukanya bertukar pucat setelah mendengar kata-kata Haziq."Aku tak bagus sangat mengajar greenie baru sebab ni kali pertama aku mengajar."Haziq berkata lagi."Biasanya siapa yang mengajar?"Fauzi."Syafie..."Haziqmengeluh."Habistu mana dia?"Fauzi."Dead"Haziq berkata dengan nada perlahan
Mata Fauzi terbuka luas mendengar perkara itu.Seorang lelaki datang dari belakang Haziq lalu memukul badannya."Amacam ziq?"suaranya agak halus.Remaja yang berambut hitam dan berbadan kurus itu kemudiannya memandang Fauzi."Nama aku Harun,Greenie," Harun.Fauzi mendekatinya lalu menggenggam tangan Harun yang telah dihulurkan.Dia menggoncang tangan Harun.Mereka saling berpandangan sambil tersenyum.
"Tempat ni namanya Glader,tempat tinggal kita,tempat kita makan dan tempat kita tidur.Tu je yang kau-" tidak sempat Haziq menghabiskan kata-katanya,"Siapa hantar aku kat sini?Macam ma-"Fauzi.Haziq menarik baju Fauzi."Diamlah Shank!"Haziq"Jangan menyampuk lah tak guna!"Haziq menjerit di depan mukanya.
"Kalau aku bagitau semua,mesti kau akan mati!"Haziq. " Aku langsung tak faham apa kau cakap."Fauzi berkata perlahan-lahan.Harun mendekati Haziq lalu memegang bahunya."Hey Ziq,kau langsung tak membantu...kau tau kan?"Harun.Haziq melepaskan baju Fauzi dan melangkah ke belakang.Dia menarik nafas dalam."Tak ada masa nak berlembut,greenbean.Hidup yang lama dah tamat.Kita kene fokus dengan kehidupan sekarang.kau kene belajar apa yang kau perlu buat,dengar dan jangan cakap apa-apa.You get me?"kata Haziq dengan suara yang lembut.Fauzi memandang Harun dengan harapan untuk mendapatkan bantuan.Harun mengangguk."Greenie,you get him,right?"Harun mengangguk.
Fauzi berasa seakan akan ingin menumbuk seseorang tetapi dia menahan perasaannya itu.Dia hanya berkata" Ya"."Ok bagus"kata Haziq."Harini,hari kau yang pertama.Kitorang nak buat sesuatu untuk kau.Dah nak malam ni.Runners pon sampai jap lagi.Kau datang lambat,jadi takde masa untuk lawatan kawasan sekeliling."Haziq memandang Harun."Tunjukkan tempat tidur dia."Haziq."Okay"Harun mengangguk.Mata Haziq kembali memandang Fauzi. "Minggu-minggu kau kat sini pastinya gembira.Aku harap kau dapat tolong kitorang buat keje dekat sini.Hidup baru kau start esok." Haziq berjalan pergi dari Harun dan Fauzi.
Remaja-remaja yang lalu lalang di situ memberikan pandangan yang menjengkelkan kepada Fauzi.Fauzi melipat tangannya lalu menutup matanya.Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya.Dia berasa agak kecewa.Di manakah dia berada sekarang?Adakah ini penjara?Jika betul,mengapa dia dihantar ke sini dan berapa lama dia akan tinggal di sini?.Air mata mula mengisi ruangan matanya,tetapi sekali lagi dia cuba menahan air mata tersebut."Apa yang aku dah buat?" dia berbisik suapaya tiada siapa mendengarinya."Kenapa diorang hantar aku kat sini?
Harun menepuk bahu Fauzi lalu memusingkan badannya.Harun memandang ke dalam mata Fauzi."Greenie,apa yang kau rasa...kitorang semua pernah rasa.Kitorang semua dah lalui hari pertama dekat sini...keluar dari kotak gelap tu...terpinga-pinga...tak tahu apa yang jadi...keadaan masa tu teruk,tapi percayalah,keadaan akan jadi lebih teruk tak lama lagi."kata Harun dengan nada yang sayu.
"Ni penjara ke?" Fauzi curiga. "Dah siap tanya soalan?"Harun menjawab." Takde jawapan yang bagus untuk soalan kau tu,belum ada lagi,Sekarang,lebih baik kita diam je.You need to accept the changes."Harun.Fauzi terdiam.Fikirannya buntu.Matanya merenung tanah."Hazim akan uruskan tempat tidur kau" Harun menyambung ayatnya."Orangnya rendah,kulit tak gelap tak cerah dan dia kurus orangnya.Tunggu sini,nanti aku datang balik."Harun.
Tidak sempat Harun menghabiskan ayatnya,kedengaran jeritan yang nyaring.Remaja lain memalingkan perhatian mereka kepada jeritan yang nyaring itu.Fauzi merasakan bahawa jeritan itu datang dari salah satu bangunan kayu berhampiran.Harun tersentak seolah-olah terkejut.Dahinya berkerut dalam kebimbangan. "Shuxck it." katanya."Takde sape ke boleh jaga budak tu 10 minit tanpa bantuan aku...ish"Harun mengeluh.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya."Carik Hazim,bagitau dia,dia kene uruskan tempat tidur untuk kau."Harun.Dia segera berpaling dan berjalan menuju ke arah bangunan tersebut.Fauziduduk bersandar pada sebatang pokok.Sekali lagi dia memeluk kakinya dan memejam mata.Dia berharap dia akan terjaga dari tidur dan semua yang dilaluinya hanyalah mimpi...
YOU ARE READING
Run Away
Science FictionApabila Fauzi terjaga di dalam lif, satu-satunya perkara yang dia boleh ingat ialah namanya sahaja. Dia dikelilingi oleh remaja-remaja lelaki yang juga kehilangan ingatan. "Selamat datang ke Glade." Dinding batu yang mengelilingi Glade adalah sanga...