Part 14

11 0 0
                                    

-Tiga belas tahun kemudian-

Helyani meletakkan dua bagasi besar berwarna kuning itu di luar biliknya. Ya,dia akan tinggalkan rumah neneknya pada hari ini. Dia sempat melihat biliknya untuk kali terakhir. Disinilah tempatnya belajar,beradu dan pelbagai lagi perkara yang dilakukannya di biliknya ni.

Banyak kenangan yang dia telah tinggalkan sejak dari darjah,menegah,zaman kolejnya dan sehinggalah umurnya 23 tahun kini. And sekarang,dia telah membuktikan yang dia boleh berjaya dengan usahanya. Dia menarik dua bagasi itu ke luar rumah. Keluarga angkatnya hanya memerhati sahaja tingkah nya itu.

"Sekurangnya Yani makanlah dulu sebelum jalan",mummy berkata sayu. Aku akui mummy banyak tolong aku dan dialah kadang memberi Ku rasa sedikit kasih sayang.

"Takpalah mummy. Yani dah kenyang dah",kataku terhenti seketika lalu menyambung semula.

"Mummy,nenek,aunty,uncle and semua terima kasih sangat² sebab dah jaga Yani dengan baik selama bertahun ni. Dari Yani budak mentah sehinggalah dewasa sebegini. Terima kasih sangat Yani hargai semua pemberian korang. Maafkan kesalahan yang Yani telah lakukan pada korang semua selama ni. Halalkan makan minum Yani yer. InsyaAllah kalau tak busy ataupun Yani lapang,Yani akan datang lawat² kat sini".. Aku menahan tangisan yang hendak keluar. Aku taknak nampak cengeng depan dorang.

"Iyelah,kalau kau kat sana hati². Jaga maruah sikit. Jangan nak suka² kalau ada orang ajak. Kondominium tu kadang banyak orang jahat. Jaga diri dengan baik,Kota Kinabalu tu bukannya tempat kampungan sangat. Banyak bangunan kat situ.Jaga kesihatan kau tu. Kalau sakit jangan suka paksa. Macam aku tak tahu perangai kau tu camna. Faham tu?",kata² Aunty Airah membuatku tersenyum.

Iyalah Aunty kalau nasihat biarpun kasar tetap ada faedahnya. Sebab dialah sampai sekarang aku hidup dengan sungguh berhati-hati. Dalam memilih kawan,makan makanan atau bekerja dengan mana² syarikat.

"Baiklah Aunty. Yani akan ingat pesanan tu dengan baik. Ni ada duit sikit nek. Maaflah ni saja yang mampu Yani balas untuk jasa nenek kat Yani. Terima eh",aku hulurkan duit yang berada di dalam sampul itu pada nenek.

Dia menyambut huluran Ku sambil berkata,"Sama² Yani. Iyalah,terima kasih jugak sebab banyak tolong sepanjang kau tinggal kat sini".. Aku menuju kearah mereka semua dan menyalami tangan² tua nenek,aunty,uncle and kakak abang angkatku.

Tidak lupa juga adik² sepupuku yang lain. Dan paling Ku benci tapi sayang Ashila Raisah.(perghh ada ke ayt camtu). Hailahh mesti aku akan rindukan sangat² budak ni lagi. Dah besar pun dia tapi bagi aku dia tetap puteri kecilku. Hahaha. Aku usap lembut kepalanya dan memberikan pelukan yang erat.


 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now