Part 25

13 0 0
                                    

Zariel mengetuk pintu pejabat Zieyan. Tetapi,tiada sahutan dari dalam. 'Erghh manalah budak bodoh tu' desisnya. Habis saja meeting tadi terus batang hidung Zieyan menghilang. Dia mula rimas lantas memulas tombol pintu pejabatnya itu. Kosong?

Zariel meluru masuk dan menuju ke meja kerja Zieyan. Dia meninjau-ninjau di mejanya dan terlihat sehelai nota kuning dan membacanya. Otaknya ligat berfikir tentang minuman tin yang dipandang oleh Zieyan sambil tersenyum-senyum semasa di bilik mesyuarat tadi.

"Ouhh so,inilah punca budak tu senyum saja sepanjang tadi",ujarnya. Dia memasukkan nota itu ke poket seluarnya. "Mungkin,aku boleh gunakan ni sebagai kelemahan dia. Kau tu takdalah pandai mana",ujarnya mula memikirkan cara untuk merebut jawatan CEO dari adiknya.

"Abang buat apa tu?",tanya Zieyan sebaik sahaja masuk ke pejabatnya. Dia pelik tetiba saja abangnya itu berdiri di hadapan mejanya sambil termenung. Zariel yang perasan kehadiran Zieyan mula mengawal riak mukanya. "Takda apa. Kau pergi mana tadi",tanyanya.

"Ada urusan sikit tadi",jawabnya.

"Duduk! Aku nak bincang sesuatu kat kau",mereka berdua mula melabuhkan duduk di sofa yang tersedia di pejabat itu. "Aku kan dah kata! Aku nak buat perubahan dengan hotel ni. Kenapa kau tindas idea aku hah!",marahnya.

"Eyan tak bermaksud pun abang. Lagipun hotel ni dah lama papa usruskan dan rasanya ia lebih baik kalau tak kena ubah apa². Selama ni tak ada pun rugi kalau kita sistematik dalam hotel ni",Zieyan berkata dengan panjang lebarnya.

"Ada aku suruh kau ceramah depan aku? Takda kan. Aku tak kira apapun aku tetap aku buat semua tu. Ikut suka kaulah tak suka ker apa",jawabnya lagi. "Tapi,abang kena minta persetujuan papa dulu",Eyan menahan amarahnya lagi.

"Aku tak perlu pun persetujuan dia! Dan aku akan pastikan jawatan ni kau lepaskan"...

"Eyan tak mintak pun untuk jadi CEO ni. Papa yang cadangkan dan Eyan tak boleh bantah!!",amarahnya akhirnya terlepas jua. Zariel memandang tajam adiknya. Dia senyum sinis dan mula gelak bagai orang gila. "Eh budak,aku fikirkan kau anak manja rupanya reti jugak melawan cakap kan? Sampai mampos pun aku akan pastikan harta papa aku pegang and kau hanya jadi budak manja seumur hidup!".

Selesai menghamburkan kata² itu Zariel menuju kearah pintu dan memulas tombolnya lalu keluar dari pejabat itu. Zieyan meraup kasar mukanya,sungguh dia merasa bengang sekali dengan sikap adik-beradiknya yang lain. Mengapa? Hanya sebab dia memegang jawatan sebesar ini semenjak tiga tahun mereka mula membencinya dan tidak berpuas hati.

Beginikah manusia? Hanya disebabkan harta dan kemewahan mereka sanggup jadi tamak dan saling membenci. Sebanyak manapun harta yang kita ada,tidak akan mampu dibawa sehingga mati.

******************************


 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now