Part 24

10 0 0
                                    

Puan Kazirah memanggil Helyani dan Gisha untuk ke pejabatnya. Dia ingin memberikan beberapa tugas untuk mereka. "Yani,kau rasa apalah tugas yang Puan Kazirah suruh kita eh",tanya Gisha padaku.

"Ermm aku rasa dia nak pecat kau tu",Helyani selamba berkata.

"Hah!!",jeritan Gisha menarik perhatian beberapa orang yang berada di dalam lif tersebut. Mereka memandang hairan pada Gisha. "Hehe I'm sorry",

Dia mencubitku geram,"Ishh sakitlah. Aku tak suka tau kena cubit² ni. Aku gurau sajalah tadi tu",marahku.. "Siapa suruh gurau lagi. Kau ni aku baru setahun kerja kat sini. Memang aku terkejut tetiba kena pecat tanpa aku tahu salah silap aku sendiri",cebiknya.

Aku mencubit perlahan pipinya itu "Alolo comeynya kawan aku sorang ni. Janganlah merajuk agi sorrylah aku gurau saja tadi tu. Iyalah malas nak layan soalan bonus kau tu. Memang sah² lah aku taktahu apa tugas yang Puan Kazirah nak bagi",ajukku seperti memujuk kanak² lima tahun sahaja.

"Iyalah aku tak marah. Apelah kau ni kau fikir aku ni budak lima tahun ke? Agak-agak eh",ujarnya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum melihat muka cukanya itu.

Puan Kazirah

Gisha mengetuk pintu bilik itu untuk kali kedua. "Masuk!",kedengaran suara Puan Kazirah memberi arahan.
Setelah masuk kebilik itu,Helyani melihat ada encik Radiff dan Mr CEO tu. Tapi pelik pula dia harini sebab muka ketat semacam saja. Langsung tidak memandangnya apalagi nak senyum. Aikkk mood swang ker apa dia ni?

"Sekejap ya,kamu berdua tunggu dulu",kata Puan Kazirah pada kami. Kami hanya menggangguk mengiyakan kata² nya.

"Saya tak tahupun Encik Zieyan yang Encik Zariel meluluskan projek tu sebab dia takda cakap kat saya",ujar Puan Kazirah. Zieyan sungguh bengang dengan abangnya seorang tu. Meskipun dia berkuasa di hotel ni tetapi dia mestilah meminta persetujuan darinya sebagai CEO.

Zieyan membaling fail hitam itu sehingga jatuh ke lantai. Mereka yang berada di bilik itu terkejut masing² terdiam. Radiff hanya mengeluh dan menahankan saja amarahnya.

"Saya taknak ada sebarang penjelasan dari awak lagi!! Dan saya mahu awak siapkan pembentangan baru tu sebelum meeting tu nanti faham!!",tengkingnya pada Puan Kazirah. "Sekali lagi saya minta maaf Encik. Lepas ni saya pastikan takda kesilapan lagi",ujar Puan Kazirah.

"Erghhh. You sebagai PA I mesti tahu nak buat apa! Bincang dan beritahu saya awal² lagi jangan last minute macam ni. Saya dah cakap yang saya takkan sesekali ubah sebarang kelainan di hotel ni. Pastikan cek betul² lepas ni",marahnya lagi. Puan Kazirah mengangguk dengan kata² boss nya itu.

"Radiff kita kena bersedia dengan pembentangan tu. Aku nak kau bantu aku untuk beberapa kerja",

Lalu mereka berdua beredar meninggalkan bilik itu. Zieyan sempat mengerling kearah Helyani yang juga turut memandangnya. Helyani tidak tahu apa² tentang hal ni tapi hatinya kuat mengatakan yang dia benar² risau akan Zieyan. Pandangan sayu diberikan untuknya.

Ketika di lif,Zieyan masih lagi memikirkan Helyani. Dia senyum segaris dalam keadaan marah sekalipun,jika ada Helyani hatinya rasa sedikit tenang dan kurang rasa amarahnya. Radiff yang perasan perubahan wajah sahabatnya tu mula tersenyum jua. Hailahh bro,seteruk mana pun kau marah kalau depan 'Dia' susah betul kau nak sorok eh.

"Saya nak kamu persiapkan bilik mesyuarat di tingkat 8. Pastikan kamu sediakan semuanya dengan baik sebab kita akan menerima beberapa client dari luar negara. Saya nak semua teratur,bersih dan kemas. Mesyuarat tu tak lama lagi nak start. Jadi buat betul²,faham!",ujar Puan Kazirah pada kami berdua.

"Baiklah Puan!!",serentak kami berkata. Kami kemudiannya beredar untuk mengambil beberapa peralatan mengemas untuk bilik mesyuarat itu.

********************

"Sha,aku nak tahu Puan Kazirah tu PA CEO lepas tu manager kita. Dia ada dua jawatan ker",tanyaku pada Gisha yang sedang mengelap kerusi² di di bilik mesyuarat ini.

"Ya memang dia pegang dua jawatan. Untunglah kan?". Kami berbual-bual bersama sambil membersih di bilik tersebut. "Kau nak tahu tak satu cerita Yani?",tanya Gisha.

"Cerita apa?"

"CEO kita tu ada adik beradik yang lain. Dia anak bongsu and dia ada seorang akak,dua orang abang. Tiga adik beradik dia tu jahat sangat kat Encik Zieyan. Kiranya dorang tak sebulu sebab diorang tak suka and benci sangat kat Encik Zieyan tu",ujar Gisha bercerita dengan sungguh².

"Teruknya sampai camtu sekali ker. Darimana kau tahu",soalku semula iyolah manalah tahu ni setakat khabar angin saja. "Kak Syarah yang cerita kat aku. Kitorang rapat dari zaman U lagi sebab tu lah banyak share² story".

"Tapi macam mana pula kak Syarah boleh tahu",soalku pelik.

"Okey camni. Tapi jangan cerita kat owang lain tau. Kita² saja yang tahu",aku angguk dan membuat simbol ok👌.
"Kak Syarah satu sekolah menegah ngan CEO and Encik Radiff. Tapi,dorang tak same class cumanya Kak Syarah rapat dengan encik Radiff sebab diorang ni pengawas pusat sumber sama² masa sekolah tu. Jadinya encik Radiff lah yang banyak berkongsi cerita dengan Kak Syarah",

"Owhh camtu. Baru aku faham rupanya duduk jadi rich person bukannya selalu senang kan?",

"Hah ah aku rasa camtu. Kesian CEO kita tu",aku pula rasa hairan dengan si Gisha ni dia pula yang over sampai cebik² sebab si Eyan tu.

"Sedap mengumpat nama akak"satu suara menerpa kearah kami.

"Eh Kak Syarah? Ermm bila ada situ",tanyaku risau pula perbualan kami didengari olehnya. "Lama dah sejak korang start cakap pasal akak dengan Encik Radiff ni",matanya dikerling ke sebelah. Radiff yang berdiri sambil memegang beberapa fail ditangannya menguntum senyum pada kami berdua.

"Hai ladies-ladies sekalian",ujarnya. "Hehe sorry kami tak bermaksud pon untuk mengumpat akak dengan encik",sengihku bersama Gisha. Heii dia ni pun satu tak reti nak backup aku yang dah lost idea nak 'mengampu' dorang dua ni.

Radiff mula bersuara dan memandang mereka silih berganti. "Its okey. Korang dua boleh dipercayai. Ermm takpayah encik² dengan saya call me Radiff only ok",katanya lagi.

"Korang dua dah siap kemas? Meeting tu dah nak mula dah",tanya Syarah.

"Dah kak. Kitorang dah siap",jawab Gisha. Aku mengeluarkan sehelai kertas nota berwarna kuning dan menulis sesuatu di atasnya.

"Janganlah marah² Puan Kazirah lagi, kesian dia. Saya harap awak berjaya dalam pembentangan tu."

From:Helyani

Lalu ku lekatkan di tin yang berisi 100 plus itu dan meletakkannya semula di meja yang tertulis CEO."Yani!! Jom ahh client semua tu dah sampai".. Jerit Gisha.

Aku melihat kelibat tetamu² yang hadir telah tiba. "Okey aku datang ni",kataku lalu beredar meninggalkan bilik mesyuarat itu.

Zieyan melabuhkan duduknya di meja yang tersedia di bilik mesyuarat itu. Dia melirik kearah setin 100 plus yang tersedia di mejanya itu. Kemudian dia senyum segaris.

Zariel memandang Zieyan dengan pandangan marahnya. 'Eishh tak guna betul lah dia ni. Mentang-mentang lah dia CEO semua idea aku dia tindas. Boleh pulak dia senyum² tengok 100 plus tu. Menyampah aku',desis nya dalam hati.

 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now