Chapter 5

180 16 6
                                    

"Fauzi..." Fauzi menyebut namanya dengan perlahan.Tiba-tiba ada tangan singgah menutup mulutnya.Fauzi terjaga dari tidurnya yang lena."Shh...kau taknak kejutkan Hazim kan."kata Haziq setelah mengalihkan tangannya dari mulut Fauzi."Ikut aku."Haziq.

Fauzi bangun dari tempat tidurnya lalu mengekori Haziq.Dia masih terpinga-pinga dengan mimpinya semalam.

Keadaan glade pada pagi itu agak tenang.Sinaran mentari terpancar riang menghujani rumput dan pokok di situ.Embun baru mula menyejat.

"Tenang kan?Tapi susah nak percaya,bukan selalu tenang camni.We have dark days,ramai orang mati,panik" Haziq berkata dengan nada sayu.Mereka berdua terus berjalan ke salah satu bahagian dinding kelabu yang tinggi itu.Pada dinding itu,terdapat banyak huruf yang disusun menjadi nama orang.

"Apa ni?" Fauzi bertanya sambil menelaah dinding itu."Ni nama orang yang tinggal dekat glade.Aku nak kau tulis nama kau"Haziq memberikan pisau yang ada di tangannya.Fauzi ternampak nama Syafie yang sudah dipotong."Apa jadi dengan nama orang yang kene cross ni?".Haziq hanya menggelengkan kepalanya.Dia kelihatan amat sedih.Terdapat juga nama lain yang dipotong.Fauzi pon mengukir namanya tanpa sebarang soalan.

Beberapa minit berlalu...

"Jom,ikut aku" Haziq memberi arahan.Fauzi berjalan mengikuti Haziq,menyangka lawatan sudah bermula secara rasminya.

Mereka bermula dengan kotak lif yang ditutup dua pintu logam.Bayang-bayang Fauzi dan Haziq dapat dilihat di atas pintu logam itu,walaupun matahari masih belum kelihatan.

Haziq menunjuk pintu lif itu."this is the box.Sebulan sekali, kitorang akan dapat Newbie macam kau.Seminggu sekali, kitorang akan dapat bekalan dan pakaian.Tak lah banyak sangat bekalannya,tapi cukup untuk kita hidup kat sini."

Fauzi mengangguk.Seribu satu soalan berlegar-legar di fikirannya.

"Kita tak tahu pasal Box ni,faham?"Haziq menyambung"Dari mana ia datang, macam mana  bole sampai sini, siapa yang hantar. Orang yang hantar kitorang kat sini tak bagitau apa apa'.Semua yang kita ada sekarang datang dari kotak ni.Lif ni takkan turun selagi ada orang dekat dalam.

Haziq terus bercakap,mengabaikan Fauzi yang keliru. "Glade dibahagikan kepada empat bahagian." "Gardens,Bloodhouse, Homestead, Deadheads.Faham? "

Fauzi menggeleng-gelengkan kepalanya kerana keliru.

Kelopak mata Haziq yang terkebil-kebil menunjukkan bahawa dia suka mengajar Fauzi.Dia menunjuk ke sudut timur laut,di mana ladang-ladang dan pokok buah-buahan terletak. "Garden,tempat kita tanam tanaman.Kalau takde air pam bawah tanah,kita dah lama mati kebulur.Sini tak pernah hujan,".Haziq menunjuk ke sudut tenggara pula,kandang haiwan dan bangsal. "Bloodhouse,tempat  kita menternak dan menyembelih haiwan."Dia menunjuk ke arah tempat kediaman pula." Homestead,tempat kita tidur."

Haziq menunjuk ke sudut barat daya, kawasan hutan dengan beberapa pokok uzur."Deadheads,kawasn perkuburan.Taklah banyak sangat kubur kat situ.Kau boleh pergi ke sana,rehat,lepak and pape jelah."Kelihatan Haziq tidak suka bercakap tentang Deadheads."Kau akan habiskan dua minggu bekerja,lepas dua minggu kitorang akan tentukan kerja yang sesuai untuk kau."

Haziq berjalan ke arah Pintu Selatan, terletak di antara Deadheads dan BloodHouse.Fauzi hanya mengekorinya tanpa sebarang soalan.

Haziq menunjuk ke kandang besar di satu sudut,cat merah yang pudar. "Belakang tu tempat  kerja Slicers,nasty place...Kalau kau suka darah, kau boleh jadi slicers."

Slicers doesn't sound good,hatinya berkata.

"Peraturan pertama,buat kerja kau,peraturan kedua,jangan cederakan glader lain,dan peraturan yang paling penting,jangan sesekali masuk dalam maze,hanya runner je boleh masuk dalam tu.Kalau kau masuk,aku bunuh kau,Faham?"

Run AwayWhere stories live. Discover now