Chapter 3

243 18 1
                                    

Fauzi duduk di sana untuk beberapa ketika, terlalu kecewa untuk bergerak.Dia akhirnya memaksa dirinya untuk melihat bangunan kayu tadi.Sekumpulan lelaki mengerumuni bangunan itu.Mereka kelihatan cemas seoalah-olah akan ada binatang mengerikan melompat keluar dari dalam bangunan itu.

Bunyi logam dari atas pokok itu mencuri perhatian Fauzi.

Bunyi logam dari atas pokok itu mencuri perhatian Fauzi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melihat ke atas.Kelihatan seperti cahaya perak dan merah yang bersinar.Cahaya itu hilang tiba-tiba.Dia berdiri dan berjalan di sekitar pokok itu.Lehernya dipanjangkan.Dia ternampak sesuatu seperti pisau yang bersinar-sinar terkena cahaya matahari.

"Tu  salah satu pisau kumbang," kata Hazim yang berdiri di belakangnya.

Fauzi berpaling ke belakang dan ternampak seorang lelaki berdiri berdekatan,pendek dan kurus, merenungnya.Dia kelihatan muda,lebih muda dari remaja lain.Rambut hitamnya agak berfesyen.Bahagian hadapan rambutnya mencecah kening.Mata hitamnya yang kelihatan ceria terus memandang Fauzi.

Fauzi mengangguk"Pisau apa?"

"Pisau kumbang" kata Hazim sambil menunjuk bahagian atas pokok tadi."Benda tu takkan cederakan kau,melainkan kau cukup bodoh nak sentuh benda tu"katanya.

Satu lagi jeritan datang dari bangunan tadi.ARRRRRGH!!

Bulu roma Fauzi meremang. "Apa jadi tu?"tanya Fauzi sambil menunjuk bangunan itu.

"Entah"Hazim menjawab.Suaranya tenang."Jia Yu,dia sakit,lagi sakit dari anjing gila." Hazim menyambung ayatnya."They got him."

"Siapa they?"Fauzi tidak suka cara Hazim bercakap.

"Yeah."

"Siapa?"

"Lebih baik kalau kau tak siasat," Hazim menjawab,dia terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Dia menghulurkan tangannya. "Nama aku Hazim.Aku lah Greebean dekat sini sebelum kau muncul."

"Kenapa semua orang pnggil aku Greenbean?" Tanya Fauzi sambil bersalaman dengan Hazim.

"Sebab kaula Newbie yang paling baru"Hazim ketawa.Satu lagi jeritan yang kuat datang dari bangunan tadi.

"Macam mana kau boleh ketawa?"Fauzi terkejut. "Bunyi tu macam orang dah nak mati tau tak?"

"Dia okay. Takde siapa yang mati,ada ubatnya.

Fauzi terdiam seketika." Ubat untuk apa?"

"Sengatan Grievers" jawab Hazim selamba.

Fauzi tersentak mendengar kata-katanya.Dia bersandar semula pada pokok tadi."Nampak macam kau tau lebih banyak dari aku"Fauzi.Kehilangan ingatannya agak pelik.Seperti buku yang lengkap tetapi hilang satu perenggan pada setiap muka surat.Dia juga tidak tahu berapa umurnya.

"Tak payah risau.Kau mungkin penat untuk beberapa hari, tapi nanti lama-lama you'll get used to this place.ok?" Hazim menjeling Fauzi sambil tersenyum.

Fauzi melihat Hazim.Dia tidak percaya yang dia sedang berbual dengannya."Thats good"itu sahaja perkataan yang terlintas di fikirannya.Fauzi berdiri dan berjalan melepasi Hazim dan menuju ke arah bangunan lama, lebih sesuai dipanggil pondok. Ia kelihatan lima hingga tujuh kaki tinggi.Ketika dia sedang berjalan di halaman berumput yang luas itu,dia terhidu bau kayu api dan masakn,mungkin daging.Bau itu membuatkan perutnya berbunyi.

"Nama kau sape?"
Hazim bertanya dari belakang sambil berlari untuk mengejar Fauzi.

"Apa?"

"Your name?Kau belum bagitau kitorang lagi.Aku tau kau ingat nama kau." Hazim berkata dengan penuh kepastian.

"Fauzi." Dia hampir mengabaikan soalan itu.

"Nice to meet you,Fauzi" kata Hazim. "Jangan risau,aku jaga kau.Aku tinggal kat sini dah sebulan.You can count on me, okay?" Hazim tersenyum memandang Fauzi.

Fauzi hampir sampai di hadapan pintu hadapan pondok itu.Terdapat beberapa orang remaja lelaki berkumpul di sana.  Dia berpaling menghadap Hazim yang ada di belakangnya. "Kau tak bagitau aku apa-apa pon. So this what you call guide?"Dia berpaling ke arah pintu semula.

Hazim mengangkat bahunya beberapa kali." Takdelah,aku just bagitau apa ya-" ayatnya tergantung."Kalau diikutkan aku ni still newbie jugak.Tapi aku boleh jadi kawan kau."Hazim tersenyum lagi.

"Aku tak perlukan kawan!"Fauzi membalas selamba.

Tempat yang berdebu itu kelihatan sangat berbeza.Kelipan lampu pendarfluor bersinar dari siling.Fauzi tertanya-tanya dari mana datangnya sumber elektrik dalam tempat seperti ini.

Dia juga tertanya-tanya-adakah dia pernah datang ke sini suatu masa dahulu?Adakah dia pernah menjaga orang-orang di sini suatu ketika dahulu?

"Hey,tengok,tu greenbean,"Stefanus menjerit. Fauzi menyedari dia ialah remaja yang berambut hitam  yang menariknya keluar dari lif tadi.Kelihatan seperti remaja berusia 15 tahun, tinggi dan kurus.Hidungnya mancung." Maybe dia terkencing dalam seluar bila dengar Jia Yu menjerit tadi."kata Stefanus.Lelaki lain turut ketawa."Kau nak lampin baru ke?"Stefanus menyambung.

"The name is Fauzi."Fauzi terus melangkah ke tangga,mengabaikan pembuli itu.Stefanus berjalan ke hadapan Fauzi untuk menghalangnya.

"Hold on there,Grernie.Newbie tak boleh tengok orang yang dah kene...Harun dengan Haziq takkan benarkan kau masuk." Stefanus menolak dada Fauzi ke belakang.

"Apa masalah kau hah?" Fauzi berkata perlahan.Dia cuba memikirkan apa yang Stefanus cakapkan.

"Aku tak taulah,aku macam pernah nampak kau,something pelik tentang kau,aku akan siasat." Stefanus menjeling mata Fauzi.

Urat Fauzi mula menimbul."Aku tak pernah nampak kau sebelum dalam hidup aku.Kenal pon tak. Aku langsung tak faham apa kau cakap,dan aku tak kesah."kata Fauzi dengan pantas.
Tetapi,bagaimanakah dia tahu sedangkan dia hilang ingatan.Dan macam mana Stefanus kenal dia?

"Aku pernah rasa apa yang Jia Yu rasa sekarang." kata Stefanus sambil menunjuk tingkat atas bangunan itu."I saw you during the changing."Stefanus.

"Wha- Changing?" Fauzi tergamam.

"Yea,sengatan Griever,kenapa?Kau takut?"Stefanus melipat lengannya sambil tersenyum sinis memandang Fauzi.

Sekali lagi dia mendengar perkataan sengat.Fauzi cuba mengendahkan perkataan itu. "Kalau Harun ada kat atas, aku nak cakap dengan dia."

Stefanus diam sambil merenung Fauzi seketika."Kau tahu tak? Kau betul.Fauzi,aku tak patut jadi kejam dengan Newbies. Pegilah naik,Harun dengan Haziq ada kat atas.Aku mintak maaf."

Fauzi tahu dia ada niat yang jahat.

Sebaik sahaja Fauzi sampai di tingkat atas,dia ternampak Harun dan Haziq sedang duduk di sebelah Jia Yu yang sedang terbaring di atas tilam."Woi kau keluar sekarang!Sebelum aku sepak kau!"Haziq mengarah dengan suara yang keras.Fauzi tergamam.Tangannya tiba-tiba bertukar sejuk sebaik sahaja mendengar jeritan itu.

Dia turun ke bawah sambil menjeling semua orang di situ,terutama sekali Stefanus.Dia mula membenci semua orang di situ,kecuali Hazim.Dia merasakan bahawa hanya Hazim sahaja boleh menjadi kawannya.Dia segera bejalan keluar dari pondok itu menuju ke arah Hazim yang berdiri di bawah pokok tadi.

"Kau kenapa ni?" Hazim menghampiri Fauzi yang kelihatan marah.Mukanya merah padam."Apa jadi?"

"Urgh"

Run AwayWhere stories live. Discover now